Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA Airisya menghampiri Emir Adden Fattah yang leka menaip sesuatu pada kekunci laptop. Terhendap-hendap dia mencuri tengok apa yang dilakukan oleh Emir Adden Fattah.

Entah apa yang ditengok oleh Emir Adden Fattah, dia pun tak faham. Dhia Airisya tersenyum. Kalau dia sergah Emir Addeh Fattah itu agak-agak Emir Adden Fattah terkejut tak? Macam mana agak-agaknya reaksi suaminya itu.

Dhia Airisya menarik nafas. Bersiap sedia mahu sergah Emir Adden Fattah.

"Ba......."

"Airisya"

Baru hendak sergah, namun Emir Adden Fattah terlebih dahulu berpaling memandangnya. Bukan Emir Adden Fattah tak tahu Dhia Airisya duk menghendapnya dari tadi. Dia merupakan seriel killer dan sudah pasti dia sangat alert dengan persekitarannya.

"Hehe"

Dhia Airisya tersengih malu.

Dia mengambil tempat duduk di sebelah Emir Adden Fattah lalu menghadapnya.

"Buys ke?"

"Hmmmm"

Dhia Airisya mencebik. Niatnya mahu mengajak Emir Adden Fattah keluar memandangkan hari ini hari Sabtu. So daripada duduk rumah baik mereka keluar.

"Jom keluar"

"Malas"

Sekali lagi Dhia Airisya mencebik.

Dia berpaling menghadap tv. Dipeluk badannya sambil mencebik. Susah betul mahu mengajak suaminya itu keluar. Tak silapnya, mereka tak pernah keluar bersama pergi jalan-jalan.

Bunyi panggilan dari phonenya mematikan cerbikkan Dhia Airisya. Kali ini dia tersenyum lebar melihat nama Farhana. Terus dilekapkan di telingannya.

"Yee ada apa?"

"Icha aku ada good news"

"Apa dia?"

"Esok keluar jom aku citer kat kau"

"Hmmm okay"

"Orightt btw kau dengan suami kau apa citer?"

Dhia Airisya terdiam seketika. Emir Adden Fattah yang busy membuat kerja itu dipandang sekilas. Senyuman nakal terbit di bibirnya.

"Kau nak ajak aku keluar Syafiq?"

"Hah benda kau mengarut ni Icha?" Soal Farhana pelik di hujung talian.

"Boleh-boleh. Aku free je."

"Hahahhah Icha kau memang takleh brain" gelak Farhana apabila dia baru menangkap apa yang dilakukan oleh Dhia Airisya sekarang.

"Berdua je?"

"Uuuu sesi buat suami kau jeles ehh?"

Usik Farhana di talian sana membuatkan Dhia Airisya gelak besar. Sumpah payah nak berlakon kalau depan Farhana. Adoi Farhana ni pun. Tolonglah kawanmu ini.

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah lalu berdehem seketika apabila dia mendapat renungan tajam dari Emir Adden Fattah.

"Oright. Jemput aku kat rumah tau. Nanti aku ws kau alamat"

"Okay bye sayang" usik Farhana menyebabkan Dhia Airisya sekali lagi ketawa besar. Dapat kawan masuk air macam ni lah. Dia yang murung tadi bahagia sekejap.

Ketawa Dhia Arisiya mati apabila Emir Adden Fattah merenungnya tajam.

"Awak saya keluar berdua dengan kawan saya. Lelaki" sengaja Dhia Airisya menekan perkataan berdua dan lelaki. Melihat reaksi Emir Adden Fattah yang berubah makin masam itu menggelikan hati Dhia Airisya. Nak saja dia ketawa sekarang ini, namun ditahana. Kan tak pasal lakonan tak jadi.

"Tak payah" ujar Emir Adden Fattah tegas.

"Haa boleh okay"

Dhia Airisya bangun dari sofa dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Baru dia mahu beredar namun tangannya ditarik oleh Emir Adden Fattah menyebabkan dia tersungkur ke sofa. Dia meneguk air liur laju apabila Emir Adden Fattah mengunci dia kanan dan kiri.

"A....awak"

Kecut perut dia melihat Emir Adden Fattah yang berada di atasnya itu.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Phone Dhia Airisya dirampas lalu dia menyuruh Dhia Airisya buka. Sebaik sahaja di unlock, dia terus mencari call log. Tersenyum sinis dia melihat nama Farhana di panggilan yang terakhir.

Sudah dia agak, Dhia Airisya hanya bermain tadi. Bukan dia tak nampak nama Farhana tertera sebelum Dhia Airisya meletakkan phone di telinga.

"What is this?" tanya Emir Adden Fattah sambil menunjukkan phone Dhia Airisya kepadanya.

"Be...betul la. Saya cakap dengan Syafiq tadi. Syafiq tu sepupu Farhana" ujar Dhia Airisya bersungguh. Namun Emir Adden Fattah senyum mengejek tidak percaya dengan Dhia Airisya.

"Sini"

Dhia Airisya mengambil phonenya dari Emir Adden Fattah. Dicall Farhana semula. Sekejap sahaja panggilan itu diangkat.

"Hana, mana Syafiq?"

"Syafiq? Jap"

Tidak sampai sesaat, suara lelaki kedengaran dari sana.

"Yee Icha kejap aku tengah bersiap. Na....."

Tut tut

Belum sempat the real Syafiq menghabiskan kata-katanya, namun panggilan itu terlebih dahulu dimatikan oleh Emir Adden Fattah. Dhia Airisya tersenyum kemenangan. Nasib dia dia ingat yang Farhana berada di rumah ibunya. Nasib Syafiq sepupu Farhana itu menolong tadinya.

"Betulkan? Apa ingat saya main-main ke tadi?"

Emir Adden Fattah mendengus kasar. Panas pula hatinya sekarang ini. Fikir Dhia Airisya hanya main-main tapi tak sangka betul pulak.

"Awak taknak keluar kan? So biar saya yang keluar dengan Syafiq"

Sengaja ditekankan nama Syafiq. Melihat muka Emir Adden Fattah semakin cemberut itu membuatkan dia semakin tersenyum lebar.

"Tak payah. Keluar dengan aku" tutur Emir Adden Fattah tegas lalu dia bangun daripada sofa. Langkah diatur ke tingkat atas meninggalkan Dhia Airisya yang tersenyum lebar. Mahu menjerit dia sekarang ini apabila rancangannya berjaya.

Misi buat suami jealous is done!


DHIA Airisya dari tadi tak henti senyum sejak dapat keluar Emir Adden Fattah. Tangan Emir Adden Fattah ditarik dengan teruja melihat permandangan hijau di sekelilingnya yang meriah dengan pelbagai burung itu.

Sekarang mereka berada di KL Bird Park. Puas dia memujuk Emir Adden Fattah datang ke sini. Pada mulanya Emir Adden Fattah menolak dia berkali-kali namun apabila Dhia Airisya mencebik dan tidak mahu bercakap dengannya akhirnya Emir Adden Fattah mengalah juga.

"Awak tengok tu comelnya" tunjuk Dhia Airisya pada burung merak itu. Dia yang jarang melihat burung merak depan matanya sendiri melompat dengan teruja disebelah Emir Adden Fattah.

Dia yang memeluk tangan Emir Adden Fattah dari tadi terus dilepas menghampiri burung merak itu. Video yang dirakam sejak mereka masuk ke sini dihalakan kepada burung merak. Dia mahu simpan video ini sebagai kenangan.

Emir Adden Fattah tersenyum kecil melihat Dhia Airisya yang nampak gembira itu. Namun, apabila Dhia Airisya berpaling kepadanya terus hilang senyumannya. Ditayangkan muka yang tegang dan juga bengis.

"Awak sini la jom ambil gambar" malas-malas dia mendekati Dhia Airisya. Ini lah perempuan, sikit-sikit ambil gambar. Rimas betul!

Dhia Airisya membuang camera canon kesayanganya itu yang disangkut di leher. Dia berlari anak kepada bodyguard yang mengikut mereka itu lalu menyerahkan camera canonnya.

"Ambil gambar banyak dan cantik-cantik" pesan Dhia Airisya kepada bodyguard sebelum berlari semula kepada Emir Adden Fattah. Tangan Emir Adden Fattah dipeluk lalu mereka mengambil gambar bersama burung merak.

"Awak ni tak senyum pun. Senyum la. Kalau tak sampai ke malam kita ambil gambar" cerbik Dhia Airisya apabila melihat Emir Adden Fattah tidak senyum pun sepanjang mengambil gambar.

"Banyak songeh betul. Ye lah ye lah"

Dhia Airisya tersenyum lalu mereka mengambil gambar lagi sekali.

Sudah hampir 4 jam mereka berlegar di sini, akhirnya Dhia Airisya mengajaknya dia untuk makan. Katanya penat dan lapar. Mana tak penatnya kalau asyik berlari ke sana ke sini. Pantang nampak benda comel, dia lari ke arah tersebut.

"Tuan ada musuh ikut" bodyguardnya yang setia mengikuti mereka bercakap melalui earbuds yang diselik di telinga.

"Pergi panggil yang lain. Suruh mereka pakai pakaian biasa"

"Okay Tuan"

Emir Adden Fattah mendengus kasar. Dia sudah agak ada orang mengekori mereka. Nasib sahaja dia sudah membawa 5 bodyguard bersama yang berpakaian tshirt biasa supaya tidak pelik dilihat orang.

"Airisya"

Emir Adden Fattah mendekati Dhia Airisya yang sedang duduk mencangkung memberi makan kepada burung.

"Jom balik"

"Kejap"

"Airisya" tutur Emir Adden Fattah tegas kali ini. Dia kalau boleh taknak berlaku sesi tembak menembak di sini. Banyak orang awam nanti kecoh pulak. Tak pasal-pasal orang yang tak bersalah pun kena tembak sekali.

"Okay" Dhia Airisya akur lalu dia bangun.

"Jom" tangan Emir Adden Fattah dipeluk bersama senyuman. Emir Adden Fattah angguk kepala lalu mereka berdua beredar dari situ dengan langkah yang biasa. Dia taknak kalau musuhnya itu sedar yang dia sudah tahu. Jadi dia hanya berlagak biasa sahaja.

"Awak bukan ke kata nak balik? Kenapa ikut jalan ni? Bukan ke kereta kat sana?" Tanya Dhia Airisya bingung apabila mereka mengambil jalan lain untuk pergi ke tempat kereta. Tak silapnya kereta diparking di sebelah sana.

"Just follow me. Jangan banyak tanya"

"Okay" akur Dhia Airisya dengan arahan Emir Adden Fattah. Dia mengikuti langkah Emir Adden Fattah tanpa banyak tanya. Tiba di kereta honda hitam, mereka berdua masuk ke dalam perut kereta tersebut.

"Call Riz"

"Okay Tuan" balas bodyguardnya itu.

Dhia Airisya hanya diam. Melihat muka serius Emir Adden Fattah dan dua orang bodyguard mereka membuatkan dia tertanya-tanya apa yang jadi? Dan kenapa Emir Adden Fattah tidak menggunakan kereta mercedesnya tadi?

"Riz, call Rash suruh standby. Aku send location. Lagi satu Zul dah sampaikan pagi tadikan? Call dia suruh turun padang"

"Okay King" jawab Harriz di hujung sana. Kalau Emir Adden Fattah atau nama gelarannya bila di padang iaitu King menelefonnya dan memberi arahan begitu, tahulah dia ada bahaya menanti kawannya itu.

Dhia Airisya berpaling memandang Emir Adden Fattah. Dia dapat rasakan yang mereka dalam bahaya sekarang ini. Melihat muka Emir Adden Fattah semakin tegang dan serius menambahkan lagi ketakutannya.

"A...Adden" hujung baju Emir Adden Fattah digenggam.

Emir Adden Fattah berpaling memandang Dhia Airisya sekilas lalu memandang bodyguard mereka yang duduk di depan.

"Mana barang yang aku suruh beli?"

"Ni Tuan" bodyguar yang berada di sebelah pemandu itu menghulurkan satu kotak kepada Emir Adden Fattah.

Cepat-cepat Emir Adden Fattah mengeluarkan headphone yang wireless dari kotak tersebut. Dia memakaikan di kepala Dhia Airisya.

"Aku nak kau connect bluetooth phone kau dengan headphone ni lepastu pasang lagu kuat-kuat"

"A...apa yang berlaku?"

Emir Adden Fattah memegang kedua-dua bahunya.

"Listen to me Nur Dhia Airisya. Kau duduk bawah tu diam-diam. Tutup mata. Selagi aku tak suruh bangun jangan bangun. Faham?"

Dhia Airisya diam memandang Emir Adden Fattah. Hujung baju Emir Adden Fattah semakin digenggam kemas. Takut. Itu yang dia rasa sekarang ini.

"Ta...takut"

"Jangan risau aku ada. Dah buat apa yang aku suruh. Faham tak?"

"Fa..faham"

Dhia Airisya menyambungkan bluetooth phonenya dengan headphone. Lagu favouritenya dipasang lalu dia duduk di bawah seperti yang diberitahu oleh Emir Adden Fattah. Lutut dipeluk dan disembankan mukanya.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dia tahu yang Dhia Airisya takut dengan bunyi tembakan jadi awal-awal lagi dia suruh bodyguardnya untuk membeli headphone. Jadi tak adalah Dhia Airisya takut sangat.

"Woi kau aku baru sampai Malaysia kau dah suruh aku turun padang" bebel Razul di hujung talian sana apabila taliannya sudah disambungkan dengan Emir Adden Fattah begitu juga dengan yang lain.

Dia yang baru sahaja sampai di Malaysia 1 jam lepas mendengus geram apabila mendapat panggilan dari Harriz yang menyuruhnya turun padang. Baru nak rehat sekejap apa dah ada kerja.

Emir Adden Fattah membetulkan earbuds di telingannya.

"Sorry Shadow but i need you help" ujar Emir Adden Fattah pada Razul yang dikenali sebagai Shadow apabila mereka turun padang. Kalau mereka turun padang, setiap orang akan gunakan nama samaran bagi memudahkan kerja mereka.

"Uhuuu begitu gentleman sekali our King minta tolong" usik Harriz yang sedang memecut laju keretanya ke location yang sudah dihantar oleh Emir Adden Fattah.

"Diam ahh kau Eagle." Rujuk Emir Adden Fattah pada Harriz yang dikenali sebagai Eagle itu.

Tergeleng-geleng kepala Emir Adden Fattah melayan karenah mereka. Sempat lagi mahu menyakatnya di waktu genting macam ni.

"Okay get ready semua"

"Alright King!" kata Firash, Harriz dan Razul serentak.

♥♥♥♥♥♥♥

Okay mission start !
4 jejaka handsome turun padang!

See you next chapter !

Don't forget to vote n comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro