외상 02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Yeosang tu ada trauma dengan orang di sekeliling dia. Sebab itulah dia lari masuk dalam rumah sebab takut."

Cerita Puan Kang lebar. Puan Jeong yang mendengar itu berasa sedikit sukar untuk percaya manakala Yunho pula hanya mendiamkan diri.

Dia tidak mahu dianggap sebagai penyibuk. Jadi lebih baik kalau dia terus berdiam diri.

"Maafkan saya tapi boleh saya tahu macam mana Yeosang ada trauma?" soal Puan Jeong ingin tahu walaupun dalam masa yang sama dia berasa sedikit bersalah kerana bertanya lebih.

Puan Kang mengambil nafas terlebih dahulu sebelum menjawab.

"Anak saya... Pernah jadi mangsa buli kat sekolah dulu," jawabnya membuatkan suasana di dapur serta merta menjadi senyap sunyi.

"Disebabkan kejadian tu dia enggan datang sekolah. Jadi saya dan suami saya terpaksa cari cikgu peribadi untuk ajar Yeosang di rumah. Jujur dalam hati saya tak kuat lihat anak saya terus begini. Saya nak dia hidup normal seperti kakak dia."

Luah Puan Kang panjang. Dia tidak tahu sampai bila dia mahu lihat Yeosang terus dalam keadaan begini. Sedihnya dia tidak dapat membantu anaknya kerana dia terlalu sibuk bekerja dengan suaminya.

Puan Jeong dan Yunho yang mendengar itu mula bersimpati. Tidak menyangka pula bahawa begitu perit apa yang dialami Yeosang. Pasti dia susah sekarang.

"Saya harap awak tabah ya. Anak remaja seperti dia perlu diambil perhatian lebih..." Pesan Puan Jeong cuba untuk menaikkan semangat Puan Kang. Dia tidak tahu apa lagi yang patut dia balas.

"Ya..."

"Auntie, saya boleh jadi kawan Yeosang kalau auntie tak kisah." Yunho tiba-tiba bersuara membuatkan Puan Kang tersentak sedikit.

"Kamu pasti?" soalnya inginkan kepastian. Yunho membalas dengan anggukkan kepala berkali-kali.

"Saya nak tolong Yeosang hilangkan trauma dia," ujar Yunho lagi.

Satu senyuman manis terukir di bibir Puan Kang. Lalu dia mula mengucapkan terima kasih banyak kali kepada Yunho.

"Terima kasih sebab sudi jadi kawan Yeosang. Sudah lama dia tak ada kawan. Pasti dia gembira berkawan dengan kamu."

Ucap Puan Kang ribuan terima kasih kepada Yunho. Walaupun baru sahaja pindah, Puan Kang dapat merasakan bahawa Yunho seorang yang sangat prihatin dengan semua orang.

Memang untung keluarga Puan Jeong memiliki seorang anak yang baik seperti Yunho. Dia mula berasa sedikit cemburu tetapi dia tetap bersyukur kerana kedua-dua anaknya masih dalam keadaan sihat sejahtera.

••••••••

Yeosang menghabiskan masa lapangnya dengan bermain video game seorang diri dalam bilik. Inilah aktiviti yang selalu dia lakukan untuk hilangkan rasa bosan melanda. Jika tidak bermain game paling-paling pun baca novel sahaja.

Sedang sibuk dia bermain, Yeorum mengetuk pintu bilik Yeosang berkali-kali menyebabkan dia berasa sedikit terganggu. Pantas dia berhenti bermain lalu membuka pintu biliknya.

"Ada apa?" Yeosang bertanya dengan dingin.

"Aku nak lepak bilik kau boleh?" kata Yeorum meminta izin pada adiknya. Dia tidak tahu mahu buat apa lagi jadi dia bercadang mahu melepak di bilik Yeosang buat seketika.

Yeosang menggulingkan kedua bola matanya. Mahu tidak mahu dia pun menjemput Yeorum masuk ke dalam biliknya. Selepas sahaja itu dia pun menyambung bermain semula.

Yeorum melabuhkan punggung di meja belajar Yeosang lalu membelek beberapa buku novel yang dimiliki oleh adiknya itu.

Kebanyakkan novel yang Yeosang ada semuanya bergenre mystery/thriller. Dia mempunyai impian besar untuk menjadi seorang penulis buku bila dia habis belajar nanti.

"Tadi kau ada jumpa jiran baru kita tu kan?" soal Yeorum cuba mengajak Yeosang untuk berbual.

"Hmm..."

"Dia sama umur dengan kau kan?"

"Hmm..."

"Dia ada adik kan?"

"Hmm..."

"Kau boleh tak jawab elok-elok? Asyik hmm jer kau!"

Tegur Yeorum kasar. Yeosang menjeling dia terlebih dahulu sebelum membalas dengan penuh menjengkelkan.

"Dah tu kau nak aku jawab apa? Oh, haah dia kacak! Oh, dia ada adik! Oh, dia sebaya dengan aku!"

Yeorum memandang Yeosang atas bawah. Kalau boleh mahu sahaja dia sumbatkan buku novel ini dalam mulut adiknya. Tapi takut nanti dia report kat Puan Kang, dia yang susah.

"Kau cubalah berkawan dengan dia tu. Aku tengok dia nampak baik jer," cadangnya.

Yeosang tidak membalas. Dia masih lagi fokus bermain. Tidak berminat rasanya untuk dia berkawan dengan Yunho.

Jikalau tadi dia menggeletar teruk ketika memperkenalkan diri, inikan pula dia berkawan. Memang tak lah jawabnya!

"Kau jangan cakap kau takut nak berkawan," ujar Yeorum setelah perasan bahawa Yeosang tidak membalas pun kata-katanya tadi. Hanya diam sahaja.

"Entahlah... Aku sendiri pun tak tahu masalahnya," balas Yeosang bersahaja membuatkan Yeorum terdiam seketika.

Satu keluhan kecil dilepasnya perlahan. Mengapa begitu sukar untuk Yeosang berkawan dengan orang?

Walaupun mereka ialah adik beradik, Yeosang dan Yeorum ibaratkan seperti langit dan bumi. Yeorum bersifat terbuka dan suka berkawan dengan semua orang manakala Yeosang pula bersikap tertutup dan suka bersendirian.

"Sampai bila kau nak terus macam ni?" detik Yeorum dalam hati. Sungguh dia amat risaukan tentang keadaan adiknya itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro