Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

EMIR Adden Fattah berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Air hujan dari paip yang menyentuh kulit badannya membuatkan dia berasa lega. Terasa segar badannya itu.

Badannya dibalut dengan tuala yang separas lutut sahaja gara-gara dia terlupa membawa bathrobe. Cermin yang berada dibilik air itu yang memantulkan dirinya dipandang lama.

"Yang aku tahu bos aku tengah cari information tentang perempuan yang selamat itu"

Kata-kata lelaki tadi berlegar di kepalanya. Emir Adden Fattah memejamkan matanya dan sinki bilik airnya itu dicengkam kasar.

"Ni semua salah kau Emir!" Jerit Emir Adden Fattah kuat. Direnung tajam pantulannya itu. Bergerak-gerak rahangnya yang menahan geram itu.

"Ira maafkan aku. Maafkan aku Ira. Kerana aku, kau mati dan kerana aku nyawa dia dalam bahaya"

"Kau bodoh Emir"

Cermin yang memantulkan dirinya itu ditumbuk kuat membuatkan cermin tandas itu pecah berderai. Bukan itu sahaja, tangan Emir Adden Fattah turut berdarah akibat tumbukan yang kuat itu.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Itulah dia melepaskan kemarahannya. Cermins tandasnya itu selalu menjadi mangsa tumbukannya dan tangannya yang baru je mahu sembuh berdarah semula.

Dia benci melihat pantulan dirinya di cermin kerana ia sering mengingatkan dirinya tentang peristiwa 4 tahun yang lalu.

"Ya Allah awak!"

Emir Adden Fattah memandang ke arah pintu tandas itu. Dhia Airisya menghampiri dia dengan wajah yang risau.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dia lupa dia sudah kahwin. Dia lupa Dhia Airisya sedang tidur. Pasi jeritannya tadi menyedarkan Dhia Airisya dari tidur.

"Kuatnya berdarah" Dhia Airisya menggigit bibirnya melihat darah yang menitik ke lantai dari tangan Emir Adden Fattah itu. Jelas terpancar riak wajah risaunya itu. Terkejut dia mendengar jeritan Emir Adden Fattah tadi.

Baru dia mahu mengetuk pintu tandas, namun bunyi sesuatu yang pecah membuatkan dia terus membuka pintu tandas.

"Jom saya letak ubat"

Emir Adden Fattah memandang lama Dhia Airisya.

"Tak payah aku buat sendiri"

Emir Adden Fattah menarik kasar tangannya dari tangan Dhia Airisya. Pili air dibuka lalu dia membasuh tanganya yang luka itu. Walaupun pedih dan menyeringau, Emir Adden Fattah hanya beriak sahaja kerana dia sudah biasa dengan luka. Dhia Airisya pula yang rasa seriyau.

Emir Adden Fattah keluar dari tandas lalu t-shirt putihnya dicapai dan dikoyak.  Tangannya itu dibalut dengan keratan baju putihnya tadi.

"Biar saya yang buat"

Dhia Airisya menarik tangannya Emir Adden Fattah. Keratan baju putih dibuka semula tapi ditahan oleh Emir Adden Fattah.

"Aku cakap tak payah"

Dhia Airisya mengeluh kecil.

Dia keluar dari bilik Emir Adden Fattah lalu menuju ke bilik lamanya. First aid kit diambil dari laci mejanya lalu dia menuju ke bilik Emir Adden Fattah semula.

"Jangan degil"

Dhia Airisya menarik lengan Emir Adden Fattah menuju ke katil. Disuruh Emir Adden Fattah duduk diam-diam atas katil sementara dia menyapu ubat pada tangan Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah hanya diam memerhati gerak geri Dhia Airisya. Sedikit terkesan dengan kerisauan Dhia Airisya tapi dia merasakan dirinya tidak layak untuk mendapatkan itu.

Tangannya yang masih belum siap disapu ubat direntap semula.

"Emir"

"Don't call me by that name" tutur Emir Adden Fattah. Panggilan Emir hanya untuk keluarga susuanya sahaja. Dia taknak Dhia Airisya memanggil nama Emir kerana akan mengingatkan dia kepada seseorang.

"O..okay. A...Adden, kalau awak degil macam ni saya bagitahu papa ibu yang awak keluar"

Melihat Emir Adden Fattah yang diam itu membuatkan Dhia Airisya tersenyum puas. Suka dapat mengugut Emir Adden Fattah.

Tangan Emir Adden Fattah ditarik semula lalu dia menyambung kerjanya yang tergendala. Setelah siap membalut tangan Emir Adden Fattah, Dhia Airisya tersenyum puas melihat kekemasan bandage yang dibalut olehnya itu.

"Saya tak tahu awak marah sebab apa, tali jangan lukakan diri awak lagi"

"Jangan menyibuk hal aku"

Emir Adden Fattah bangun dari katil. Baru dia hendak menuju ke almari baju tapi tangannya dipegang oleh Dhia Airisya membuakan langkah dia berhenti.

"Apa yang jadi bukan salah awak"

Emir Adden Fattah terdiam. Dhia Airisya  dengar ke apa yang dia kata dalam tandas tadi?

"Saya tahu mesti orang yang awak cintakan tu taknak awak salahkan diri awak" kata Dhia Airisya. Dia bukan sengaja nak dengar tapi dia terdengar dan bukan dia nak menyibuk tapi dia hanya mahu memberi semangat kepada Emir Adden Fattah.

Dia dapat lihat disebalik Emir Adden Fattah yang bengis itu, terdapat berjuta kekesalan dan kesedihan dalam diri Emir Adden Fattah. Dia tak tahu apa yang membuatkan Emir Adden Fattah jadi macam tu tapi dia hanya berharap Emir Adden Fattah menemukan kebahagiaannya.

"Apa yang terjadi, jangan pernah sukakan aku. Aku nak kau benci aku" kata Emir Adden Fattah lalu hilang ke wardrobe.

Dhia Airisya mengeluh kecil.

"Baru beberapa hari kita kahwin, tapi saya dah tersuka kat awak, Adden" kata Dhia Airisya perlahan yang hanya didengarinya sahaja. Jujur dia kata, dalam sikap baran dan bengis Emir Adden Fattah terdapat sikap keprihatinan dalam diri Emir Adden Fattah.

Buktinya semasa bunyi guruh dan kilat baru ini, Emir Adden Fattah datang memeluknya dan menenangkannya. Bukan itu sahaja, semasa dia hampir jatuh melanggar meja soleknya, Emir Adden Fattah menarik tangannya. Kenapa tidak membiarkan sahaja dia melanggar meja solek dan terluka?

"Ibu, Icha janji Icha akan kembalikan Adden yang dulu seperti ibu mahu"

DHIA Airisya turun ke bawah untuk menyediakan breakfast macam biasa bersama ibu dan juga bibik. Itu memang merupakan rutin paginya. Setelah siap menyediakan breakfast, dia memanggil ahli keluarganya untuk makan.

Semua sudah ada di meja makan kecuali Tengku Amar Haqiem yang belum pulang dari kerja sejak semalam. Katanya, ada kes baru sebab itu dia busy kebelakangan ini.

"Abang Mir kenapa tangan abang Mir berbalut?" Tanya Ayeen yang perasan akan tangan Emir Adden Fattah yang berbalut itu. Sejurus itu, semua pandangan dihalakan oleh Amir Adden Fattah membuatkan dia kurang senang.

"Again Emir?" Tanya Tengku Yusuf bersahaja.

Dhia Airisya mengerutkan dahinya.

Jadi ni bukan kali pertama la?

"Emir, ibu dah cakap kan jangan tumbuk cermin" kata Tengku Sumayyah dengan wajah yang risau. Tangan Emir Adden Fattah dibelek-belek olehnya dengan risau

"Bik!"

"Ye Puan?"

"Bersihkan bilik Emir" arah Tengku Sumayyah bersama keluhan kecil. Entah bila Emir Adden Fattah mahu berubah. Kalau geram je tumbuk cermin, kalau marah je tumbuk cermin.

"Okay Puan"

"Icha dah bersihkan ibu" sampuk Dhia Airisya. Dia sudah membersihkan serpihan-serpihan kaca pagi tadi semasa dia hendak mandi.

"Icha bersihkan?"

Dhia Airisya menangguk kepalanya lantas tangannya itu segera dicapai oleh Tengku Sumayyah. Dibelek-belek tangan Dhia Airisya dengan risau. Risau kalau ada terluka kat mana-mana jari Dhia Airisya.

"Ibu takde papelah"

Tengku Sumayyah mendengus geram.

"Emir buat sekali lagi, ibu potong tangan Emir"

Tengku Sumayyah memberi amaran walaupun memang takkan sesekali dia tunaikannya. Emir Adden Fattah hanya diam menyepi,malah mahu bercakap. Dia masih dengan mukanya yang bengis itu. Lansung tak takut dengan ugutan Tengku Sumayyah.

Mereka meneruskan breakfast mereka. Suasana yang ceria dan masing-masing banyak cakap membuatkan Dhia Airisya tersenyum. Jujur dia cakap dia sangat bersyukur Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah mengambil dia jadi anak angkat semasa dia berumur 15 tahun.

Membesar dalam kalangan keluarga yang lengkap dan baik hati, banyak membuatkan dia terhutang budi. Sebab itu dia tak dapat menolak apabila parents angkatnya itu mahu menjodohkan dia dengan Emir Adden Fattah.

Dipandang Emir Adden Fattah yang duduk disebelahnya itu sekilas. Lelaki itu hanya diam sepanjang mereka breakfast. Tidak senyum pun. Bagi dia, Emir Adden Fattah seorang misteri. Semalam entah ke mana Emir Adden Fattah pergi.

"Emir nak cakap something"

Emir Adden Fattah yang tiba-tiba bersuara menyentakkan mereka semua. Semua orang menumpukan perhatian kepada Emir Adden Fattah termasuk Dhia Airisya.

"Next week, Emir dengan Airisya akan pindah ke rumah baru"

Semua terkejut termasuk Dhia Airisya. Setahunya Emir Adden Fattah tidak ada pula bagitahu yang mereka akan pindah ke rumah baharu. Tak ada langsung bincang hal ini.

"Icha setuju?"

Dhia Airisya diam. Dia memandang Emir Adden Fattah tapi renungan tajam yang dia dapat. Dia memandang Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah semula.

"Icha okay je"

Nak taknak dia kena terima. Lagipun tempat isteri adalah di sisi suami. Takkan mahu lawan cakap suami pulak.

"Kejap lagi Emir nak bawa Airisya ke rumah baru"

SEPERTI yang diberitahu oleh Emir Adden Fattah, sekarang mereka dalam perjalanan ke rumah baru. Mungkin untuk tengok-tengok dahulu sebelum mereka berpindah ke sana. Walaupun berat rasa hatinya untuk pindah, namun apa yang dia boleh lakukan.

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah yang hanya diam memandu kereta. Dalam hatinya tertanya-tanya memang Emir Adden Fattah ni seorang pendiam and tak suka senyum ehh? Lepastu muka ketat je tunjuk. Dia pula yang takut nak bersuara.

"Apahal tengok aku macam tu?"

Dhia Airisya terus memandang ke tingkap. Hehe terkantoi pula renung suami sendiri. Pipinya mula kemerah-merahan.

"Kau taknak tahu darah tu dari mana?"

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah yang bersuara itu. Dia tersenyum nipis. Tipu la kalau dia kata taknak tau of course la dia nak tau. Tapi dia taknak lah dicop busybody. Tapi darah yang ada di jaket hitam yang dipakai Emir Adden Fattah semalam menganggu fikirannya.

Terkejut dia pagi tadi mahu membasuh baju dan ternampak darah yang melekat di baju Emir Adden Fattah. Kalau nak kata luka tangan Emir Adden Fattah  macan bukan. Sebab luka tengan Emir Adden Fattah tu dalam bilik air dan ketikan itu dia hanya memakai tuala.

"Say......"

Baru Dhia Airisya mahu bersuara tapi bunyi ringtone Emir Adden Fattah mematikan perbuatannya. Nama Hariz yang tertera di screen kereta yang disambung dengan telefon dipandang. Macam pernah dengar nama tu.

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya sekilas. Apple earbuds dipasang ditelingannya sebelum dia menekan butang hijau.

"I'm with my wife right now, call me later"

"....."

"What?"

"...."

"Seksa dia"

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah dengan mata yang membulat. Aoa yang dimaksudkan Emir Adden Fattah dengan seksa tu? Siapa yang diseksa?

Emir Adden Fattah tersenyum sinis.

"Aku bukan lelaki yang baik macam kau fikir Airisya. Soon or later, kau akan tahu siapa aku sebenar and until that, jangan jatuh cinta dengan aku"

"I will never love you Airisya"

Emir Adden Fattah memandang Dhia Airisya yang hanya diam menyepi. Jelas terpancar riak wajah sedih di muka Dhia Airisya. Dia memandang Dhia Airisya yang termenung ke luar tingkap itu.

' I'm lie again ' bisik hati Emir Adden Fattah.

♥♥♥♥♥♥

Done Bab 5 !!!

Oppss apa yang Emir Adden Fattah tipu?

Nantikan next chapter.

Guys author nak tanya kat wattpad korang bab 3 dulu ke bab 2 dulu selepas bab 1?
Sebab kat wattpad author bab 3 dulu baru bab 2.
Comment yee. Author nak tahu.

Jangan lupa vote n comment yee!!!






















 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro