1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

A/N: Harap menyukainya ❤

---
Lelaki bertubuh tinggi lampai dengan wajah keanak-anakan itu duduk di hadapan ketuanya.

Bibirnya langsung tidak dihiasi dengan sebarang senyuman. Pandangan matanya terlalu dingin. Riak wajahnya kosong tanpa diwarnai dengan sebarang perasaan.

Gambar seorang gadis berusia 18 tahun diletakkan di atas meja. Betul-betul di hadapan pandangan mata lelaki sedingin ais itu.

Kim Seokjin selaku ketua yang mengendalikan siasatan kes jenayah besar yang menggemparkan negara itu hanya diam memerhati lelaki di hadapannya itu.

Jarinya ditekan di gambar gadis remaja itu. Dia berdehem sebelum memberi arahan kepada lelaki yang duduk di hadapannya.

"Mulai esok, tugas kau sebagai polis yang menjaga Cik Shin Min Jung sudah mula berkuatkuasa.Lapor diri tepat jam 8 pagi. Kau akan berjumpa dengan Cik Shin selepas tu."arah Kim Seokjin.

Bibirnya tersenyum bangga apabila melihat respons Kim Taehyung. Taehyung mengangguk dan bangun beredar meninggalkan Kim Seokjin keseorangan di pejabat.

Ketuanya hanya mampu menggelengkan kepala memandang tingkah laku Taehyung.

Anak buahnya itu sangat diam, dingin dan ego.

Bagaimana nanti gadis itu dapat bertahan untuk tinggal bersama polis yang berperangai seperti Kim Taehyung itu?

"Cik Shin, bertabahlah kau untuk hadap lelaki ais tu. Silap hari bulan kau minta tukar org lain. Aku yakin."

---
Shin Min Jung duduk menunggu di pejabat polis itu. Sekali-sekala dia bermain-main dengan jarinya untuk menghilangkan rasa cemas.

Sekeping gambar keluarganya diperhatikan gadis itu lama. Lagi lama dia perhatikan, air mata mengalir keluar tanpa henti.

Bunyi pintu dibuka mengejutkan Min Jung. Dia pantas berdiri dan menunduk tanda hormat.

Dia lap air mata yang membasahi pipi. Pandangan matanya bertemu dengan seorang lelaki.

Lelaki itu tidak mengeluarkan suara. Mata lelaki itu mencerlung tajam memandang Min Jung.

Min Jung yang terkejut terundur ke belakang namun sempat dihalang oleh Kim Seokjin.

"S-siapa tu Encik Seokjin?"soal Min Jung dengan hati yang berdebar-debar.

Lelaki yang berdiri di sebelah Kim Seokjin itu masih meneliti raut wajah Min Jung.

"Saya perkenalkan polis yang akan bertugas untuk menjaga awak sepanjang siasatan kes ini berlangsung. Harap korang berdua dapat berkawan lah. Kim Taehyung, ingat. Protect Min Jung at all cost. Jaga dia."ujar Kim Seokjin dengan tegas.

Kim Taehyung mengangguk sebelum menuju ke arah Min Jung. Dia hulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan gadis itu.

---
Aku menyambut tangan Taehyung untuk berjabat tangan dengannya.

Aku genggam tangan dia dan kemudian kami sama-sama melepaskannya.

Dia mengambil dua bagasi milikku sebelum memuatkan dalam kereta polis yang kalis peluru itu.

Sempat lagi dia pergi ke arah Kim Seokjin untuk memeluk lelaki itu. Aku hanya diam memerhati tindakan mereka berdua yang saling tak tumpah seperti adik-beradik.

Encik Seokjin tersenyum ke arahku sebelum melambaikan tangan.

"Semoga selamat sampai ke destinasi Kim Taehyung dan Cik Shin."

Taehyung , yang aku gelar penjaga aku pada waktu itu tidak mahu mengeluarkan suara sedikit pun.

Dia masuk dan duduk di tempat duduk pemandu. Aku duduk di sebelahnya.

"Kita nak pergi mana ni Kim Taehyung?" Soalku ingin tahu dan pada masa yang sama, aku ingin mendengar suara emas lelaki itu.

Dia menghidupkan enjin kereta. Soalan aku terbiar dibawa angin dan tidak berjawab.

Aku mengetap bibir menahan geram dan malu.

Aku kena cuba sekali lagi. Telinga dia tak dengar kut.

"Encik Kim, awak nak b-bawa saya pergi mana ye?"aku tanya lagi.

Bamm!

Dia menghentakkan tangannya di stereng. Sampul surat berwarna koko gelap dicampakkan ke atas paha aku.

Oh, dia jawab soalan aku dengan cara macam ni.

Tak guna.

Aku capai surat itu dan membukanya.

Sekeping kertas yang tercatat tempat perlindungan yang bakal aku huni kelak termasuk tempoh aku dijaga oleh Kim Taehyung.

Mata aku terbeliak. Mulutku terlopong luas. Aku letak semula kertas itu tanpa ada niat ingin membacanya semula.

Gila ke apa?

Selagi pembunuh parents aku tu tak dapat diberkas, aku akan sentiasa hidup bersembunyi tanpa jejak bersama Kim Taehyung.

Lelaki dingin ini.

💞🔫
Kasi likes , dan comment. Ada feedback , esok update kedua menyusul. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro