4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jeon For Sale | JJK

-----

"Oh, ini adalah satu kesilapan. Aku tidak mampu keluarkan bayangan kau dari minda dan fikiran aku"

-Jeon Jungkook

-----

BAB 4

-----

Otak aku tidak dapat berfungsi dengan betul ketika itu. Dia benar-benar seorang lelaki yang bukan biasa-biasa.

Ternyata peneman yang menjadi hadiah pemberian ayahku mula menyebabkan hati aku dilanda perasaan resah dan gelisah.

Aku hanya membiarkan tubuh badan lelaki itu terbaring di atas katil milikku. Bunyi deheman suaranya yang menyapa telinga membuatkan tanganku sedikit menggeletar.

Dengan jelingan di hujung mata, aku membalas sapaan Jungkook. 

"Kenapa degil sangat Jeon Jungkook? T-takkan awak tak reti nak sapu ubat sendiri. Dari mana pula luka kat perut tu muncul?"ujarku berterusan kepadanya.

"Marilah dekat sini. Aku akan jelaskan kepada Cik Kang Joo Yeon."suaranya memanggilku supaya datang dekat kepada dirinya.

Aku sempat memaki lelaki itu diam-diam dalam hati dan berpaling ke arahnya. Laci yang terletak di bersebelahan katil aku buka.

Tanganku menyentuh kawasan sekitar perutnya yang dipenuhi tompok-tompok luka sederhana besar dan kesan calar-balar yang menghiasi permukaan kulitnya.

Siapa yang buat semua ni terhadap kau, Jeon Jungkook?

T-tak sakit ke?

Jungkook melemparkan aku senyuman lemah. Bibirnya mula terbuka untuk bercerita kepadaku. 

"Aku dah tak mampu rasai perasaan sakit. Aku hanya rindukan dia. Aku sanggup dijual kepada kau hanya disebabkan dia. I really love her."ujar Jungkook. Anak matanya tepat merenung aku. Namun, beberapa saat kemudian, dia melontarkan pandangan ke arah tingkap.

Aku menelan air liur yang terasa pahit. Tanganku secara spontan menggenggam tangan lelaki itu.

Kau bodoh, Joo Yeon. Masa ni kau nak tunjuk prihatin. Aku yang menyedari tindakanku menyentuh tangan lelaki itu segera menarik tanganku kembali.

"T-tak perlulah nak tarik tangan tu. Aku izinkan je kau pegang tangan kau. Jeon Jungkook kan dah jadi milik Kang Joo Yeon?"

Aku mengukirkan senyuman kekok dan mengelus telapak tangannya. Wajah Jungkook kembali terhias dengan senyuman.

Aku tahu semua itu hanya palsu. Kau hanya memaksa diri kerana sudah bergelar peneman kepada diriku.

Aku mengangkat muka dan merenung anak matanya yang berwarna coklat keperangan. Seperti satu magnet, mataku terus kaku memandangnya.

Jungkook menyentuh permukaan bibirku dengan ibu jarinya. Sentuhan yang pertama membuatkan aku menjadi patung di hadapannya.

Membiarkan lelaki untuk menjalankan khidmat sebagai peneman hidupku yang sentiasa sunyi.

"Aku rasa kau perlukan kasih sayang sedikit. Kena topup . Macam kurang je."tutur Jeon Jungkook penuh romantis.

Seribu satu persoalan semakin berlegar-legar di minda. Otak aku makin ligat memproses ujaran yang terbit dari bibirnya yang seksi.

"J-jeon Jungkook, saya serious tak faham. A-apa yang saya perlu topup?"ujarku begitu polos sehingga menyebabkan Jungkook menjengketkan kening.

Badannya bangun merapati tubuh badanku. Aku memegang begitu kemas dan kejap di hujung katil.

Seperti seorang pemangsa, dia mendekati wajahku secara mengejut. Aku meletakkan telapak tanganku di kedua-dua pipinya.

"D-dah gila ke , Jeon Jungkook. Kan saya dah kata. Tak nak kiss!"

Gelakan halus keluar dari bibirnya. Barisan giginya yang tersusun cantik mula terhidang di pandangan mataku.

"Aku rasa sebab itulah  aku dijual. Untuk topup kasih sayang kau yang dah kurang. Jangan hentikan 001 JJK. His Joo Yeon perlukan khidmat. He's willing to do that with open heart. Enjoy."

Dia mengalihkan kedua-dua telapak tanganku. Wajahnya terus mendekati sasaran yang utama

iaitu

bibirku.

----

A/N: Terima kasih untuk 300+ votes. Saya ingin berikan amaran plot cerita ini sememangnya berbeza dari karya-karya saya sebelum ini.

Nampak klise ya ampun. Adegan romantisnya melimpah banyak. Tapi, saya tidak jamin anda akan duduk diam dengan konflik-konflik yang hadir selepas ini.

Pesanan awal: Hanya ada 20 episod. Hehehe.

Cantik tak cover baru? 🌚


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro