20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lelaki Upahan | KTH

Bab 20
-----

Setelah selesai sesi memperkenalkan diri dan soal siasat terhadap Jimin dan Jungkook, Taehyung akhirnya mampu menarik nafas lega.

Kepalanya dianggukkan. Manakala, matanya menghantar pemergian kembar Jikook itu (๑ิټ ิ) dengan renungan mata tajam seperti kebiasaannya.

"Aku gembira diorang bukan ancaman kepada Min Jung. Min Jung masih selamat. Aku rasa lega."tutur Taehyung perlahan.

Dia duduk di dalam kelas. Matanya tetap setia memerhati gelagat Min Jung dari dalam kelas.

Tanpa sedar, telapak tangan kanannya dibawa ke arah dada.

Hatinya yang tidak keruan membuatkan Taehyung menarik nafas dalam-dalam.

"Perasaan ni selalu mengganggu aku. Setiap kali datang, jantung aku tak henti buat hal. Aku rasa sesak di sini."ujar Taehyung dengan nada keliru.

Dia gosok dadanya sekali lagi untuk membuang rasa debar di dada.

"Aku takkan jatuh cinta dengan budak mentah tu. Never."

-----

Malam; Pawagam Mochi 🍟

"Min Jung dan abang Tae, korang dua dah ready? Kami pilih movie yang boek dan mantop punya!"jelas Jungkook dan Jimin serentak.

Wajah kedua-dua sahabat baik itu riang menuturkan kata-kata. Muka cuak dan gelabah mereka apabila berhadapan dengan Taehyung sudah beransur hilang.

Aku mengukirkan senyuman manis kepada dua orang manusia girang itu. Jimin mengisyaratkan aku agar aku menarik Taehyung masuk ke dalam pawagam.

"Abang Tae, j-jom masuk. Sekarang."ujarku sepatah-patah. Kekoknya usah dicakap. Berkali ganda aku dapat rasakan setakat ini.

Berbeza dengan kerenah Jimin dan Jungkook yang sememangnya terlebih dos kegembiraan, Taehyung pula kekal dengan sisi dinginnya.

"Jom."balas Taehyung.

Berbelas patah perkataan aku soal. Satu patah aje yang dijawabnya.

Aku menarik lengannya perlahan untuk masuk ke dalam panggung wayang.

Hampir mencarut aku ketika mata aku terpandangkan tiket wayang yang dibeli oleh kembar Jikook itu.

Diorang beli apa?

Buang tabiat gamaknya dua ekor jebon ni. Boleh pula dibelinya movie romantik.

"Haish. Tak boleh pilih movie fun sikit ke Jimin? A-abang aku ada kut."aku luah rasa tidak puas hati kepada Jimin ketika Taehyung beredar sebentar ke tandas.

Jungkook menjengketkan kening. Bibirnya dimuncungkan ke hadapan seolah-olah ingin mencium seseorang.

"Kami sengaja pilih movie romantik. Mana tahu, abang kau yang garang tu boleh jadi cool sikit. Kekeke. "

Aku mencebik bibir. Penumbuk kecil aku angkat dan tunjuk ke muka sahabat baik Jikook itu.

"Korang dua ...eii sengaja. Abang Tae mengamuk korang tanggung!"

Jungkook dan Jimin ketawa terbahak-bahak dengan ugutan aku.

Masing-masing duduk bersebelahan dalam panggung wayang. Jimin di sebelah kanan Jungkook. Aku di sebelah kiri Jungkook. Tempat kosong untuk Taehyung pula di sebelah kiri aku.

Gelak tawaku terhenti apabila terdengar bunyi deheman suara garau milik Taehyung.

"Kau bangun. Aku duduk tempat sebelah Jungkook. Kau duduk sebelah kiri aku."

Suara Taehyung menjerit kuasa veto. Dengan muka masam, aku bangun dan duduk di sebelah kiri Taehyung.

Tak ada rezekilah nak berborak dengan dua orang kawan aku tu.

Dasar Taehyung.

-----

Min Jung hampir terlelap kebosanan. Duduk di sebelah Taehyung mematikan kegembiraannya.

Lelaki itu dirasakannya teramat bosan.

Pandangannya difokuskan semula ke arah skrin pawagam.

Malang tidak berbau, babak romantik pasangan bercinta di skrin disensasikan lagi dengan babak bercium antara watak hero dan heroin.

Serta-merta insiden Taehyung mencuri first kiss Min Jung tersiar kembali dalam ingatan.

Min Jung menelan air liur. Telapak tangannya sudah berpeluh begitu hebat.

Matanya melirik pula ke arah Taehyung secara senyap. Taehyung hanya kaku memandang skrin.

Lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang emosi.

'B-bila nak habis ni? Aku dah rasa seram. Camne k-kalau balik nanti Taehyung buat balik?'bisik Min Jung di dalam hati.

Matanya terpaku pula ke arah bibir Taehyung.

Dipandangnya lama sehingga mata Taehyung mula menyedari gelagat aneh Min Jung.

Pandangan mata mereka berdua bertemu selepas itu.

Mata Min Jung terkebil-kebil memandang Taehyung yang sudah mula merenung wajahnya.

Lelaki itu menggigit bibir menahan perasaan yang bergelodak di dalam hati. Taehyung memandang semula ke skrin bersama senyuman sumbing di bibir.

"Aku tak jamin kau akan baik-baik sahaja selepas ini, budak."keluh Taehyung.

👫
A/N:

Update kedua minggu ini ♥


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro