Bab 27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MALAM yang gelap tanpa bintang yang menyinari. Hujan yang lebat dan angin yang kuat. Badannya sudah habis basah lencun akibat hujan yang lebat itu. Dhia Airisya terus jalan tanpa hala tuju sebaik sahaja keluar dari hospital. Dia hanya berjalan dan berjalan. Nasib tiada guruh atau kilat menyapa gegendang telingannya.

Air mata yang mengalir bersama hujan yang lebat itu hanya dibiarkan. Mungkin hujan turut memahami isi hatinya sekarang. Dia sedih, kecewa dan bingung. Tidak tahu kenapa Emir Adden Fattah bersikap begitu.

Lama berjalan sehingga dia sendiri tidak tahu dia di mana, akhirnya dia berhenti di stesen bas. Punggung dilabuhkan di situ. Kepalanya menunduk ke bawah. Dia tidak tahu nak pergi mana sekarang. Dia taknak balik rumah Emir Adden Fattah sekarang. Dan dia juga taknak balik rumah keluarga angkatnya. Dia pun taknak balik rumah Farhana.

Sedang dia termenung di situ, sebuah kereta BMW tiba di depannya. Bunyi hon yang ditekan oleh pemandu tersebut menyentakkan Dhia Airisya. Dhia Airisya mendongak kepalanya memandang empuya kereta.

"Adik, buat apa kat situ?"

Dhia Airisya mengetap bibirnya. Air mata makin mengalir. "Abang"

Iqbal turun dari kereta lalu menghampiri Dhia Airisya. "Kenapa ni?" Soalnya risau melihat Dhia Airisya yang basah kuyup. Dhia Airisya memeluk Iqbal dengan erat lalu dia menghembuskan tangisan di situ. Teresak-esak dia menangis dalam pelukan abangnya.

"Abang, adik nak ikut abang balik" ujar Dhia Airisya. Iqbal memandangnya lama. Bibirnya diketap geram. Pasti ada sesuatu yang berlaku antara adiknya dan Emir Adden Fattah sebaik sahaja dia melangkah keluar dari hospital siang tadi.

"Okay jom masuk kereta"


EMIR Adden Fattah menyandarkan kepalanya di sofa. Matanya dipejam. Pelipis dahinya diurut kecil.  Penat dari tadi dia training tembak menembak di sebuah bangunan mafianya yang terletak betul-betul di tengah hutan. Disitulah mereka melakukan training dan segalanya. Penjahat yang ditangkap oleh mereka turut dikurung dalam bangunan tersebut.

"Isteri kau ada dengan Iq" ujar Harriz lalu turut melabuhkan punggung di sofa juga. Emir Adden Fattah yang hanya diam itu dipandang. Hari ini sudah masuk hari yang ketiga sejak kejadian tersebut. Dia pada awalnya turut terkejut dengan apa yang berlaku kat hospital tadi. Dia, Razul dan Firash turut ternampak adegan Emir Adden Fattah dengan Iqbal Ryven. Kawan baik mereka dulu.

Dan yang paling mereka tak sangka ialah Dhia Airisya bersubahat dengan Iqbal untuk mendapatkan revenge. Dia sebenarnya taknak percaya. Melihat Dhia Airisya yang seperti tidak tahu apa-apa tentang mereka semua. Gadis itu nampak polos dan baik hati.

Firash dan Razul yang baru masuk bilik tersebut turut melabuhkan punggung di sofa. "Bro kau sure ke Aisrisya terlibat dengan abang dia?" Soal Firash. Dia tak percaya yang Dhia Airisya berkahwin dengan Emir Adden Fattah hanya untuk dapatkan revenge.

"Dia terlibat atau tak aku akan tetap buat macam tu." Ujar Emir Adden Fattah setelah lama berdiam diri. Firash, Razul dan Harriz hanya mengeluh kecil. Mereka pun tak tahu apa yang terbaik untuk Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya.

"Kau cakap kau taknak dia sakit hati bila dia tahu siapa kau sebenarnya tapi sekarang aku tengok kau yang sakit hati sekarang. Aku tahu kau geram dengan diri kau sekarang. Aku tahu kau sayang dia. Tapi aku rasa better kau bagitahu dia dari mulut kau sendiri tentang kejadian 4 tahun lepas." Ujar Razul panjang lebar. Dah banyak kali dia cuba menasihati Emir Adden Fattah tentang perkara ini. Sebab dia tahu end up diorang akan jadi macam ni. "Betul tu aku pun setuju dengan Zul" ujar Firash.

Emir Adden Fattah hanya diam. Kata-kata Razul itu ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Dia sendiri tidak tahu sama ada Dhia Airisya sudah tahu atau tidak. Mungkin dah tahu dan mungkin sekarang tengah buat rancangan untuk dapatkan revenge.

"Si hacker tu macam mana? Dah dapat maklumat apa-apa?" Soal Emir Adden Fattah cuba menukar topik. Malas dia mahu melanjutkan tentangnya dan Dhia Airisya. Dia tiada mood nak cakap tentang itu.

Mereka bertiga melepaskan keluhan. Itulah Emir Adden Fattah. Selalu nak tukar topik.

"Belum. Sejak dia cuba hack syarikat kita, dia mendiamkan diri" ujar Harriz bersama keluhan. Semasa Emir Adden Fattah koma tidak sedarkan diri, si hacker itu cuba untuk hack syarikat mereka. Berkat ada Razul, serangan si hacker itu berjaya dipatahkan. Jadi dia tidak dapat menggodam dan mendapatkan apa-apa maklumat.

"Tapi jangan risau, aku dah usaha sikit dan hampir-hampir nak tangkap dia" ujar Razul. Suasana kembali senyap semula. Melihat Emir Adden Fattah yang tiada mood itu membuatkan mereka juga tidak ada mood nak bercakap.

Emir Adden Fattah membuat keputusan untuk balik ke rumah. Dia memandu kereta keluar dari bangunan mafia tersebut. Keretanya dipandu laju. Sedar tak sedar dia memandu ke rumah Iqbal, dimana Dhia Airisya berada. Gara-gara Harriz dia tahu dimana keberadaan Dhia Airisya.

Rumah agam mewah tersebut dipandang dari jauh. Keluhan kecil dilepaskan. 3 hari sudah dia tidak berjumpa dengan Dhia Airisya. Jujur dia kata selama 3 hari ini dia seakan hilang dirinya. Dirinya rasa macam tiada hala tuju. Rumah pun dia jarang balik kerana bila dia balik dia dapat rasakan rumahnya terasa kosong.

Lama dia memandang rumah tersebut, akhirnya dia mula beredar.

Iqbal tersenyum sinis melihat kereta milik Emir Adden Fattah berlalu pergi melalui cctv. Dari tadi dia hanya melihat kereta itu berada di luar perkarangan rumahnya. "At last you come to see her first, Mir"

Prang

Bunyi benda pecah dari luar biliknya itu menyentakkan Iqbal. Segera dia berlari keluar dari biliknya dan menuju ke arah bunyi tersebut. Semakin dia menghampiri semakin kuat jeritan seseorang. Sah bunyi tersebut datang dari bilik Dhia Airisya.

Pintu yang tak tertutup rapat dikuap kasar oleh Iqbal. Dia memandang pinggang yang pecah dan nasi yang berterabur atas lantai begitubjuga dengan cawan. Dia memandang maid nya lalu memandang Dhia Airisya.

"Adik! What are you doing?" Jerkahnya geram.

"Adik taknak makan, taknak makan la! Jangan paksa adik boleh tak?"

Iqbal mengetap rahangnya dan satu keluhan dilepaskan. Dia menghampiri Dhia Airisya lalu adiknya itu dibawa ke dalam pelukan. Dhia Airisya menangis teresak-esak dalam pelukan Iqbal. "Adik rindu dia abang hikss" gumam Dhia Airisya bersama tangisan.

Iqbal mengetap bibirnya. Walaupun dia rasa bengang sekarang ni tapi cuba dikawal kemarahannya. Belakang badan Dhia Airisya digosok lembut. Sejak adiknya menjejak kaki ke sini, adiknya itu jarang makan. Asyik berkurung dalam bilik lepastu menangis. Dia yang tengok ni pun rasa geram.

Kadang-kadang rasa geram dengan dirinya sendiri kerana menjadi punca pertelingkahan Dhia Airisya dan Emir Adden Fattah. Dia memang benci akan Emir Adden Fattah dan dia nak Emir Adden Fattah rasa apa yang dia rasa. Tapi melihat keadaan menjadi sebegini, melihat adiknya yang tersepit antara mereka berdua membuatkan dia rasa bersalah.

"Abang apa perlu adik buat? Adik nak jumpa dia tapi hikss tapi dia benci adik hikss" Iqbal mengeluh kecil. Kedua-dua tapak tangannya ditekupkan dipipi Dhia Airisya. Air mata Dhia Airisya yang mengalir itu dikesat dengan ibu jarinya." Adik rehat dulu. Nanti abang cari jalan okay?" Ujar Iqbal cuba menenangkan Dhia Airisya.

Dhia Airisya menangguk kepalanya akur. Dia membaringkan dirinya atas katil. Iqbal menyelimutkan badannya sehingga paras dada. Kepala Dhia Airisya diusap kecil sebelum dia dan maid yang sudah siap mengemas pinggang dan cawan yang pecah tadi keluar dari bilik tersebut. Iqbal menuju ke biliknya semula dan badan dihempas kasar di atas katil. Mukanya diraup kasar.

"Damn you Mir! Apa yang kau dah buat kat adik aku?"



PERBUALAN yang rancak serta ketawa tiga orang lelaki langsung tidak menghiburkan Emir Adden Fattah. Dia hanya termenung dan termenung memikir masalahnya dengan Dhia Airisya. Firash yang perasan itu memberi isyarat kepada Harriz dan Razul.

"Bro aku rasa baik kau balik rumah tenangkan fikiran kau tu. Aku tengok kau macam dah mayah hidup dah" ujar Firash sambil menepuk bahu Emir Adden Fattah. Risau melihat kawannya macam tu. Entah apa yang dia boleh tolong pun tak tahu. Dia tahu kawannya itu memikirkan pertembungan bersama Dhua Airisya petang tadi.

"Betul tu. Lagipun dah pukul 11 malam dah ni" sambung Harriz pula.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Mukanya diraup kasar. "Yelah aku balik dulu." Ujarnya lalu berdiri. Kunci dan phonenya yang berada di atas meja diambil lalu dia melangkah keluar dari bangunan Secret Hunters Agency .

Sampai sahaja di rumah, dia terus mandi kerana badannya yang sudah berpeluh itu. Bathrobe dipakai ke badannya lalu dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Matanya dipejam Kejadian petang tadi terimbau di fikirannya. Kejadian dia bertembung dengan Dhia Airisya secara tak sengaja.

FLASHBACK

"Adden"

"Apa kau nak? Bukan aku dah cakap ke aku taknak tengok kau lagi?" Ujar Emir Adden Fattah dengan mada tegang. Dhia Airisya mengetap bibirnya. Lantai dipandang. Tanganya digenggam kuat. Cuba mengumpul semangat.

"Saya minta maaf. Saya mengaku salah saya sebab tak jujur kat awak. Sa...saya ada abang tapi saya tak bagitahu awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya takkan rahsiakan apa-apa lagi dari awak" ujar Dhia Airisya. Dia fikir punca pergaduhan mereka sebab dia merahsiakan keluarganya dari Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Dia berpaling memandang Dhia Airisya. "Kau ingat sebab tu ke aku benci kau?" Soal Emir Adden Fattah membuatkan Dhia Airisya mendongak memandangnya dengan dahi yang berkerut. Kalau bukan sebab tu sebab apa lagi?

Habistu?"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dipandang mata Dhia Airista lama. "Dah la aku penat ada isteri yang acah baik macam kau" ujar Emir Adden Fattah. Dia tersenyum sinis melihat perubahan muka Dhia Airisya.

Air mata yang bertakung itu akhirnya mengalir. Dhia Airisya mengenggam tangannya. Terasa dengan kata-kata Emir Adden Fattah. Itu ke yang difikir oleh Emir Adden Fattah terhadapnya selama ini? Acah baik?

"Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap? Kau sepakat dengan abang kau sebab nak balas dendam kat aku kan?"

Dhia Airisya mengerutkan dahinya. Tidak faham dengan kata-kata yang dilontar oleh Emir Adden Fattah. Bila masa dia sepakat dengan abangnya untuk balas dendam.

"Saya tak faham apa yang awak cakap. Balas dendam?"

Emir Adden Fattah memandang lama mata Dhia Airisya. Dia mengeluh kecil lalu berjalan meninggalkan Dhia Airisya yang terpinga-pinga itu.

END FLASHBACK

Bunyi jeritan dari luar rumahnya  menyentakkan dia dari lamunannya

"Saya kata saya nak masuk nak masukla" jerit Dhia Airisya geram apabila bodyguard tersebut tidak membenarkan dia masuk. Entah sejak bila pula dia dilarang masuk ke dalam rumah suaminya sendiri. Emir Adden Fattah benar-benar kejam!

"Puan, Tuan larang Puan masuk" ujar Danial. Dia berasa bersalah pula apabila perlu menyekat Dhia Airisya masuk ke dalam rumah. Tapi itu arahan dari Emir Adden Fattah. Takkan dia nak melawan pula?

"Nial please. Tuan awak ada kat dalam kan?" Dhia Airisya mengeluh kecil apabila bodyguard masih belum membenarkan dia masuk. Dia tertunduk meamndang ke bawah. Benci sangat ke suaminya itu kepadanya? Dia datang sini sebab nak jelaskan semuanya kepada Emir Adden Fattah. Nak bincang elok-elok.

Dhia Airisya mendongak kepalanya. Bibir diketap. Melihat Danial yang cuai itu segera dia merampas pistol yang tersangkut di pinggan itu lalu melepaskan tembakan ke udara. Entah dari mana keberanian dia menembak.

"Puan!"

"Bagi saya masuk atau saya tembak diri sendiri" ujar Dhia Airisya sambil menghalakan pistol ke kepalanya sendiri. Danial mengetap bibir. Baru dia hendak membuka mulut tapi suara seseorang menghalang dia membuka mukut.

"Bagi dia masuk"

Semua memandang ke beranda bilik di tingkat 2. Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah itu. Pandangan mereka berpaut. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Langkahnya diatur ke tingkat 2. Bilik mereka berdua dituju lalu pintu dibuka dari luar.

Sempat dia menarik nafas dalam sebelum masuk ke bilik. Emir Adden Fattah yang berdiri membelakanginya itu dihampiri. Dia takut sekarang. Tapi dia nak selesaikan masalah mereka. Dia taknak mereka berdua bergaduh macam ni lagi.

"Baguslah kau datang sini, aku ada benda nak cakap" ujar Emir Adden Fattah yang masih berdiri membelakangi Dhia Airisya. Bibirnya diketap. Mata dipejam seketika. Entah betul ke tidak keputusan yang dia mahu buat ini.

"A..apa dia?" Soal Dhia Airisya gugup. Tangannya mengenggam hujung bajunya. Beedebar dengan kata-kata yang akan diberitahu Emir Adden Fattah itu. Kenapa dia rasa macam benda menakutkan?

"Aku dah buat keputusan"

"Nur Dhia Airisya binti Ahmad Zaki. Aku cer......"



♥♥♥♥♥♥♥

Emir what are you doing ???

Cerai atau tak?

Nantikan next episode!!

Jangan lupa votement !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro