05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kisstagram-jjk feat bangtan

[Seducer pilihan]: Min Yoongi

Badass Seducer

Yoo Min tersengih seorang diri. Sejak beberapa hari lepas, mimpinya begitu indah. Gadis itu menyentuh permukaan bibirnya yang kering.

Fikirannya melayang kepada insiden-insiden menggoda hati yang berlaku kepada dia. Tambahan pula, watak hero yang bergandingan terlalu menggoda hati.

Barisan penggoda terhebat dari Kisstagram itu menyebabkan Yoo Min seperti seorang manusia yang baru menang sebuah loteri.

Orang menang loteri, dapat wang berkepuk. Yoo Min pula dapat seducer berperwatakan daddy.

----

Aku meletakkan permukaan jari telunjuk di atas skrin telefon pintar. Mataku memerhati butang enter yang terletak di bawah gambar seorang penggoda bernama badass seducer.

Apa tunggu lagi? Ayuh tekan bosskur.

Jari aku menekan butang tersebut. Kelopak mataku ditutup rapat. Kali ini, aku sabar menunggu ketibaan lelaki itu.

Tak silap aku nama betulnya Min Yoongi. Oh, nama pun sedap. Orangnya pasti kacak gitu.

"Seru nama aku ke, sayang?"ujar seseorang.

Kelopak mataku terasa lembap akibat sentuhan bibirnya yang basah. Wajah Min Yoongi adalah perkara utama yang terhidang di hadapan mata sewaktu kelopak mata terbuka luas.

"Y-yoongi-sshi?"tegurku. Lelaki itu menganggukkan kepala. Telapak tanganku berasa hangat dengan sentuhan mengejut tangan Min Yoongi.

"Sudi ikut aku terjun ke dalam kolam? Marilah sayang. I'm yours now."

Bathrobe putih yang tersarung di badan Yoongi dicampak olehnya di tepi tangga. Genggaman erat tangan kami berdua terpisah apabila lelaki penggoda itu membuka langkah besar.

Dalam sekali percubaan, tubuhnya melompat ke dalam kolam renang itu. Mata aku masih berfokus kepada permukaan air kolam yang tidak berkocak selepas terjunan Yoongi.

"Yoongi, mana awak? Takkanlah awak lemas? Aigoo eomma. Apa patut aku buat?"

Kaki aku melangkah mundar-mandir di hadapan kolam. Permukaan air yang sepi tanpa sebarang pergerakan itu menimbulkan rasa cuak.

Aku bawa tubuh untuk turun ke dalam kolam renang itu.

---

Splash!!

Bunyi air berkocak kuat akibat lompatan berani mati Yoo Min. Kelibat Encik badass seducer lesap entah ke mana.

Yoo Min terkejut ketika bahunya ditarik oleh seseorang dari arah belakang. Tubuh badannya terdorong rapat ke dinding kolam renang.

Saat badannya tidak mampu menampung tekanan air yang kuat, Yoongi menarik lengan gadis itu agar dia dapat lilitkan di bahagian lehernya.

"Sayang betul kau dekat aku. Penangan Encik Badass eh?"usiknya dalam nada berbisik.

Jari-jemari Yoo Min setia menggenggam erat belakang lehernya. Yoongi mendaratkan bibir di atas kelopak mata gadis itu.

"I-itu je?"soal Yoo Min dengan pantas. Dia segera menekup mulut kerana mulut sendiri yang lantang menyoal soalan merbahaya.

"Sabar. Your seducer tak akan lari jauh. Ada je ni kat depan mata."

Kedua-dua pipi Yoo Min mulai merah kerana Yoongi sudah bertindak di luar kawalan.

"Bibir destinasi terakhir. Kita ambil masa untuk kenal sesama sendiri dahulu. Tell daddy, nama apa yang dimiliki oleh gadis cantik ni, hurm?"bisik Yoongi.

Percikan air yang sengaja ditujukan oleh Yoo Min kepada Min Yoongi tidak membantutkan gerak laku seksi lelaki itu.

Yoongi mengelus lembut permukaan bibir Yoo Min. Setelah dia puas meneliti wajah comel itu, si badass seducer merapatkan jarak yang memisahkan tubuh badan mereka berdua.

Bibirnya ditekap lembut di dagu, pipi dan terhenti di hujung bibir Yoo Min.

"Sesi beramah mesra baru sahaja bermula. Tiada masa penamat untuk aku berhenti menyeksa jiwa kau, baby."

Suara serak Yoongi mematikan hasrat Jae Yoo Min untuk melarikan diri.

Langkah pertama pun dah cair. Yoongi baru mula, Yoo Min sudah jatuh tersungkur.

Belum lagi sampai penamat kan?

-tbc-

A/N:

Maaflah jika hambaaaaar.

Hahahahahahahahaa.

Tak boleh nak taip lebih. Takut terlepas dari had umur yang saya dah tetapkan. ;)

Rating untuk badass seducer

Di sini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro