Bab 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

EMIR ADDEN FATTAH memandang lama siling wad VVIP yang dinginapnya selama hampir 4 bulan. Dia mengeluh kecil. Mata dipejam buat seketika sebelum dibuka kembali. Sekali lagi dia mengeluh kecil. Sebenarnya dia dapat merasakan ada sesuatu yang berkaitan dengan Dhia Airisya yang mereka sorok daripadanya.

Sudah 3 hari sejak dia sedar dari koma namun sampai sekarang dia masih belum berdepan dengan Dhia Airisya. Kata daddynya, Dhia Airisya balik kampung. But something smell fishy. Kalau Dhia Airisya balik kampung, kenapa Iqbal tak balik kampung juga? Betul tak?

Dia ada cuba mesej Dhia Airisya dan mesejnya dibalas tapi bila dia call, callnya tidak diangkat. Kenapa?

Dia bangun daripada baring. Cermin lut sinar yang memaparkan keindahan Kuala Lumpur itu dipandang lama. Mungkin dia perlu siasat apa yang berlaku. Mungkin ada sesuatu yang mereka cuba sorokkan daripadanya. Ya. Mungkin benar.

Tongkat yang tersandar disebelah katilnya itu diambil. Perlahan-lahan dia turun daripada katil. Langkahnya belum stabil dan badannya belum masih sembuh sepenuhnya, jadi dia perlu menggunakan tongkat. Dia keluar daripada biliknya. 5 bodyguard yang menjaga di luar bilik itu dipandang lama.

Selangkah dia berjalan menjauhi mereka, selangkah juga mereka ikut daripada belakang. Dia berhenti seketika. Badan dipusing menghadap mereka. “Don’t follow me.” Tuturnya pada bodyguard yang menjaga.

“Ayah Tuan suruh kitorang ikut Tuan ke mana Tuan pergi untuk keselamatan Tuan.” Tutur salah seorang bodyguard daripada 5 orang tersebut yang dia sangat kenali. Keluhan dilepaskan. Kalau macam ni,susah lah dia nak mengorek rahsia mereka. Matanya tepat memandang bodyguard yang  berkata tadi iaitu Danial.

Okay, you can follow me”

Dia meneruskan langkahnya. Walaupun begitu dia sudah merancang apa yang akan dilakukan untuk melepaskan diri daripada mereka. Dia berjalan dahulu menuju ke taman hospital tersebut. Dalam 15 minit dia berada di situ, dia mula bertindak. Air chocolate yang dipegang itu sengaja ditumpah ke baju pesakit yang dipakainya. Setelah itu, dia meluru ke tandas awam yang berhampiran dengannya.

“Korang tunggu kat luar je. Some people tak suka orang beramai-ramai kat dalam” tuturnya.

“Tapi Tuan, what if kat dalam…….”

Don’t worry. I can take care of myself” tuturnya lalu dia meluru masuk ke tandas awam. Nafas lega ditarik apabila bodyguard yang mengikutnya itu mendengar katanya. Dia menghampiri seorang lelaki yang berpakaian hoodie dan bertopi hitam. Nasibnya baik!

Excuses me, can I borrow your hoodie and cap?” Lelaki yang ditegur itu memandang dia pelik sebelum menggeleng kepala. Gila apa nak bagi baju dia kat orang yang dia tidak kenali. Lagi-lagi orang yang menegurnya itu memakai baju hospital. Nampak sangat nak lari dari hospital.

Emir Adden Fattah menggigit bibirnya.

Telefon dikeluarkan dari poket lalu dia membuka apps Bank Islam. Dia memandang lelaki itu semula. “How about I pay you RM 1 K in exchange?” tuturnya cuba memujuk lelaki itu untuk menukar baju dengannya. Dia memandang lelaki itu dengan penuh berharap. Walaupun dia tak suka memakai baju sembarangan dan entah dibeli kat mana. Semua baju yang dipakainya adalah berjenama namun sekarang dia terpaksa. “Sure’’ ujar lelaki itu dengan teruja. Gila kau nak tolak! Apa yang dipakainya itu belum tentu sampai RM 50 tapi dia mendapat RM1 K in exchange.

Setelah menukar pakaian, Emir Adden Fattah memandang cermin tandas itu lama. Kepala hoodie ditarik menutup kepala. Topi juga dibetulkan agar wajahnya tidak terdedah. “You just need to stay here about in 10 minutes after I go and then you can go. Kalau bodyguard kat depan tu tanya just cakap tak tahu” tuturnya pada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menangguk kepalanya faham dengan arahannya.

Thank you for help me. I had already transfer the money to your account”

Most welcome. Kalau nak mintak tolong lagi just tell me”

Emir Adden Fattah keluar dengan lagak biasa. Risau juga kalau bodyguardnya perasan. Setelah jauh dia berjalan dari mereka, dia menarik nafas lega. Dia terus berjalan ke depan tanpa menoleh kat belakang. Langkahnya diatur pada pintu utama hospital. Selangkah dia melangkah keluar, dia berpusing memandang ke belakang.
What if Dhia Airisya sebenarnya ada kat hospital ini juga?

Setahunya, Dhia Airisya ditikam sewaktu ingin selamatkan dia.

Dia menarik nafas dalam. Takut untuk mengetahui hal yang sebenar tetapi dia terpaksa. Hatinya tidak tenang memikirkan tentang Dhia Airisya.

Dia berjalan menuju ke kaunter pertanyaan. Nafas ditarik lagi sekali dengan dalam sebelum memandang nurse yang menjaga kaunter tersebut.

“Boleh saya tahu wad Nur Dhia Airisya kat mana?” tembaknya.

“Kejap yaa” ujar nurse tersebut lalu mencari nama Dhia Airisya dalam rekod pesakit yang dirawat di hospital tersebut.

“Nur Dhia Airisya binti Ahmad Zaki ke?” soal nurse tersebut untuk memastikan pesakit yang ditanyanya.

Emir Adden Fattah menelan air liur kelat.

‘’I….iya”

“Dia ditempatkan di wad VVIP nombor 7”

Emir Adden Fattah menggigit bibirnya. Dia sudah agak yang Dhia Airisya sebenarnya tidak balik kampung. Namun kenapa mereka ingin rahsiakan daripada mereka? Kenapa tak cakap je yang Dhia Airisya  sedang dirawat? Kenapa perlu menipunya?

How is her condition?”

Wad Dhia Airisya dituju dengan langkah yang lemah setelah dia mendapat tahu keadaan Dhia Airisya daripada nurse tersebut. Patutlah mereka merahsiakan keadaan Dhia Airisya daripadanya. Dia menarik nafas dalam. Hatinya tidak tenang. Hatinya dibaluti dengan perasaan bersalah yang menebal.

Tiba di tingkat wad VVIP yang menempatkan Dhia Airisya, dia memandang jauh wad Dhia Airisya tersebut. Kelihatan beberapa bodyguard turut menjaga di luar. Dia menghampiri dengan langkah yang lemah. Badannya ditahan oleh bodyguard sewaktu dia ingin masuk ke dalam.

Dia menjatuhkan kepala hoodie dan membuang topi daripada kepalanya. Mereka tampak begitu terkejut melihatnya. Salah seorang mula bercakap sesuatu melalui talkie walkie. Mungkin ingin memaklumkan yang dia sudah tahu tentang sebenar.

“Tu….tuan….”

Let me come in”

Tombol pintu dipulas. Sempat dia menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk ke dalam. Masuk sahaja ke dalam, dia nampak seorang perempuan terbaring lemah di katil bersama wayar yang banyak di badan atau lebih tepat itu adalah isterinya, Dhia Airisya.

Dia menghampiri Dhia Airisya yang terbaring lemah tersebut. Bibirnya digit kuat melihat bertapa pucatnya muka isterinya. Sudah macam  mayat hidup. Palang besi di tepi katil dipegang kuat apabila merasakan tubuhnya lemah ingin melorot jatuh. Air mata lelakinya yang ditahan itu mengalir jua membasahi pipinya. Sungguh dia tidak kuat melihat Dhia Airisya yang seorang ceria kini terbaring lemah atas katil gara-garanya. Allahu.

“E….Emir”

Emir Adden Fattah berpaling memandang pada pintu. Kelihatan semua ada kat sini termasuk ibu, daddynya dan juga kawannya. Mereka memandangnya dengan cuak dan bersalah. Mungkin tidak menjangka yang dia akan tahu secepat ini. Well, dia tidak bodoh.

Why? Why you all did not tell me what happened to my wife?!”



TANGAN kanan Dhia Airisya diusap dengan penuh lembut. Jari manis yang tersarung dengan cincin berlian kecil yang menjadi lambang cinta mereka berdua itu diperhatikan lama. Dibawa tangan Dhia Airisya itu ke bibirnya lantas belakang tapak tanpa dicium lama bersama mata yang dipejam.

Bertapa sedihnya dia ketika ini.

Mata dibuka kembali lalu jatuh pada perut Dhia Airisya yang kempis yang pernah dihuni cahaya mata mereka berdua. Cahaya mata yang menjadi saksi hubungan mereka berdua. Cahaya mata yang membuatkan mereka saling mencintai satu sama lain.

Namun cahaya mata itu pergi meninggalkan mereka berdua. Mungkin Allah lagi menyayanginya.

Diusap lembut perut Dhia Airisya yang kempis itu. Senyuman cuba diukirkan pada wajahnya namun dia gagal.

"I'm sorry. I failed to protect you, baby."

Air matanya makin jatuh membasahi pipinya. Nasib sahaja hanya dia dan Dhia Airisya sahaja yang berada di dalam wad tersebut. Dia sudah mendengar keterangan dari mereka semua tadi. Walaupun perit untuk menelan hakikat yang Dhia Airisya keguguran dan kewujudan baby dalam perut Dhia Airisya yang langsung dia tidak tahu tapi dia cuba untuk menerima takdir yang sudah tertulis buat mereka.

"Airisya sayang"

Pipi Dhia Airisya diulas lembut. Mata bundarnya berwarna grey memandang lama muka pucat lesu Dhia Airisya. Tangan kanan Dhia Airisya diletak di pipinya. Dia tunduk buat seketika sambil memejamkan mata. Ya Allah, dia tak kuat.

"Don't leave me. Don't leave me like our baby left us." Air matanya yang mengalir dibiarkan berjujuran "I need you sayang. Please I need you to stay by my side"

Tangisannya semakin esak. Dia sudah tidak peduli dengang muka buruknya yang menangis atau nak kata dia lembik atau apa. Sekarang isterinya terlantar lemah atas katil dan itu sangat meremukkan hatinya.

"I love you, sayang. So please don't leave me okay?"

Dia memandang air mata yang tiba-tiba mengalir di tubir mata Dhia Airisya. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Dia tahu Dhia Airisya mendengar apa yang dikatakan olehnya. Lagipun Doktor juga ada beritahu supaya dia sentiasa bercakap dengan Dhia Airisya.

"You hear me right? I'm begging you, please wake up sayang"

"Sayang, you promise me something. You said you will not leave me. So you need to wake up to fulfill your promise"

Tangan Dhia Airisya dicium sekali lagi dengan lama.

Jangan ambil Dhia Airisya daripadanya.

"Sayang cakap sayang nak suprisekan abang something masa my birthday. It's about our baby right? I can't imagine how happy you're when you knew you're pregnant. I wish I can be there that time. If I be there that time, I will hug you, kiss you and said thank you to you sayang. And I'm so stupid not knowing what you want to tell me when we were at there."

[FLASHBACK]

DHIA AIRISYA mengelus lembut rambut Emir Adden Fattah yang menutup separuh dahinya itu. Dia tersenyum kecil melihat Emir Adden Fattah yang sedang meletakkan kepalanya di pahanya sambil memejamkan matanya. Kenapa suaminya itu handsome sangat walaupun muka dah lebam sana sini ? Tak tenang jantungnya. Bagai mahu pecah je sekarang.

“Dah puas dah tengok muka aku yang handsome ni?” soal Emir Adden Fattah secara tiba dengan mata yang sudah terbuka menikam lembut matanya. Dia tersengih malu. Kenapa asyik kantoi je?

“Awak macam dah okay je dengan cara awak cakap macam tu?” soalnya sengaja mahu mengubah topic.

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya lama. Matanya dipejam seketika. Kalaulah Dhia AIrisya tahu dia masih rasa sakit sekarang tak adalah Dhia Airisya bertanya macam tu. Namun memang dia taknak Dhia Airisya risau akannya sebab itu dia hanya berlagak biasa.

“Awak”

“Hmmm?”

“Awak nak anak tak?” soal Dhia Airisya membuatkan Emir Adden Fattah membuka mata semula memandangnya. Dahi Emir Adden Fattah berkerut cuba memproses apa yang ingin disampaikan oleh Dhia Airisya itu.

“Apa yang kau nak sampaikan ni?”

“Cepatlah jawab. Awak nak anak tak?” mencerbik Dhia Airisya apabila soalannya tidak dijawab bahkan dia pula ditanya soalan.

“Hmm kalau aku nak, kau nak bagi ke?”

Dhia Airisya tersenyum lebar. “So jawapan awak nak la?” soalnya lagi ingin kepastian dari Emir Adden Fattah.

“Lelaki mana taknak anak kalau dah kahwin?”

Dhia Airisya mencerbik. Suaminya itu tak boleh jawab dengan elok ke? Jawab je lah straight to the point! Ni tak, soalannya dibalas dengan soalan pulak.

“Awak ni kan. Jawablah elok-elok. Janganlah tanya soalan kat saya balik” tutur Dhia Airisya sambil memeluk tubuhnya. Muka dipaling ke arah lain. Malas dah mahu layan Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah tersenyum kecil. Alahai comel pulak isterinya itu merajuk. Gigit sekarang kan baru tahu!

“Ya, aku nak”

Dhia Airisya berpaling memandang Emir Adden Fattah bersaam senyuman lebar. Hatinya makin berbunga-bunga. Nak je dia bagitahu sekarang tapi dia sabar. Dia mahu bagitau yang dia sedang mengandung masa birthday Emir Adden Fattah nanti. It will be the best birthday ever for him!

“Awak nak boy ke girl ?”

“Hmm twin. Boy and girl.” Jawab Emir Adden Fattah sambil tersenyum-senyum sedang membayangkan kalau Dhia Airisya sedang mengandung anak kembar mereka nanti. Mesti mama baby mereka comel nanti dengan badan gempal. Arghh comel! Sumpah dia rasa mesti Dhia Airisya nanti akan jadi bahan gigitannya nanti sebab terlalu comel.

“Kenapa awak senyum-senyum macam tu?” soal Dhia Airisya pelik dengan Emir Adden Fattah tersenyum macam tu. Suaminya itu sudahlah jarang senyum lepastu bila senyum, seram pun ada.

“Airisya jom buat anak sekarang. Aku teringin nak ada anak kembar.”

Membulat mata Dhia Airisya. Dia tidak kisah yang Emir Adden Fattah nak anak kembar tapi yang dia kisah ada ke patut Emir Adden Fattah ajak dia buat anak sekarang. Sedar tak yang mereka kat mana sekarang?

“Awak gila ke? Awak sedar tak yang kita kena culik and dikurung sekarang?” soalnya bengang sambil mencubit bahu Emir Adden Fattah. Memang dek tak masuk akal betul suaminya itu mahu membuat anak ketika mereka diculik dan dikurung oleh penjahat. Okay dia menyesal membuka perbualan tentang anak.

“Gurau je pun. Sakit tahu tak kena cubit. Dahla badan aku dah banyak luka”

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Sedar yang tangannya sudah terlanjur mencubit badan Emir Adden Fattah. Emir Adden Fattah yang berpaling ke arah lain sambil merncerbik itu dipandang.

“Ala sorryla. Tak sengaja” tuturnya sambil mencucuk-cucuk pipi kiri Emir Adden Fattah dengan jari terlunjuknya. Emir Adden Fattah masih berpaling ke arah lain sambil mencerbik. Dhia Airisya memegang dagunya sambil berfikir cara untuk memujuk Emir Adden Fattah yang kononnya sedang merajuk dengannya.

“Awakkkkk” panggilnya meleret.

“Addennnn”

Emir Adden Fattah masih diam.

“Abanggggg”

Dhia Airisya tersenyum kecil melihat Emir Adden Fattah yang nampak terkesan dengan panggilannya itu. Dia tahu yang Emir Adden Fattah ingin senyum namun dikawal olehnya. “Sayang minta maaf okay. Abanggggg” tuturnya lagi dengan menggunakan panggilan abang dan sayang. Sengaja mahu mengusik Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah pasrah. Jantungnya taknak berkerjasama dengan dia sekarang. Mahu tercabut rasa jantungnya apabila Dhia Airisya memanggilnya begitu dengan suara yang meleret. Dia berpaling semula memandang Dhia Airisya.

“Yaa sayang? Sayang nak apa? Sayang nak abang ke?”

Kali ini Dhia Airisya pula yang semakin malu. Jantungnya pun bagai nak melompat keluar. Pipinya jangan cakap. Blushing habis! Arghh kenapa suaminya suka seksa dia macam ni?

Emir Adden Fattah ketawa kecil melihat Dhia Airisya yang diam tidak berkutip dengan pipi merah. Tadi beriya sangat panggil dia macam tu. Bila dia buat balik, diam terus! Geram melihat Dhia Airisya yang sedang blushing itu, dia mencubit pipi Dhia Airisya sehingga membuatkan Dhia Airisya marah.

“Sakit lah! Sengaja kan?”

“Ingatkan tak ada mulut dah kena heart attack dengan abang”

"Abang!"

Dhia Airisya menjeling tajam Emir Adden Fattah yang semakin galak mengusiknya.

“Iya sayang? Sayang macam tak sabar nampak nak buat anak je. Sabar yee” usik Emir Adden Fattah lagi. Dia sudah berdekah dengan jelingan tajam Dhia Airisya. Sumpah dia rasa lawak sekarang. Habis hilang kesakitan yang dialaminya.

“I hate you”

“Huh? Apa? I love you? I love you too sayang”

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Seronok betul nampak suaminya mengusiknya itu? Diberi jelingan tajam lagi namun Emir Adden Fattah semakin galak ketawa. Dia menghembus nafas geram. Tak tahan dengan suaminya yang ketawa itu,dia mencubit kedua-dua pipi Emir Adden Fattah geram.

“Arghh sayang sakitla!”

“Padan muka!”

“Merajuklah macam ni”

Dhia Airisya tersenyum lebar. Eleh nak merajuk pula. Tadi kemain gelakkan dia.
Dia memandang Emir Adden Fattah lama. Dia rasa sangat happy sekarang. Hubungan mereka semakin membaik. Dia sangat berharap mereka berdua berjaya keluar dari sini. Bukan berdua tapi bertiga.

“Sayang dengar tak?”

“Apa?” soalnya bingung. Emir Adden Fattah ada cakap apa-apa ke kat dia masa dia mengelamun tadi?

“Abang cakap…I love you sayang”

Dhia Airisya tersenyum

I love you too. I Love You, Mr. Korean Mafia

♥♥♥♥♥♥♥♥

Done Bab 46!

4 episodes to go!

Tak tahu nak sedih ke nak happy hmmm.
Jangan sad sad yaa. Diorang happy je tu.

Huhu

Jangan lupa votement yaa!









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro