Bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

DHIA Airisya merengangkan urat-urat badannya. Badan dibengkok ke kanan dan ke kiri. Tulang belakangnya menghasilkan bunyi 'krak'. Arhh lega! Sudah berjam-jam dia duduk di kerusinya itu kerana terlampau banyak projek yang perlu disiapkan.

Syarikat di mana dia berkerja itu sedang melaksanakan pembinaan projek baru. Jadi dia sebagai pekerja Arkitek memang tersangat busy sampaikan lunch tadi pun dia skip. Laptopnya dimatikan dan fail-fail disusun rapi.

Barang-barangnya dimasukkan ke dalam beg silangnya. Farhana yang berada di meja sebelah dipandang. Gadis itu masih tengah khusyuk menyiapkan kerjanya. "Hana aku balik dulu tau" ujar Dhia Airisya seraya itu dia bangun lalu menolak kerusi ke dalam meja.

"Okay" jawab Farhana tanpa memandangnya. "Kau hari ni balik rumah parents angkat kau kan?" Soal Farhana dengan mata yang masih berada di screen laptop "Yup"

"Baik beb. Aku balik dulu. Jangan lama-lama sangat tau kat sini. Dah pukul 6.15" ujar Dhia Airisya cuba meingatkan Farhana supaya balik tidak terlalu lewat. "Okay beb. Kau hati-hati balik"

Dhia Airisya menangguk kepala. Dia mula melangkah keluar dari situ lalu menuju ke lift. Butang ditekan dan tak sampai seminit pintu lift terbuka sendiri. Dia tanpa membuang masa terus memasukkan badannya ke dalam lift. Lift kemudian tertutup sendiri ydan bergerak laju ke tingkat bawah.

Ting.

Pintu lift terbuka. Dhia Airisya melangkah keluar dari lift lalu menuju ke pintu utama syarikatnya. Dia berdiri di situ menunggu Danial bodyguardnya mengambilnya. Itulah rutinnya setiap hari sejak berkahwin dengan Emir Adden Fattah. Sejak itu, dia sudah jarang memandu kereta sendiri. Selalunya Danial akan mengambilnya dan menghantarnya.

Kereta BMW hitam tiba di depannya. Dhia Airisya melangkah menuju ke kereta tersebut. Dia memboloskan dirinya ke dalam kereta di tempat belakang. Kereta mula meluncur laju dari perkarangan syarikatnya.

Dhia Airisya mengeluarkan phonenya dari beg silangnya. "Nial, bila Tuan awak nak balik?" Rungut Dhia Airisya bersama keluhan kecil. Whatsapp dibuka. Namun tiada langsung mesej dari Emir Adden Fattah.

"Err tak tahu lah Puan" jawab Danial merangkap bodyguardnya. Danial mengetap bibir mahu ketawa. Lelaki di sebelahnya itu dipandang sekilas. "Tuan awak ni jahat la. Dah la tak mesej pun saya. Call pun tak. Asyik saya je call dia" rungut Dhia Airisya lagi pada Danial. Nasib Danial itu seorang yang peramah dan boleh dibuat kawan. Jadi Dhia Airisya tidak segan silu untuk bercakap dan bercerita sesuatu pada Danial.

"Puan rindu Tuan?" Soal Danial yang fokus memandu. Sesekali dia memandang Dhia Airisya melalui pantulan cermin. "Mestilah saya rindu. Saya rindu nak bergaduh dengan dia. Saya rindu semua tentangnya" tutur Dhia Airisya dengan nada yang sedikit sedih. Bosan dia apabila Emir Adden Fattah tiada di sisinya. Tiada siapa yang mahu cari pasal dengannya.

Danial ketawa kecil. "Kalau Tuan balik apa perkara first yang Puan nak buat" soal Danial ingin tahu. Dhia Airisya diam seketika sedang berfikir mencari jawapan kepada soalan Danial. "Hmmm first saya nak peluk dia ketat2 tapi...." Dhia Airisya diam seketika. "Tapi apa?"

"Tapi Tuan awak tu poyo! Perasan! Arrogant! Nanti dia cakap saya itu saya ini. Humph!" Ujar Dhia Airisya geram. Masih dia ingat lagi yang Emir Adden Fattah yang memeluknya sebelum tidur. Kata suaminya itu dia peluk dirinya sebab dirinya yang nak. Poyo!

Danial mahu ketawa mendengar kata-kata dari Dhia Airisya namun ditahan. Seketika dia mengerling lelaki di sebelahnya itu yang sudah mengenggam tangan. "Tapi.....walaupun Tuan awak macam tu, saya tetap suka dia. Tuan awak tu nampak je garang, bengis  tapi dalam hati ada taman. Dia cuma taknak tunjuk yang dia caring akan seseorang. That's why saya fall in love dengan dia. Saya suka cara dia protect saya" ujar Dhia Airisya tulus dari hatinya. Sudah terbayang-bayang kejadian yang membuatkan Dhia Airisya jatuh cinta dengan Emir Adden Fattah. Scene yang mereka bersama sepanjang mereka bersama.

Danial tersenyum kecil. Kagum sekejap dengan Dhia Airisya. Boleh dia katakan yang Dhia Airisya adalah lain daripada yang lain. Kalau perempuan lain tahu suaminya mafia, pembunuh sudah tentu mereka akan larikan diri atau lapor kepada polis kerana taknak bersubahat. Tapi Dhia Airisya menerima Emir Adden Fattah seandainya.

"Puan nampak macam sangat cintakan Tuan" tutur Danial lalu memandang lelaki di sebelahnya itu. Dhia Airisya terseyum. Yaa dia betul-betul sudah jatuh cinta akan Emir Adden Fattah. Dia semakin angau dengan Emir Adden Fattah. "Haah. Saya cintakan dia sangat-sangat sampaikan satu tahap saya takut kehilangan dia.  Dunia dia bahaya. Pekerjaan dia bahaya. Macam mana kalau....kalau satu hari nanti dia tinggalkan saya buat selamanya?" Tutur Dhia Airisya dengan suara yang semakin serak. Dia menundukkan kepalanya. Air matanya mengalir laju. Dia sangat-sangat takut bila memikirkan tentang itu.

"Saya....saya just harap suatu hari nanti, dia tinggalkan kerja mafia dia tu. For my sake and for our sake" sambung Dhia Airisya lagi. Air matanya yang mengalir itu disapu perlahan. Syahdu sekali hatinya bila memikirkan yang Emir Adden Fattah akan meninggalmya suatu hari nanti.

Danial sudah diam. Tidak tahu mahu berkata apa. Dia pun tidak tahu bagaimana mahu memberi semangat kepada Dhia Airisya kerana kata-kata majikannya itu betul. Sepanjang dia berkhidmat dengan Emir Adden Fattah, Tuannya iti selalu diserang musuh.

Lama menyepi, akhirnya mereka sampai di rumah Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah. Dhia Airisya menyangkut beg silangnya di bahu lalu membuka pintu kereta. "Thanks Nial sebab sudi dengar luahan saya" ujar Dhia Airisya sebelum menutup pintu kereta. Sempat dia membelek mukanya di cermin hitam kereta BMW itu sebelum masuk ke dalam rumah.

"Tuan...taknak masuk ke?" Soal Danial kepada lelaki yang berada disebelahnya itu.

Yaa. Emir Adden Fattah.

Lelaki yang berada di sebelah Danial adalah Emir Adden Fattah. Danial baru mengambil dia dari KLIA 2 dan terus mengambil Dhia Airisya. Dia dari tadi hanya senyap sahaja. Mulanya mahu membuat suprise namun bila mendengar luahan Dhia Airisya yang tidak langsung itu membuat dia tak jadi suprise.

"Tak. Hantar aku ke rumah aku" ujarnya. Dhia Airisya yang melangkah menuju ke pintu hanya dipandang. Dia tidak bersedia nak berdepan dengan Dhia Airisya. Luahan Dhia Airisya tadi membuatkan dia sedikit terkilan. Itukah yang difikirkan oleh Dhia Airisya selama ini? Dhia Airisya takut kehilangannya?

Namun untuk dia meninggalkan dunia mafianya itu jauh sama sekali. Selagi Alex tidak dibunuh dengan tangannya sendiri, selagi itu dia akan masih menjadi mafia dan juga pembunuh.

Keluhan kecil dilepaskan.

'I can't give you what are you want, Dhia Airisya.'


FARHANA mengemaskan barang-barangnya sebelum melangkah keluar dari officenya. Jam di tangan dilihat sekilas. Sudah hampir pukul 7p.m. Perutnya yang berbunyi yang dimimta diisi membuatkan Farhana berjalan ke cafe yang hampir dengan officenya.

Pintu cafe itu dikuak olehnya dari luar. Kaunter dihampiri lalu dia menempah nasi goreng USA bersama air boba. Sementara menunggu pesanannya siap, dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Matanya liar memandang sekeliling.

Agak ramai juga orang walaupun jam sudah hampir pukul 7 malam. Mungkin mereka pun baru balik dari kerja sepertinnya. Sedang dia melihat sekeliling cafe itu, matanya berhenti pada seorang lelaki yang berkemeja hitam sedang bermain phone. Lengan baju kemeja lelaki tersising sehingga ke siku. Handsome!

Namun senyumannya makin pudar apabila dia berjaya mengenali lelaki itu. Lelaki itu! Lelaki berhoodie! Lelaki yang dia jumpa kat Pavillion masa tengah shopping dengan Dhia Airisya! Lelaki yang cari pasal dengannya!

Farhana menggigit bibir. Masih dia ingat kejadian tempoh hari. Tak boleh jadi ni! Dia kena balas dendam! Lelaki itu telah meyakiti hati dia!

Farhana memandang lama lelaki itu. Dia cuba memikir apa yang perlu dia lakukan untuk sakitkan hati lelaki itu. Leka dia berfikir sehingga tidak sedar lelaki itu hampir ingin keluar setelah menerima pesanannya.

"Farhana"

Lamunannya terhenti apabila namanya dipanggil. Dia memandang ke tempat yang lelaki itu duduk tadi. Tiada. Matanya dialihkan ke pintu cafe. Lelaki itu baru nak keluar. Farhana cepat-cepat pergi ke kaunter untuk mengambil pesanannya. Kad dihulur untuk membayar pesanannya.

Matanya tidak lepas memandang ke mana lelaki itu pergi. Setelah siap membayar, dia segera keluar mengejar langkah lelaki itu. Dia tersenyum melihat air boba ditangannya. Okay dia ada idea!

Langkah dipercepatkan menghampiri lelaki itu dan dengan segajanya dia menumpahkan air bobanya pada lengan lelaki itu. Habis lengan baju lelaki itu basah kerananya.

"Woi buta ke?" Jerit lelaki itu geram sambil menngibaskan lengan bajunya itu yang sudah basah lencun. Terkumat-kamit mulutnya mencarut. "Opss sorry tak sengaja" ujar Farhana tanpa rasa bersalah.

Lelaki itu mengerutkan dahinya. Suara itu macam pernah denga! Dia mendongakkan kepalanya memandang perempuan di depannya itu. "You?!"

"Alamak lengan baju you basahlah. Macam mana yee? Sorry i tak sengaja" tutur Farhana dengan pura-pura bersalah. Sengaja dia mahu menyakitkan hati lelaki itu. Padan muka! Siapa suruh cari pasal dengannya!

"You memang sengajakan sebenarnya?" Bentak lelaki itu geram melihat senyuman Farhana yang seakan memerlinya itu. Tangannya digenggam. Kalau tidak fikir yang depannya itu seorang perempuan dan mereka di tempat awam, memang melayan dah tumbukan dia.

"I cakap I tak sengajala. Sorry okay. Daa" Farhana melambaikan tangannya kepada lelaki itu. Sempat dia mengenyitkan mata kepada lelaki itu. Puas hatinya sekarang melihat lelaki itu bengang.

Baru Farhana melangkah beberapa langkah tangannya dipegang lelaki tadi. "You nak pergi mana hah? Jangan ingat youbboleh lari?" Ujar lelaki itu dengan senyuman sinis. Ingat dia senang-senang ke melepaskan perempuan yang sengaja menumpahkan air ke lengan bajunya?

Farhana memandang tangannya yang dipegang oleh lelaki itu. Nasib berlapik. Kalau tak dah lama dia terajang dah. "Lepas" tutur Farhana dengan nada tegas. Dia paling pantang kalau ada lelaki suka hati memegangnya. Walaupun perangai dia tak semenggah kadang-kadang namun dia masih reti menjaga ikhtilat.

Lelaki itu tersenyum kecil. "Kalau taknak?" Ujarnya lalu semakin mengemaskan pegangannya.

"Kalau you taknak lepas I jerit" tutur Farhana bengang. Semakin bengang dia apabila lelaki itu mentertawakan dia. "Jeritlah kalau berani"

Farhana tersenyum kecil. Fikir dia takut ke? Hell no! Jerit merupakan kepakarannya!

"Tolong! Ada orang nak rogol saya! To....Hmmphh!" Farhana cuba menepiskan tangan lelaki itu yang menutup mulutnya. "Diamlah perempuan!" Bentak lelaki itu geram. Tak pasal-pasal dia dituduh rogol oleh perempuan padahal bukan dia buat apa pun.

"Buwerkk padan muka. Cabar I sangat!" Ujar Farhana yang sudah tersenyum puas. Tanganya ditarik kasar membuatkan pegangan lelaki itu terlepas. "Aku rogol kau betul-betul baru tahu!" Bentak lelaki itu geram.

"Sebelum you buat, I sepak dulu you punya burung tu. Biar mandul! Haha " Ujar Farhana.

"Dah la malas I nak layan orang tak betul macam you. Bye!" Sambungnya lalu cepat-cepat melangkah pergi dari lelaki itu. Nasib lelaki itu tidak menghalangnya lagi. Takut sebenarnya dengan ugutan lelaki itu sebab itu dia cepat-cepat blah sebelum lain pula yang jadi.

Lelaki itu mengigit bibirnya. "Aku harap aku tak jumpa kau dah perempuan! Erghh!" Bentaknya lalu beredar menuju ke keretanya yang diparking tidak jauh.

♥♥♥♥♥♥♥♥

Done Bab 20 !!!

Siapa lelaki yang terserempak dengan Hana tu ???

Jangan lupa votement !!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro