05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2 May 2024

Selangor

Daniel berdiri di depan pintu pejabat.Seketika dia menarik nafas secara perlahan dan hembus.

"Demi Famille.Goodluck Daniel Al-Haqeem"dia memberi kata-kata semangat buat dirinya.Pintu di ketuk.

"Masuk"

Daniel menolak daun pintu perlahan lalu mengorak langkah ke tempat duduk yang berhadapan dengan seorang lelaki berusia.

"Duduk Qeem."

"Ok"

"Nak apa?"lelaki berusia itu memandangnya.Pen di letakkan tepi.Matanya kini fokus terhadap Daniel.

"Qeem nak minta izin untuk cuti 1 minggu boleh?"

"Lamanya, bulan madu ke? Setahu saya, Qeem belum kahwin..ke nak kahwin?"bertubi-tubi soalan di lontar ke arah seorang Daniel.

Daniel meraup muka.Nak tak nak, rancangan Tiq terpaksa dia ikut.

"Adik Qeem nak kahwin, dia nak luangkan masa bersama Qeem sebab Qeem jarang balik.Kalau boleh dia nak Qeem teman dia beli barang kahwin.Qeem terpaksa ikut, jika tidak..dia nak larikan diri dari perkahwinan tu nanti.Itu syarat adik Qeem."Daniel berkata mendatar.Amacam idea Tiq?

"Oh ye? Saya nak Qeem call adik Qeem sekarang."ucap lelaki tersebut.Daniel dah telan air liur.Ini bukan seperti yang di rancang.

Jujur, Daniel memang ada adik perempuan tapi dia tak ajak adik kandungnya itu berkomplot dalam halnya.Fikir punya fikir, nombor Tiq di tekan.

'Teet teet teet'

"Iye, Niel.Mau apa?"

"Tolong aku.."bisik Daniel.

"Bak sini.Saya nak cakap dengan dia."lelaki itu menghulurkan tangannya.Daniel gelabah.Tapi, dia bagi juga smartphone miliknya kepada lelaki itu.

"Kamu, adik Qeem kan?"soalan dari Pak Cik itu,berjaya buat dahi aku berkerut.Amboi kau,Tiq.Pak cik kau panggil dia?

Seperti sel-sel yang baru sahaja berhubung.Aku baru dapat mengagak kenapa Daniel meminta tolong.Ha itu lah, idea tak pernah nak bernas, asyik ke kubur je.

"Ye, saya adik Qeem yang baik lagikan sopan."

"Kenapa kamu bagi syarat dekat Qeem macam tu?"soal lelaki itu.

Aku menarik nafas perlahan.Mood drama ON.

"Hiks, Tiq dah lama tak jumpa Abang Qeem hiks.Dia balik pun sebulan sekali je hiks.Lagi-lagi,Tiq dulu dah duduk dekat Universiti, ibarat setahun sekali je jumpa Abang hiks.Tup tup, hiks...habis je graduate, terus Umi suruh kahwin hiks.Tak sempat nak luangkan masa dengan Abang hiks."aku acah sendu.Daniel yang mendengar ayat aku tercengang.Kantoi buat loud speaker.

"Oh begitu.Habis kenapa nak lari jika Qeem tak ikut syarat kamu?"ala Doktor ni, banyak soal pulak.Lama-lama boleh kena caught aku cemni.

"Tanpa Abang, tak lengkap hari perkahwinan nanti.Kalau Tiq tak ugut nak lari, abang Qeem tak akan ikut syarat Tiq hiks.Doktor bagilah cuti dekat abang Qeem, If not,Tiq takkan kahwin.Tiq akan malukan keluarga lelaki tu."Daniel menepuk dahi.Clishe Tiq, why so clishe.

Muka lelaki berusia tu dah meunjukkan riak terkejut.Sungguh berani ini anak.

"Kamu tak cinta bakal suami kamu ke?"

"Saya minta maaf, ini hal privasi.Saya sensitif hiks.Abang Qeem baliklah,Tiq rindu..."aku acah merengek.Lelaki berusia itu dah tersenyum, senang hati tengok keakraban kami mungkin.

"Ye, Abang Qeem akan balik nanti.Tunggu abang ye Tiq."aku terbatuk.

"Ok, Daniel.Saya bagi kamu cuti.Luangkan masa sebaiknya dengan adik kamu yang manja itu ya"pesan lelaki berusia itu.Aku bersorak.Yes, success!

Daniel angguk lalu meminta diri.Pintu di tutup.

"Fuhh"Daniel melepaskan keluhan lega.Smartphonenya yang masih belum tutup bahagian call, Dia letak di telinga.

"Tiq, idea kau tak pernah, tak tempah kubur kan?"Daniel mengelap peluh di sekitar pipinya.

"At least, berjaya."aku gelak.

"Jadi adik kesayangan Abang yang akan kahwin tak lama lagi, mana list budak-budak yang stay Selangor?"

"Banyaklah kau punya kahwin.Aku takkan panggil kau abanglah.Euw.List tu, lepas ni aku hantar dekat whatsapp "

"Oh tadi, siapa eh yang...Abang Qeem baliklah,Tiq rindu. Hahahaha"Daniel mengimbau kenangan kembali.

"Tu adik kau.Bukan aku"

"Takpe lah Tiq, kau tak nak mengaku kan? Its okay sebab Aku dah record call tadi muahahahaha"

"TAGUNA KO DANIEL AL-HAQEEM!!!"aku menjerit pada telefon.Biar pekak terus mamat tu mendengarnya.

"HAHAHAHAHAHA aku dah jauhkan phone aku dari telinga.Jangan risau, aku tak akan pekak" jawab Daniel.

Ugh.

________

5 May 2024

Selangor

Daniel memandang sekeliling, mana budak bertuah ni?

"Bang Qeem?"tegur seseorang dengan teragak-agak.

"Mai?"soal Daniel.

"Ok Kak Tiq, dah jumpa dia.Bye."Mai menutup phone nya.

Cafe

"Jadi, Tiq suruh kau jadi pembantu aku?"tanya Daniel acuh tak acuh.

"Haah, sebab Kak Tiq kata dia nak Mai uruskan yang perempuan.Bang Qeem pulak yang lelaki."jawab Mai.

Suasana menjadi senyap seketika.Dah macam blind date pun ada.

"Ehem, kalau macam tu.7 Mei ni, kita jumpa balik dekat sini, dengan budak-budak yang stay Selangor,boleh?"Daniel menyuarakan cadangannya.

"Okeh boss, by the way..."

"Apa?"

"Mana list nya?"

"Nasib baik Mai tanya"Daniel menghidupkan phonenya. Kawasan whatsapp di tuju

Tiq

Selangor:

1)Aisyahly      
2) Haida         
3)Azie           
4)Eiz             
5) Nurr         
6) Qarmella 
7)Aulia (KL)
8) Fathin
9) Kak Mir       
10) Carrot
11) Syazwan
12) Khai
13) Az(shah alam)

Mai ternganga melihat list tersebut.Ramainya.

"Dan Tiq minta tolong kita call yang duduk kawasan Melaka iaitu Fizah, Shin dan Zulhaiqal,untuk ajak diaorang datang ke sini juga"pesan Daniel lagi.Terangguk-angguk Mai mendengarnya.

"Bang Qeem call Zul, Mai call Iz dan Shin"

"Roger and out"

_______

9 May 2024

Kelantan.

"Kenapa kitaorang kena pergi sekali?"Izz berpeluk tubuh sambil bersandar pada kereta.Luq pula duduk bersila di atas bahagian depan kereta.

Pardon?

"Haah, kenapa?Aku ada hal sebenarnya ni"Syazrin berdepan dengan aku.

"Sebab sambil-sambil jumpa para gadis Terengganu,kita boleh camping sekali."aku straight to the point.

"Jadi kau maksudkan sambil makan angin?"Luq bertanya lagi.

"Makan angin tak kenyang,Bang Luq."celah Rai.

"Cantiknya perangai"Luq menjawab.

"Bang Luq pun sama je.Di sebabkan aksi itu.Orang yang jalan dekat kawasan sini,tadi pun dah pandang pelik.Sampaikan Rai rasa nak tarik diri,dari jadi kipas Bang Luq."jujur Rai.

"Janganlah, Rai"

"Entah, Luq.Dah macam nak berdikir barat, aku tengok"perli Syazrin.

"Aku tolong rakam hahahaha"Zati awal-awal lagi volunteers.

"Ha rakamlah.Bila lagi nak Viral"

"Ya Ampun."aku menepuk dahi.Bila boleh mulakan perjalanan ni?

"Boleh tak aku nak balik?"Izz bersuara perlahan.

"Jangan berani-beraninya kau mencuba"Aku mengecilkan mata memandangnya.

"Aku tak cakap pape."Izz buat muka tenang.

"Ada."

"..."

Aku di seen.

"Aidil, kau pun ikutlah jugak"ajak Zati.

"Tak nak."

"Kau wajib ikut.Sebagai denda,.tipu kitaorang hari tu."Syaz menyilangkan tangan.Dengan mukanya yang dingin kembali.

"Korang berdua je.Aku tak."Izz mencelah.

"..."

"Psst Syaz"aku bersuara perlahan.

"What?"

"Senyumlah sikit."

"I dont care."

"Senyum itu sedekah."Syazrin pandang aku dingin.Automatik,aku mengangkat tangan.

"IM SURRENDER!"

"Seriously Tiq? Bila nak gerak ni?"

"Okeh, jom!"aku menghidupkan kereta.Buat seketika, aku menurunkan tingkap kereta.Mereka yang baru nak memasuki ke dalam perut kereta lantas memandang aku like'apa lagi mangkuk?'

"Korang jangan pandu laju sangat eh.Aku warning ni."aku buat gaya tangan 'I see you'.

"Tak kesah."-Syazrin.

"Tak peduli."-Izz

"Tak takut."-Zati

"Tak tun tuang"-Luq

"Heol."

"Guys, Jom kita pandu laju.Kita tinggal Tiq dekat belakang.Biar sesat MUAHAHAHAHAHA."Rai mengutarakan cadangannya.Dasar shy shy shyton ini anak.

"ON!"Jawab mereka serentak.

"WEHHHH SAMPAI HATI!!!"

Tak ingat mati.




A little stupid of scenario make our memories more beautiful.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro