[ 32 | Complete! ❤️]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Fatimah ketawa jahat dan menjeling mereka. Mereka kaget. Tiba-tiba tanah bergegar. Apa yang akan jadi, ni?!

"Zaim! Kau bawak Tan Sri dan Puan Sri ke tempat selamat. Bawa sekali Asyiyah dan Alice. " arah Jae Un.

"No, saya taknak pergi tanpa awak. Don't you dare to leave me again." ujar Alice.

"Alice, i know. Sekarang ni awak kena sayangkan nyawa awak. Pergi ikut Zaim." ujar Jae Un dengan senyuman.

"Habestu awak tak sayang nyawa awak ke?" tanya Alice. Geram.

"Your life is more precious to me, Alice. Now, go!" ujar Jae Un.

"Then yours too," ujar Alice dengan senyuman.

"Zaim, kau bawak diorang naik ke tempat selamat. Pastikan diorang selamat." arah Jae Un. Zaim mengangguk dan membawa Tan Sri Kaharuddin, Puan Sri Shayla dan Asyiyah ke tempat yang selamat.

Tiba-tiba berpuluh 'Fatimah' masuk dan menyerang mereka. Alice cuba menembak mereka tetapi mereka terlalu ramai.

"Alice!"

Alice menoleh tetapi tiba-tiba dia terasa badannya ditolak. Terasa tangan sasa menahannya dari jatuh.

Jae Un menahan Alice dengan sebelah tangan manakala sebelah tangannya lagi menembak Fatimah-Fatimah. Seketika, Jae Un menunduk. Matanya melihat Alice.

"Are you okay, love?"

Tiba-tiba keadaan menjadi senyap. Hm? Pintu masuk dibuka dan masuk dua orang lelaki dan seorang perempuan.

"Ara!" panggil Alice dengan girang. Lamanya tak jumpa!

"Alice! Alhamdulillah kau selamat." ujar Ara lalu mereka berpelukan.

"Wait! Mana robot tu semua?!" tanya Fatimah.

"Aku taktau lah aku yang pandai ke kau yang bodoh, Kenapa kau tak bawa sekali benda alah ni?" ujar Uzair sambil memegang alat kawalan jauh untuk memusnahkan robot-robot tersebut.

"Wait! " tiba-tiba seseorang mencelah. Mereka semua memandang.

"Who are you-" ujar lelaki itu lalu menunjuk Ara.

"And who are you?" tanyanya lagi lalu menunjuk Fatimah.

"I'm Fatimah Azzahra and she is my clone. " ujar Ara sambil menunduk. Mr. Ray memandang Ara dengan air mata.

"Finally I found you, love. " ujar Mr. Ray.

"I'm sorry. Saya terpaksa. " ujar Ara. Mereka berpelukan. Ya, Mr. Ray dan Ara adalah suami isteri dan bukan Fatimah.

Jae Un pernah berjanji akan menyatukan mereka sebelum menyatukan dirinya dengan Alice.

"Thank you so much, Jae Un! " ujar Mr. Ray atau nama sebenarnya Syed Ali Rayyan. Masa dia berjumpa dengan Fatimah tempoh hari, dia fikir Fatimah adalah isterinya. Tetapi tidak. Fatimah hanya berlakon menjadi isteri Mr. Ray untuk mendapatkan Alice.

"Argh! " jerit Tan Sri Uwais. Tiba-tiba Tan Sri Uwais berdiri dan ikatan ditangannya terlerai. Tan Sri Uwais sibuk memotong tali semasa mereka sibuk berdrama.

"Cut all the fuck off! I just want my daughter!" ujar Tan Sri Uwais dengan marah.

"Don't you dare to touch her. " ujar Ara kepada Tan Sri Uwais.

"Hey, tak main ah dengan orang tua. Meh sini. Kau lawan aku." Fatimah mencelah. Tan Sri Uwais menjeling Fatimah kerana memanggilnya orang tua.

Semasa Tan Sri Uwais berlari untuk menangkap Alice, Uzair dan Mr. Ray menahan Tan Sri Uwais.

Jae Un membantu Ara untuk mengalahkan Fatimah. Mereka bergaduh dan bertumbuk. Alice terduduk di tepi kerana tidak tahu nak buat apa. Terlihat Tan Sri Uwais terduduk dan terbatuk-batuk akibat penangan Uzair dan Mr. Ray.

"Stop! Please... stop!" ujar Alice sambil menekup mukanya. Ara yang sedang mengunci pergerakan Fatimah menoleh kearah Alice.

Perlahan, Alice mendekati Tan Sri Uwais. Dia mengambil tangan kanan Tan Sri Uwais. Dengan kasih dan sayang, Alice menyalami Tan Sri Uwais lalu air matanya menitis. Alice menyalami tangan ayahnya. Lama.

"Maafkan Alice, ayah." ujar Alice.

Tiba-tiba Tan Sri Uwais memeluk Alice. Dia terlalu rindu akan anaknya. Muka anaknya ini mirip sekali dengan muka arwah isterinya.

"Maafkan ayah, nak. Ayah cuma rindu kamu. Ayah taknak keseorangan lagi. Cukuplah Ibu pergi tinggalkan Ayah. " ujar Tan Sri Uwais.

Mereka menangis kegembiraan. Tan Sri Uwais melihat Alice. Muka Alice sama dengan muka cinta hatinya, Aliya.

Maafkan ayah, Alice. Ayah janji takkan sakiti kamu, lagi.

-

A few days later,

"Saya terima nikahnya Alice Hanafiah binti Tan Sri Uwais." ujar Jae Un dengan sekali lafaz. Mereka semua bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Akhirnya semua hidup bahagia.

Majlis perkahwinan Jae Un dan Alice diadakan besar-besaran. Kecoh satu Malaysia dan Korea apabila pasangan itu berkahwin. Ramai fans Jae Un menangis tetapi ada juga yang support diorang. Alhamdulillah.

-

"Sayang?"

Alice memandang ke belakang. Jap, ni macam... dalam mimpi haritu! Aku ada dalam satu bilik. Ya, ni bilik Jae Un. Lagi besar dari biliknya. Biliknya cuma ada satu set sofa, tilam queen size, beranda, toilet, dan satu tv bersaiz 60inch je. Dan bilik Jae Un ni. Lain dan lawa sangat!

Lantai bercorak kayu lembut, dikelilingi dengan dinding yang berwarna putih bercorak diamond. Beranda yang di sempurnakan dengan sliding door besar dan di tutupi dengan langsir yang berwarna krim gold. Lawaaa. Terlihat pintu toilet terbuka sedikit dan ternampak satu kolam yang berwap. Mungkin kolam air panas? Lepastu...

"Sayang? Kenapa ni?"

Alice menoleh kearah Jae Un dengan senyuman.

"Eh, abang?"
"Ye, sayang," ujar Jae Un lalu terus memeluk Alice dari belakang.

Dagunya diletakkan di bahu Alice. Mereka berpelukan hangat. Alice rasa sangat tenang.

"Abang rindu sayang. Jangan tinggalkan abang lagi."

"No, I won't." balas Alice dengan senyuman dan air mata. Tiba-tiba Jae Un memusingkan Alice supaya Alice menghadapnya. Mata mereka bertentangan.

"Kita akan ke syurga. Bersama sama," ujar Jae Un dengan senyuman.

Alice mengangguk dalam tangisan. Dia sangat bahagia. Tak sangka drama yang pernah dilihatnya dulu bakal menjadi scene dalam hidupnya.

"Tapi awak kena janji dgn saya." Jae Un memegang dagu Alice. Dia melihat air mata isterinya itu lalu mengelapnya.

"Apa dia?" tanya Alice.

"Awak akan setia dengan saya sampai bila bila," ujar Jae Un lagi. Alice menangis. Dia terhinjut-hinjut sambil mengangguk.

"Saya janji."

Jae Un memeluk Alice. Erat. Mereka sangat bahagia. Harap kebahagiaan ini takkan berakhir hanya disini.

-

Alice yang sedang baring sambil menonton televisyen terganggu. Erghh..

"Jangan kacau lah!" marah Alice. Dijelingnya Jae Un di sebelah.

"Tengok tu baby, eomma marah. Takpa, baby dalam ni jangan nakal-nakal eh. Jadi baik macam appa yang handsome." ujar Jae Un dan ditujukan pada perut Alice yang makin memboyot.

"Ayang, dah dah lah tu asyik makan je." keluh Jae Un bila melihat Alice asyik makan makanan entah apa apa. Popcorn dengan peanut butter? Eugh.

"Saya mengidam ni la... Eh, Jae Un! Tu... tengok tuu." Alice menunjuk makanan di tv.

"Saya nak tu..." ujar Alice sambil membuat muka comel pada Jae Un.

"No, taknak. Saya-"

Belum sempat Jae Un memnghabiskan kata-katanya, tiba-tiba bibir Jae Un dikucup oleh Alice.

"Hm, hm! No, taknak alasan, nak makanan." ujar Alice lalu menyilangkan tangannya.

Perlahan, Jae Un bangun dan mencapai kunci kereta.

"Tapi janji dengan saya, balik nanti saya nak main sorok-sorok dengan baby!" laung Jae Un. Alice ketawa kecil. Perutnya diusap. Tak sabar nak tunggu first baby!

Kitorang dah bincang kalau lelaki, letak nama Uzair. Kalau perempuan, letak nama Ara. Ya Allah, terima kasih :)

❤️✨complete✨❤️

thank you for read my story. I hope u like it. and if u don't mind u can click the star to vote ⭐️

lots of love, ❤️

-zeeyqueen

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro