외상 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Wooyoung, jomlah kita lepak kat pusat bandar balik nanti."

Ajak Mingi pada Wooyoung. Musim cuti tidak lama lagi menjelang jadi dia bercadang mahu luangkan masa lebih di luar berbanding di rumah.

Asalnya dia mahu mengajak Yeosang untuk lepak tetapi dia ditolak kerana Yeosang sibuk petang ini.

"Boleh juga. Dah lama aku tak keluar lepak dengan kau," balas Wooyoung setuju. Tangannya masih sibuk mengemas barang.

Sejak Yeonjun dan San dibuang sekolah, suasana dalam kelas mula berubah menjadi ceria. Tiada lagi mereka perlu risaukan fasal kes buli kerana pembuli sudah tiada. Wooyoung juga semakin rapat dengan rakan kelasnya sejak akhir-akhir ini.

"Okey!"

••••••••••

Habis sahaja sesi persekolahan hari ini, Wooyoung pergi ke pusat bandar bersama Mingi seperti yang telah dijanjikan. Suasana di sana agak riuh dengan kedatangan ramai pelajar dan juga pekerja yang mengunjungi di sana.

"Kau rasa kan apa yang diorang tengah buat sekarang?"

"Siapa yang kau maksudkan?" tanya Wooyoung kurang faham.

"Bekas kawan kau, Yeonjun dan San."

Tambah Mingi. Wooyoung yang mendengar itu mengumam kecil. Lalu dia balas dengan angkat bahu.

"Entahlah. Malas aku nak ambil tahu."

"Aku tak fahamlah. Macam mana kau boleh berkawan dengan diorang dua?" soalan yang dilemparkan oleh Mingi tadi membuatkan Wooyoung terkedu.

"Itu--"

"Akhirnya jumpa pun kau!"

Jerit seseorang. Terkejut Wooyoung dan Mingi dibuatnya apabila melihat susuk tubuh Yeonjun berada di depan mereka dengan berpakaian serba hitam.

"Yah! A-apa kau buat kat sini?" tanya Wooyoung gagap. Dalam hatinya mula rasa tidak senang melihat Yeonjun berada di depan matanya sendiri.

"Aku cari kau. Kau yang laporkan semua tu kat cikgu dan keluarga aku kan?" teka Yeonjun dengan suara yang garau. Wooyoung terdiam seribu bahasa.

"Kenapa? Kau tak puas hati lagi ke? Kau memang patut kena balasan ni, Yeonjun!"

Jerkah Mingi cuba untuk melindungi Wooyoung. Satu senyuman sinis terukir dibibir Yeonjun. Dia mula ketawa dekah.

"Nampaknya memang ada orang minta dibunuhlah..."

Yeonjun terus menyerang Wooyoung secara tiba-tiba. Suasana di pusat bandar mula kecoh selepas Yeonjun mengeluarkan pisau dari poketnya dan halakan ia pada leher Wooyoung.

"Lepaskan Wooyoung, gila!" Jerit Mingi.

"Kau diam sebelum aku kelar budak ni!" Ugut Yeonjun. Pisau itu menusuk sedikit leher Wooyoung menyebabkan darah mula mengalir keluar.

Wooyoung menahan sakit. Lalu dia memandang Yeonjun sekilas.

"Berani juga kau nak bunuh aku kat sini," cebik Wooyoung. Terukir senyuman senget dibibir Yeonjun.

"Heh! Aku tak sangka kau tikam belakang aku selama ni. Kawan jenis apa kau ni huh?"

"Sedarlah Choi Yeonjun! Siapa jer nak berkawan dengan orang macam kau? Kau memang patut terima semua ni!"

Marah dalam hati Yeonjun mula membara setelah mendengar kata-kata Wooyoung yang kasar tadi. Dadanya naik turun menahan geram. Dia memandang Wooyoung dengan pandangan maut.

"Berani kau!"

Teriak Yeonjun. Dia cuba untuk menikam leher Wooyoung tetapi dia sempat dihalang oleh seseorang. Satu tumbukkan tepat mengena pada pipi Yeonjun menyebabkan dia jatuh tersungkur.

"Aduh!"

"Berani kau cuba nak bunuh orang kat sini!"

Marah orang itu. Yeonjun cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya. Orang itu sedaya upaya cuba untuk menghalang Yeonjun daripada meneruskan niatnya yang buruk itu.

Wooyoung terkejut. Mingi terus berlari mendapatkannya.

"Awak tak apa-apa ke?" tanya seorang remaja perempuan pada Wooyoung. Dia mengangguk kepala. Nafasnya tidak teratur akibat terlalu terkejut dengan apa yang berlaku sekarang. Mingi di belakangnya cuba untuk menenangkan Wooyoung.

"Seonghwa! Polis dah sampai!"

Jerit Yeorum. Seonghwa menghela nafas lega. Dia menarik Yeonjun dengan paksa lalu serahkannya pada pihak polis.

"Terima kasih sebab sempat halang dia tadi. Syukurlah tiada siapa yang tercedera," ucap salah seorang pegawai polis pada Seonghwa.

"Tapi leher dia luka. Awak pasti ke awak okey?" soal Yeorum sekali lagi pada Wooyoung.

"Saya okey jer..." balas Wooyoung perlahan. Dia berdecit sakit sebaik sahaja dia tersentuh bahagian yang luka.

Yeorum segera mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Lalu dia memberikan plaster kepada Wooyoung untuk menutup bahagian yang luka di leher.

Yeonjun telah dibawa oleh pegawai polis untuk membuat siasatan lanjut di balai. Suasana di pusat bandar kembali normal setelah semuanya sudah berakhir.

Mingi menghela nafas lega. Syukur kerana Wooyoung tidak mengalami cedera yang teruk. Nasib sajalah ada orang sempat menghalang Yeonjun daripada menikam Wooyoung tadi.

Kalau tidak, mati percuma dia di sana nanti.

"Terima kasih sebab tolong..." Ucap Wooyoung. Sungguh dia amat terhutang budi dengan pertolongan Seonghwa.

Dia tersenyum kecil. Setelah semuanya selesai, Seonghwa mengajak Yeorum untuk meneruskan perjalanan mereka yang terhenti tadi. Mingi dan Wooyoung masih lagi terkaku di situ.

"Aku tak sangka Yeonjun akan bertindak macam tu..." ujar Mingi perlahan. Wooyoung menggelengkan kepalanya tanda kesal.

Dia bersyukur kerana dia sudah tidak bersama dengan Yeonjun lagi. Dia tidak tahu pula Yeonjun boleh bertindak di luar jangkaannya.

"Aku harap dia sedarlah apa yang dia dah buat selama ni..."

Gumam Wooyoung perlahan. Kemudian dia mengajak Mingi untuk meneruskan semula perjalanan mereka di pusat bandar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro