외상 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Yunho perhatikan Yeonjun dan San yang baru masuk ke kelas dengan tatapan yang tajam. Dengan gelak tawa mereka berdua itu cukup membuatkan dia rasa rimas.

"Yo, Yunho! Seorang jer ke? Mana Yeosang?" Tegur Yeonjun dan pada masa yang sama menyoal Yunho.

Dia tidak menjawab. Sebaliknya mengalihkan pandangan dia ke tempat lain. Yeonjun yang melihat Yunho mengabaikan soalan dia tadi mula rasa sedikit tercabar.

"Kau memang sengaja buat-buat tak dengar kan?" soal Yeonjun lagi. Yunho tersenyum senget mendengar.

"Bukan tak dengar tapi aku sendiri tak tahu mana Yeosang," balas Yunho selamba.

"Seriuslah? Bukan kau selalu pergi sekolah dengan Yeosang ke?" tanya San pula inginkan kepastian. Yunho terangkat kening sedikit.

"Mana tahu ni?"

"Wooyoung cerita kat kitorang."

Yunho mencebik. Wooyoung memang bukan calang-calang orangnya. Semua rahsia budak kelas ni dia tahu termasuklah fasal dia dan Yeosang.

Dasar kaki stalker betul...

Selepas sahaja Yeonjun dan San meletakkan beg di tepi meja, mereka terus berjalan untuk keluar dari kelas. Namun langkah mereka terbantut setelah Yunho berkata sesuatu.

"Boleh tak kita buat deal lagi?" Pertanyaan Yunho tadi membuatkan Yeonjun sekilas memandangnya

"Deal apa pula ni? Bukan hari tu kita dah buat ke?" Yeonjun bertanya dengan kurang senang.

"Dah buat tapi kau tak ikut pun," ujar Yunho bersahaja. Lalu dia menyuruh Yeonjun untuk datang kemari.

Yeonjun memutarkan kedua bola matanya sebelum dia berjalan menghampiri Yunho bersama San.

"Hah, deal apa kau nak?"

"Jadikan aku sebagai permainan kau dan jangan kacau Yeosang."

"AHAHAHA!"

Kata-kata Yunho tadi mengundang tawa mereka berdua. Dia keliru. Entah apa yang kelakar sangat bagi Yeonjun dan San.

"Apa yang lawak?" soal Yunho geram.

"Kau ingat ni drama ke?" usik San dengan sisa tawanya. Yunho mengetap bibir tanda geram.

"Aku tak main-mainlah!"

"Jeong Yunho, dengar sini baik-baik."

Anak mata Yunho beralih melihat Yeonjun yang berada di hadapannya. Terukir senyuman sinis pada bibir Yeonjun.

"Ni kelas aku. Aku ada kuasa untuk jadikan sesiapa hamba aku. Kau sepatutnya bersyukur sebab aku lepaskan kau." ujar Yeonjun lebar. Namun ia menaikkan rasa geram dalam hati Yunho membara.

"Buat apa aku nak bersyukur pula? Kau tak kasihankan Yeosang ke sebab dia cuba untuk hilangkan trauma dia! Kenapa kau ni kejam sangat?"

"Sukahati akulah! Kau tak kenal dia lebih mendalam jadi kau tak tahu kenapa aku benci sangat budak lemah macam dia!"

"Kau ni me--"

"Yeonjun! Tengok siapa aku bawa ni!"

Perang mulut antara Yunho dan Yeonjun tadi serta merta terhenti setelah San memanggil dengan membawa seseorang bersamanya.

Mata Yunho terbeliak melihat orang yang dibawa oleh San itu.

"Yeosang?"

"Kau tahu? Dia cuba nak lari dari masuk kelas tapi aku sempat tangkap!" Cerita San riang. Yeosang cuba untuk melepaskan dirinya namun tidak berjaya.

San mengheret Yeosang masuk ke kelas lalu menolak dia dengan kasar sehingga dia jatuh tersungkur. Beg sekolah yang berada di bahu tadi dirampas dengan kasar.

"Kau cuba nak lari dari aku kan sebenarnya?" tanya Yeonjun sinis. Yeosang tidak membalas kerana dia terasa mulutnya dikunci dari dalam.

Dia mengundurkan diri ke belakang tetapi Yeonjun semakin mendekatinya.

"Kang Yeosang... Kau tahu aku 'rindu' kau jadi kenapa kau lari?"

Yeonjun terus menghayunkan kakinya tepat mengena pada perut Yeosang memyebabkan dia mengerang sakit.

"Argh!"

"Sakit ke? Sakit lagi aku tengok kau!"

Yeonjun memukul Yeosang dengan kuat seperti orang gila. Dia cuba untuk melepaskan diri tetapi semuanya sia-sia. Tenaga Yeosang juga semakin berkurangan.

Semua rakan sekelas mereka prrhatikan Yeosang dibuli oleh Yeonjun dalam kelas. Tiada siapa pun yang berani masuk untuk tolong Yeosang, termasuklah Mingi juga.

Yunho yang berada dalam kelas tidak dapat menolong kerana dia dihalang oleh San. Hati Yunho mula sakit. Dia tidak sanggup melihat Yeosang dibuli oleh Yeonjun dengan teruk.

"Jebal! Dah-dah lah pukul aku!" Rayu Yeosang . Tetapi Yeonjun tidak mengendahkan dia. Makin kuat dia membuli Yeosang.

Akibat tidak dapat menahan, Yunho mula menjerit.

"SUDAHLAH!"

Semua orang mula tertumpu melihat Yunho. Dia menolak San dengan kasar lalu berlari mendekati Yeosang yang sudah lemah itu.

"Aku akan lapor kat polis kalau kau masih berdegil!" Ugut Yunho. Dadanya naik turun akibat menahan rasa geram yang amat.

Tetapi Yeonjun tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia sekadar tersenyum sengih.

"Silakan. Kau ingat semudah tu ke boleh tangkap aku?" soalan yang dilemparkan oleh Yeonjun tadi membuatkan Yunho terdiam bisu.

"Kau masih mentah lagi, Yunho."

Selepas kata begitu, Yeonjun mengajak San untuk keluar dari kelas. Kini yang tinggal hanyalah Yeosang dan Yunho sahaja.

Satu keluhan berat dilepaskan. Lalu dia hulurkan tangan untuk bantu Yeosang bangun. Namun, dia ditepis dengan kasar.

"Kau suka tengok aku merana kan?" tanya Yeosang dingin. Yunho yang mendengar itu keliru.

"Huh? Apa kau cakap ni?"

"Aku tak sepatutnya dengar cakap kau! Penipu!" Marah Yeosang secara tiba-tiba membuatkan Yunho tersentak.

"Kenapa dengan kau ni?"

"Kau kata sekolah ni baik! Tak ada pembuli tu semua tapi ni? Kenapa mesti aku? Kenapa kau tak jujur dengan aku yang kau kena buli dulu?"

Tambah Yeosang lagi. Dadanya turun naik menahan geram. Malah kedua mata Yeosang juga sudah berkaca. Yunho terdiam bisu.

"Aku menyesal sebab berkawan dengan kau..." Terbutang mata Yunho selepas mendengar kata-kata Yeosang tadi.

Dia tidak sempat untuk membalas kerana Yeosang sudah berlari keluar dari kelas. Yunho menghela nafas berat lalu menundukkan kepala. Dia merabaikan rambutnya yang tadi kelihatan kemas menjadi serabut.

Mengapa hari ini terlalu teruk baginya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro