27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lelaki Upahan | KTH

Bab 27
---
A/N:

Bab ini penuh debaran, meruntun jiwa dan menyesakkan dada.

Tabahkan diri. Kita hampir menuju ke penamat cerita. Berbaki lagi tiga bab .

---


"Aku nak kau tutup mata dan tidur sekarang, Shin Min Jung. Cepat!"arah Taehyung.

Tangannya menepuk bahu aku lembut. Satu ciuman ringkas dihadiahkan olehnya di bahu kanan aku.

"Arahan diterima, Inspektor Kim."balasku dalam nada separuh berbisik.

Dapatku rasakan kehangatan tubuh badan Taehyung. Sedikit sebanyak ianya melegakan perasaan hati aku yang sentiasa gelisah sejak akhir-akhir ini.

"Tidurlah Min Jung. Esok pagi aku kejutkan kau awal ye , sayang."

Aku hanya berdehem perlahan. Kelopak mata aku pejam rapat. Dalam hati, aku tidak henti-henti berdoa agar keselamatan aku dan Taehyung sentiasa terjamin.

Aku tak inginkan sebarang kejadian buruk berlaku antara kami berdua.

Taehyung, kau takkan tinggalkan aku kan?

---

Taehyung tersenyum kelat memandang Min Jung yang sudah nyenyak dilamun mimpi.

Kelopak matanya masih terasa segar. Taehyung menyandarkan badannya di hujung katil Min Jung.

Sukar baginya untuk meninggalkan Min Jung keseorangan. Lagipun, suspek utama masih berkeliaran.

Tersilap langkah sedikit sahaja, nyawa Min Jung akan terancam.

"A-aku risaukan kau, Shin Min Jung."luah Taehyung bersama perasaan sayu.

---

Aku menolak selimut tebal yang membaluti tubuh badan. Bunyi bising di luar bilik menandakan sesuatu yang dahsyat sedang berlaku.

Suaraku seakan tersekat di kerongkong. Pada saat itu, hanya wajah Kim Taehyung yang memenuhi ruang fikiran.

"Baru pukul 6 pagi. T-taehyung kut yang buat bising?"

Skrin telefon pintarku menyala. Kiriman mesej daripada seseorang menyebabkan ketakutan aku makin bertambah.

Perkara yang aku tidak ingini sudah berlaku. Si dia hadir untuk melunaskan janji.

Aku dapat rasakan suspek utama kes pembunuhan keluargaku sudah berada berdekatan.

Di dalam rumah yang dihuni aku dan Kim Taehyung.

Kiriman mesej daripada Taehyung membuatkan aku menjadi tidak keruan.

Dengan pantas aku melompat turun dari katil. Aku bawa diri untuk menuju ke dalam almari bajuku yang besar.

From: Kim Taehyung

Kau menyorok dalam almari dan jangan sesekali keluar. Suspek utama dikesan berada dalam kawasan rumah ni. Jaga diri, Shin Min Jung.

Send: 10 minutes ago.

Aku menekup mulut. Air mata mula mengalir dari kelopak mata. Perasaan takut dan risau semakin bercampur-aduk.

Aku takut dengan kedatangan suspek itu.

Nyawa aku dan Taehyung akan jadi berada dalam bahaya.

Bunyi pintu dikuak kasar menyebabkan aku mengundurkan diri ke dalam almari. Dari celahan almari, aku dapat melihat susuk tubuh seorang lelaki bertubuh gempal dan tinggi melangkah masuk ke dalam bilik.

Wajahnya dipenuhi kesan parut kekal. Raut mukanya begitu bengis. Mataku membulat tatkala pandangan mataku bertemu dengan kapak yang berada di dalam genggaman tangannya.

"T-taehyung, t-takkanlah awak.."

Kapak tersebut berlumuran darah. Satu hal yang membuatkan aku makin panik adalah batang hidung Taehyung langsung tidak kelihatan.

---

Lelaki tinggi lampai dan bertubuh gempal itu menapak ke arah almari besar yang terletak di hujung ruang bilik.

Nafasnya dihembus kasar. Tangannya menarik pintu almari supaya terbuka luas.

Wajah Min Jung yang ketakutan menjamu pandangan mata. Kapak yang basah dengan darah dihayunkan ke arah Min Jung.

"Lelaki upahan dah tumpas. Giliran Min Jung pula untuk ditamatkan riwayat hidup. Kata-kata terakhir kau budak hingusan?"

Kaki Min Jung ditarik oleh pembunuh itu sehingga keseluruhan tubuh gadis tersebut jatuh tersembam di hadapan kakinya.

Rambut Min Jung dicengkam kasar sehingga gadis itu menyeringai kesakitan.

"Sebelum mati, kau kena hadap seksaan aku dulu Shin Min Jung. Sama seperti waktu aku bunuh parents kau dulu."

Min Jung meraung kesakitan. Pandangannya mula kabur akibat kepalanya dihentak kuat oleh pembunuh kejam itu.

Nama Taehyung, si lelaki upahan itu meniti di bibir Shin Min Jung sebelum kelopak matanya mula terpejam kerana kesakitan yang sudah menjalar ke seluruh pelusuk badan.

"Abang T-Tae, mana awak...m-mana?"

-TBC-

A/N:

Komen korang?

Agak-agak apa yang terjadi dekat Kim Taehyung?

📱

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro