6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jeon For Sale | JJK

---
Bab 6
---

"Apabila jatuh cinta, hati akan mudah tersentuh dan sensitif. Hanya seorang sahaja yang dapat mengambil tempat di hati aku."

-Jeon Jungkook

---

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Jungkook semakin selesa tinggal sebumbung dengan Kang Joo Yeon tanpa sebarang bantahan.

Kerenahnya baik-baik sahaja. Jungkook tanpa sedar menjadi rapat dengan wanita itu.

Bagai isi dengan kuku, dia selesa menjadi peneman kepada Joo Yeon yang kesunyian.

Jungkook menolak selimut tebal yang membaluti badannya. Matanya terus melirik ke arah jam yang tergantung di dinding.

Sudah lewat malam. Namun, gelak tawa Joo Yeon tiba-tiba sahaja menjengah ke cuping telinganya.

Jungkook pantas melompat turun dari katil bersama perasaan ingin tahu yang melonjak tinggi.

"Joo Yeon ada tetamu ke? D-dah lewat dah ni."

Jungkook mencapai hoodie berwarna ungu di dalam almari. Langkah kakinya diatur untuk keluar dari bilik.

Gerak hatinya mengatakan sesuatu. Joo Yeon ada membawa lelaki pulang ke rumah.

----

Perlahan-lahan Jungkook menuruni tangga. Dia berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan sebarang bunyi.

Joo Yeon kelihatan sedang duduk berhadapan dengan seorang lelaki muda.

Tubuh badan lelaki itu membelakangi Jungkook. Matanya mengecil dan seluruh tubuh badan lelaki yang sedang ralit berbual dengan Joo Yeon.

"Nakal betul awak ni, Hoseok. Suka betul mengusik saya ye. Tak mahu sayang Hoseok. Hoseok jahat!"Joo Yeon mengujarkannya dengan nada teruja.

Sekali-sekala dia menampar bahu lelaki misteri itu.

Jungkook menyorokkan diri di sebalik dinding. Dia menepuk dadanya berulang kali. Hatinya seakan membara panas. Jantungnya tidak henti mengepam dengan laju.

"Cik Joo Yeon dah b-bosan dengan aku ke? Tak. Tak. Cik Joo Yeon sayang aku."bisik Jungkook di dalam hati.

Terketar-ketar tangannya mengurut dada yang terasa sakit. Matanya sedikit berair.

Dia pandang Joo Yeon lama. Segera Jungkook berniat untuk melarikan diri ke bilik sebelum kedatangannya disedari oleh Joo Yeon dan lelaki misteri itu.

---

Aku mengerutkan dahi. Telingaku menangkap bunyi tapak kaki seseorang.

Terus mataku mencerlung tajam memandang ke arah belakang Hoseok.

Tiada apa-apapun. Takkan Jungkook terjaga dari tidur?

"Kenapa Joo Yeon, cari kawan arnab kau ke? Ecececeh. Dah jatuh cinta lah tu."usik Hoseok.

Jarinya menguis-guis pipiku. Aku mencubit perut sahabat baikku yang baru sahaja pulang setelah sekian lama menetap di London.

"D-diamlah Hoseok. Saya tumbuk muka hensem awak tu. Nak?"ugut aku dengan nada geram.

Sesuka hati je dia kata Jungkook tu kawan arnab aku.

Habis dia tu, aku panggil kuda kang. Baru tahu.

Tiba-tiba, pasu bunga seperti dilanggar oleh seseorang. Aku mengangkat muka dan memandang ke arah bunyi tersebut.

J-jungkook? Dia tak tidur lagi nampaknya.

---

"M-maafkan aku. Cik Kang."ujar Jungkook takut-takut. Lelaki itu hanya tunduk merenung ke bawah.

Hoseok yang sejak dari tadi memerhati mengukirkan senyuman mengusik.

Kening Hoseok terjengket meminta jawapan daripada Joo Yeon.

"Herm..Jungkook. Marilah sini. Duduk tepi saya."pelawa Joo Yeon.

Joo Yeon menarik lengan Jungkook supaya mendekatinya. Jungkook tanpa banyak soal terus duduk di tepi wanita itu.

Hoseok tersenyum nakal. Pipi Joo Yeon menjadi serangan ciuman mengusik yang disengaja olehnya.

"S-siapa lelaki ni, Cik Joo Yeon?"soal Jungkook.

Belum sempat Joo Yeon menjawab, Hoseok sudah laju memintas dengan jawapan.

"Aku kesayangan Joo Yeon. Jung Hoseok. Jungkook kan..arnab peneman Joo Yeon?"tutur Hoseok untuk menduga reaksi Jungkook.

Jungkook mengetap bibir menahan perasaan kecewa dan geram di dalam hati.

Jungkook mengangguk sahaja. Tiada langsung suara yang keluar untuk menjawab pertanyaan Hoseok.

Joo Yeon pula tergamam dengan tindakan selanjutnya oleh Jeon Jungkook.

Lelaki itu mendaratkan kepala di bahu Joo Yeon tanpa mempedulikan kehadiran Hoseok di hadapan.

Hatinya yang sakit perlukan ubat. Ubatnya adalah belaian daripada Joo Yeon sendiri.

Telapak tangan kanan Joo Yeon diletakkan Jungkook di atas kepalanya sendiri.

Dengan nada sayu, dia merayu manja terhadap tuan majikannya itu.

"001 JJK kurang kasih sayang. He needs love now."pinta Jungkook.

Hoseok yang ralit memerhati sudah ketawa riang. Joo Yeon menuruti permintaan Jungkook tanpa membantah.

Hatinya diuji begitu hebat dengan kemanjaan mengejut oleh Jungkook.

Ini manusia ke kucing? Nak belai-belai bagai.

🌚

Cemburu iye Jungkook?

🍟
A/N:
Kemanisan cerita ini macam dah tertumpah berkilo gula.

Maaflah jika terlebih manja benor si Jeon Jungkook ni.

Biasalah. Baru nak jatuh cinta 🌚

---
Jangan lupa untuk tekan butang bintang oren dan komen.♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro