11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Atif

Jumpa aku dekat taman.

Tempat biasa.

Aihh.Aku menyembamkan muka pada bantal untuk seketika.

"Apa nak jadi.Jadilah"aku menyarung sweater. Selipar Jepun menjadi pilihan.

"Weh, aku nak pinjam basikal kau.Boleh tak?"aku meminta izin dengan Dhuha yang tengah khusyuk melayan drama korea.

"Pinjam ah, shuh shuh"Dhuha buat gaya mengusir.

Aku cebik.

"Lebihkan lah Joong Ki kau tu, Nanti aku dah tak ada..."

"...belikan aiskrim sekali"potong Dhuha.Aku memusingkan bebola mata.Nak tak nak, aku kena beli juga.Kalau tak, di kuncinya pintu rumah.Habislah aku.

"Jangan suka sangat, Joong Ki kau tu dah ada 'Mrs Song' HAHAHAHAHA"cepat-cepat aku naik atas basikal Dhuha lalu mengayuh,meninggalkan perkarangan rumah sewa kitaorang sebelum..

"ISH SPOIL MOOD BETUL AH! SIAP KO FIYA!"jerit Dhuha.

"Kesian"aku melepas tawa.Aduh, perutku.

_______

Taman Uni

"Lambat..."cakap macam sentiasa tepati masa lak ;-;.

"Okay, aku balik"aku mula naik balik atas basikal.Nampaknya, sia-sia aku keluarkan peluh tadi.

"Aku gurau je.Janganlah emo."aku pusing mengadap Atif.Gila tak emo?!Aku penat kayuh laju-laju sebab nak sampai tepat pada masanya.Kau tahu tak, aku cuma lambat 1 minit.

1 minit...bukan 1 jam! Aghh stress.

"Kau tengah hambur kemarahan kau dalam hati ke tu?"Atif meneka.

"Eh tak, aku tengah puji kau"

"Duduk lah Fiya."Atif menurunkan tongkat basikal yang aku naiki.

"Hmm"

Untuk beberapa saat, kami berdua diam membisu di atas buaian yang di buat khas untuk kanak-kanak.

Kami memang kanak-kanak.Buktinya, kitaorang masih minum air oren sunquick, ribena...

Ok, stop mengarut Fiya.

"Apa yang kau nak tanya aku tadi?Bunyi macam serius je"Atif memulakan perbualan.Dah macam sesi ice breaking atau kaunseling?

"Patut kah aku confess?"mata Atif membulat memandangku.

"Siapa weh siapa?!"

"Yang pastinya bukan kau"

"Fuh."

"Dia dalam kalangan korang berempat"

"Aku tahu.Aus kan?"sekali lagi, mereka menyebut nama Danish ;-;.Tapi boleh jugak eh eh.

Ada jugak karang aku sebut, dia sahabat.Ada jodoh, kita kahwin.HAHAHAHAHA ok serius.

"Macam mana kau boleh suka lelaki macam dia---"

"----Bukanlah!"tak penyabar lah dia ni.

"Jadi siapa?"aku kecilkan mata.Dulu kata tak suka di paksa, sekarang siapa yang nampak memaksa?

"Ada ah"

"Naqib?"

"eh?"aku gelabah.Kadang-kadang aku tak faham dengan diri aku.Aku tak boleh menidakkan benda yang betul...

"Wuuuu siyes ah?"Atif teruja seperti mak-mak.

"Aku tak cakap pape pun."

"Kau suka Naqib,uwu"

Dia buat lagi..

"Macam mana kau boleh suka dia? Cer citer."

"Tapi kau sepupu dia.."

"Memanglah, tapi tak semua kena bagitahu kan...aku janji aku tak cakap pape dekat dia"

Atif, kau bercakap macam Airish..

Aku angguk sahaja.Mataku kini melirik ke arah langit biru.

Atif,

Kau bagitahu ke,tak bagitahu ke...

Aku tahu..

Dia akan tahu juga.

Mungkin bukan melalui kau.Tapi, akan ada satu masa, walaupun kau sudah sedaya upaya menyembunyikannya, ia tetap terbongkar juga..

Hanya cepat atau lambat je.Dengan izin Allah.

"Macam mana aku boleh suka dia?"aku senyum setiap kali mengingatinya..

Betapa bodohnya seketul Fiya pergi mengadu dekat seorang lelaki...

Aku pandang Atif.

"Begini..."

______

Seperti yang aku jangka...

Hari yang aku takutkan tiba jua..

Naqib tahu..

Tapi melalui orang lain.

Bukan aku.

Rasa macam tak nak hadap muka dia je.

Rasa macam nak pindah Universiti pun ada.

Dan buat masa sekarang, aku menahan diri dari beritahu sesiapa.

Satu je benda yang aku nak daripada Naqib..

Jangan.balas.suka.aku.

_______

'Tweet tweet'

Aku memandang skrin 'smartphone'.

Taufiq

Weh, aku nak bagi sesuatu dekat kau.

Fiya

Apa?

Taufiq

Kejap ea.

(Taufiq just send you a song)

https://www.youtube.com/watch?v=CfmIbDkKwwc

Aku pun apa lagi.Ayuh! kita download.

Setelah mendengarnya...

Taufiq

Saje nak bagi kau.

Aku terdiam di depan 'smartphone' milikku.Otakku ligat memikirkan banyak benda.Setiap teori hadir satu persatu, dan satu je yang aku tak nak percaya..

Kau tak suka aku kan?


I'm not hoping.I'm not wishing.Seeing you happy, it's already enough for me.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro