16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


7:30 a.m.

Kenapa...

Kau terlalu bodoh, Fiya?

Aku memegang kepalaku.Macam mana aku boleh lupa yang aku ada kelas sekali dengan Naqib, pagi ni?!

Kejadian 5 hari lepas,masih segar di ingatanku.Ya Allah, aku malu.

Kotak mana kotak?

"Fiya, jom!"ajak Dhuha di muka pintu.Kasutnya sudah tersarung..

"Tiber ko awal hari ni?"aku mengecilkan mata.

"Nothing."Dhuha senyum-senyum.

Bagus, anda bahagia.Itew sedih :').

Macam mana aku nak elak dari dia?

"Cepatlah!"dia menarik tanganku pula.Aku tak nak pergi Uni hari ni..

AKU TAK NAK!!!

University of Legendary

Aku berdiri tegak di depan kelas tersebut seperti kaki ku telah di gam kuat dengan gam gajah.

Nak masuk ke...tak nak?

"Ahhh! macam mana ni Fie?"aku duduk bercangkung di tepi pintu.Fie pula hanya bergesel sahaja sekeliling aku.

Terpujuk memang lah terpujuk tapi...

"Jom ponteng..."aku bersuara perlahan.

"...Fiya?"

Heart attack!

"Aku..pergi dulu"aku terus cabut lari meninggalkan si dia...

Naqib.

Sorry not sorry.

_______

"Haifa, kau selalu minta tips ni.. sebab berat kau naik ke apa?"Taufiq mengambil tempat duduk di hadapanku.

Salam mana salam?

"Mana ada!Kan, kalau nak jaga kesihatan kena mula dari jaga pemakanan?"aku menjungkit kening.

Serius, kenapa aku rasa sensitif dengan soalan ni?

Oh, perempuan :').

"Eyyy, Haifa gemuk."

"Baik kau diam."

"Eyy, Haifa nak diet."

"Taufiq Qairil Alex!"

"Berapa kilogram?"

"Erk.45 kg."jangan tanya kenapa aku senang beritahu.

"Eh, sama berat dengan kakak aku.Dia dah ada anak dua.Kau...ish ish"Taufiq mengejek.

Panas weh!siyes panas.Tak tipu.

"Jangan tanya kenapa stokin masuk dalam mulut kau nanti"ugut ku.Sekali dengan pakej jeling.

"Awak janganlah tengok saya macam tu"Taufiq menutup muka.

"Bongok!"

Baru je aku nak beredar.

'Tweet tweet'

Naqib

Weh, kau memang tak nak bye-bye ke?

Hahaha

Sekali lagi,macam mana aku boleh lupa..

Yang dia dah nak pergi hari ni?

_______

Awkward.

Aku memandang sekeliling Cafe.Niat di hati tidak mahu membuka bicara dahulu.

Tapi..

Apa yang aku mulakan.Aku patut akhirkan juga.

Ya Allah, moga baik-baik saja.

"Aku sebenarnya nak tanya..bila kau nak block number aku, hahaha..."ok, aku tak tahu nak kata apa.

Dia yang khusyuk pandang 'smartphone' miliknya, terus kalihkan ke arah aku.

Aku main jari.

"...Why not you, giving me-a safe good bye"permintaan aku tak teruk sangat kan?

"Ok then...good bye and take care."dia bersuara.

"Yeah you too."

"Fiya, kau ada cakap..."

Kepala aku ter-angkat.Cakap apa?

"...yang kau ada tercrush kan aku kan."

Aku kelu.

Aku tak nak dengar jawapan dia.

*acah tutup telinga*

"Aku harap Allah temukan kau dengan jodoh yang selayaknya untuk kau...ok?"Naqib senyum.

Aku tak tahu kenapa..

Aku rasa bahagia,tenang dan lega...bila dia kata begitu,

Naqib,

terima kasih.

"Okeh,crush "aku membalas senyumannya.

"Verani-veraninya kau hahaha, take care."ucap Naqib.

Aku berani sebab kau tahu..

Siapa kau pada aku.

"Kau lah crush paling baik aku pernah jumpa."balasku.

"Mestii"jawapan Naqib buat aku terhibur pft.

"Goodluck in your life🌹dan kirim salam dengan lafaz 'Assalamualaikum' dekat 3 orang tu."pintaku.

Memanglah, Naqib pergi dulu...

Tapi, tak salahkan nak kirim salam?

3 orang tu sibuk study sekarang ni...

Jadi, aku tak sempat jumpa.

"You too,and In Sha Allah.Goodbye, Fiya"Naqib bangkit dari tempat duduk dan dia mula beransur pergi.

Aku melambaikan tangan kepadanya.

Lambaian terakhir?

Mungkin.

'Tweet tweet'

Naqib

It's nice to know you.

Aku senyum membaca chat tersebut.

"It's nice to know you too, Qib."

Goodbye..

Luth An-Naqib Xavier.

I'm not gonna miss you..

Fakta atau auta?

<It's end pretty well~♥>

_______

Beberapa minggu kemudian..

Aku mengambil beberapa buah buku dari dalam loker.Tak lupa juga, satu paket coklat M&M aku selitkan dalam poket.

Well, locker is the best place untuk di jadikan tempat stok coklat.

Senang nak ambil, dan selamat dari semua orang.Lagi best jadi pelajar popular, hari-hari dapat coklat macam..

"Fiya!"

Speaking of the devils.

"Ye?"

"Aku..."

"Aku tahu...korang pun nak tinggalkan aku juga.Tapi bila?"aku memotong sebelum dia bersuara.

Aku dapat rasakan mataku mula bergenang air mata saat ini.

Dan ia amatlah sia-sia..

Korang tetap akan pergi juga..

Siapa aku nak halang korang?

"Sampai tugas kita orang selesai"dia menjawab.Riak dia bertukar.

Dingin kembali.

"Atif.."

Jangan tinggalkan kitaorang boleh?

"Eh aku ada kerja lah.Aku pergi dulu!Bye Fiya!"Atif mula mengorak langkah.Semakin lama, semakin hilang bayangannya.

Aku menyentuh mataku.

Oh,

Aku menangis lagi.

'Tweet tweet'

Taufiq

Fiya..

Sila block nombor ni.

Fiya

Kenapa?

Taufiq

Block je.

Fiya

Aku tak pernah block orang.

Taufiq

Then, I will be the first one.

Apa masalah dia? Kenapa kelakuan dia tak macam biasa?

Aku bengang.

Fiya

Aku takkan block orang tanpa sebab.

Aku tak nak block kau!

Titik.

Aku menutup smartphone.

Malas.nak.layan.

______

"Block je lah aku.Apa susah"ucap Taufiq bersahaja.

"Kau cakaplah pape pun.Aku tetap takkan block contact kau,Fiq"jawab ku.

"Degil lah kau ni"

"Suka hati"

"Block lah.Nanti aku pun nak tukar nombor jugak"

"Bagi aku sebab kenapa aku kena block kau,Taufiq Qairil Alex"aku menyilangkan tangan.

"Sebab aku bukan orang yang baik seperti yang kau sangka.Cukuplah sampai di sini sahaja"

Aku terdiam.

Memang aku perasan dia ada tunjukkan dark side nya kepada orang lain.Tipulah, kalau aku tak tengok dan tak baca setiap status dia..

Tapi, itu tak bermakna, aku akan berhenti kawan dengan dia.Bagi aku, dia cuma jadi diri dia sendiri.

Just because of attitude?Heol?
Kau ingat aku baik sangat?

"Not strong enough."aku berlalu pergi.

Lari dari kesakitan ini.

Rooftop

Aku memeluk lutut.Sampai bila Taufiq nak berkelakuan seperti itu?

It hurts me.

"Kau kuat Fiya, kau kuat.Allah ada dengan kau."aku mengusap kepalaku.

"La Tahzan, Haifa Awfiyah"aku berkata lagi, yang membawa maksud 'Jangan bersedih'

Seketika aku memandang langit.

Relax your mind, Fiya.

Don't let this situation bring you down.

'Tweet tweet'

Taufiq

Siapa aku bagi kau?

Aku mengurut kepalaku.Bukankah ni patutnya dialog perempuan?

Siapa Taufiq bagi aku?

Aaaaa kenapa aku rasa aku pegang watak lelaki sekarang ni?

Fiya

Kau member aku, sahabat aku, chef yang suka bagi tunjuk ajar, partner in crime eh ye ke?, pendengar setia aku,penghibur. Yang pasti,kau insan yang penting dalam hidup aku dan...

Sila bagi nombor baru kau.

Taufiq

Oh.

Fiya

Seen.

Taufiq

Kau tengah berlatih merajuk dengan crush ke?

Eh tiber.

Haah, dia tahu aku suka siapa.Sebab permainan truth or dare dulu.Dasar.Aku kena caught :').

Tiba-tiba,pintu rooftop di buka...

Panjang umur dia.

"Aku dah tak ada crush la"jawabku.

Aku maksudkannya.

Taufiq melabuhkan punggung di sebelah aku.Macam biasa, ada jarak lah.Munasarawak tak ada?Kang kena tuduh macam-macam aku nanti, naye je.

"Iye ke?"

"Nak sayang jodoh je.."

Malangnya,jodoh pun tak nampak batang hidung lagi, hahahaha.

"Yerlah"dia hanya akur.

"Dah ah, aku nak happy-happy"aku membuang pandangan.

"Aku broken"

Aku memandang Taufiq pelik, tak pernah-pernah dia macam ni.

"Kenapa? Kenapa aku rasa macam broken aku teralih dekat kau?"aku menutup mulut.Cuba untuk menahan tawa.Kesian member aku sorang ni.

"Aku kena rejected..."

"Kena rejected apa?Interview ke?"dia ada bagitahu aku, yang dia ada IV apa tah hari tu..

Alamak aku lupa skrip.

"Bukan😢, aku usya akak cashier and then kena rejected weyh."Taufiq memberitahu nasibnya dengan nada sedih.

Aku apa lagi..

"BAHAHAHAHAHAHAHAHA"aku memegang perutku.

Kesian kau, Fiq.

"Kejam ko gelakkan aku"dia mencebik.

"Hahahahaha memang"

"Kau nak tahu dia cakap macam mana?"Taufiq meneruskan ceritanya, tanpa rasa terkesan dengan tawaku.

"Dia cakap apa?"aku teruja.

Tanpa aku sedar..

Ini moment terakhir aku dengan Taufiq.

Without a single goodbye..

_______

"Ada nampak Taufiq tak?"ini orang ke-5 aku bertanya.Tapi, jawapannya tetap menghampakan.

Dah semua tempat aku cari, tapi dirinya tetap tak dapat di kesan.

Aku melihat smartphone ku, profile picture nya yang kosong, buat aku tak sedap hati..

Aku menggenggam smartphone ku erat.Satu je tempat lagi yang perlu aku tuju.

"Walau apa pun yang terjadi.Aku akan terima dengan hati yang terbuka"aku memulas tombol pintu pejabat...

Pahitkan kebenaran.

"Tak sangka,dia menghilang begitu saja..."dengan lemahnya aku mengatur langkah.Peluh yang membasahi dahi, aku biarkan mengalir.

Tak ku duga,

Hujan turun membasahi bumi.Di saat aku berdiri betul-betul di tengah kawasan Universiti tanpa bumbung, ia turun dengan lebatnya..

Seperti mana air mataku.

Akhirnya aku jatuh, jatuh ke tanah jua.

"Mereka pergi..."aku gigit bibir.Cuba menahan diri dari meluahkan segala kata-kata yang terbuku di hati.

Sampai hati kau, Taufiq..

Aku menangis semahunya.

It's no use to speak out anymore..

Dear star,

I just lost my canopus.

After polaris.

Canopus ; used along with Polaris as the two principal stars for navigation at night.

_______

Sebulan kemudian..

"Fiya, kau okay?"

"Okay je.Kenapa?"aku memandang Dhuha.

"I wish you're"Dhuha mengusap kepalaku.

"I am"aku senyum bagi menghilangkan perasaan syak wasangka Dhuha.

Dhuha,
Kau masih ada di sisiku.
Kenapa aku perlu terus bersedih?

People come and go.
The best will stay.
But..
Even we far away from each other, not chating.

Still,
you and me..
We are sahabat, no matter what.Dont forget our precious memories.

"Mana yang lain?"aku menyoal Dhuha yang khusyuk menyiapkan assignment nya.

Atif, Aryan dan Danish.

Mereka belum pergi lagi..

Cuma,

Sejak akhir-akhir ni, aku perasan, mereka sibuk dengan course masing-masing.

Rare giler nak jumpa...

"Macam biasa,busy as a bee"Dhuha menyumbat roti ke dalam mulutnya, kemudian minum air dan makan kembali..

"...Ada orang kata,kalau kau makan berselang-seli dengan air.In sha Allah, kau akan jadi gemuk, suatu hari nanti"ucapku seperti yang di ungkapkan olehnya..

:')

"Oh ok,Fifa World Cup eh..mesti kau rindu Qib kan?"dengan muka tak bersalah Dhuha menyoal soalan yang tak berapa cepu emas kepadaku.

Maafkan aku, Dhuha.Aku belum bersedia nak bagitahu kau..

Tentang kebodohan aku.

"Mana ada."aku berlagak tenang.

Hati kata rindu, mulut kata tidak.

Itulah Fiya.

"Ye ke?"

"Dah ah, aku nak pergi ajak diaorang lepak"aku bingkas bangun.

Makin lama berada di sini,ada jugak tersasul kang.

Dhuha bukan boleh bawa main.Bila dia serius, habis dia soal siasat.

"Goodluck Fiya!"

________

"Tif.."baru je aku nak menegur dirinya.

Oh..

Jangan jadi third wheel, Fiya.

"Ayuh kita ke mangsa ajakan seterusnya."aku berkata perlahan lalu beredar dari situ sebelum si Atif tu sedar.Nanti spoil karang, sia-sia je aku kena jeling.

^

"Aryan!"

"Busy busy"kata Aryan sambil membelek setiap kertas kerjanya.

"Em, ok"aku mula mengundur diri.

"Hot coffee satu."dengan tak malunya..

"Banyak cantik kau!"

"Thanks"

Oh my god.Aku keluarkan smartphone.

"Hantar hot coffee kepada manusia yang bernama Carl Aryan Hanif"aku memberitahu Dhuha.

"WHAT?!!Fi--tut tut"aku cepat-cepat tekan butang merah.Padan muka kau, Dhuha.

"Selesai masalah aku, emm..kalau aku jadi Danish.Ke mana aku pergi eh?"aku terus memulakan pencarian seterusnya.

^

"Aku minta maaf, Fiya.Aku nak lepak dengan korang tapi.."Danish menyerabutkan rambutnya.

Ada kutu eh? Hahahahahahambar.

"Aku faham.Lagipun Aryan dan Atif pun tak dapat lepak sekali.Hahaha ok bye"aku segera mengangkat kaki sebelum Danish rasa lagi bersalah.

"Oh, dan jangan stress sangat.Jangan lupa juga makan coklat"aku mengingatkannya lagi.

Chocolate is also good for relaxing our mind.
So, why not?

"Nampaknya, aku terpaksa cancel "aku melepaskan keluhan.

_______

11:50 p.m.

Sakura's Park

"Hi! maaf lambat"Aufa mengambil tempat duduk di sebelah aku.

Dia mula mengambil Aisy dari aku.

Muka ceria dia apabila melihat Aisy, sedikit sebanyak buat aku rasa senang hati.Seperti masalah terbang begitu sahaja.

Aku biarkan mereka berdua, bermain.Sementara aku, mula mengambil tempat di atas buaian..lalu ayunkan perlahan.

Kepala di dongak.

"Mereka sibuk.Sirius, Antares dan Vega"aku buat bentuk tangan acah teleskop kemudian mengenyitkan sebelah mata.

Beautiful.

Entah kenapa aku rasa..

Hari ini lain dari hari yang lain.

Seperti..

Aku tengah menunggu sesuatu.

"Hani! Buat apa main tengah jalan tu.Bahaya lah!"ucap Aufa.

Kepalaku di kalihkan kepada Aufa yang cuba mengangkat Aisy yang sedang bermain di atas...

Mataku membulat.

"AUFA INARA!!!!!!"

BAMM!

_______

"Fiya, look.Promise me ok yang kau takkan tinggalkan diaorang.Kau akan jaga diaorang.."

Kata-kata Naqib terngiang-ngiang di mindaku..

Air mataku menitis.

Qib, aku minta maaf.

12:00 a.m

"Kak Fiya!!!"aku dapat rasakan seseorang meletakkan kepalaku di atas ribanya.

Ya Allah,aku tak kuat.

"Happy birth--FIYA!!!"

"FIYAAA!"

"Jangan tinggalkan aku, Fiya!!"

"Weh, call ambulance!"

Aku dapat rasakan mereka memanggil namaku, seorang demi seorang.

Setitis air mata yang jatuh pada wajahku.Buatkan aku untuk mencuba sedaya upaya membuka mata..

Aku nampak..

Dhuha, Atif, Aryan, Danish, Kak Kaisyaf...

Canopus..

Dan Polaris.

Mereka semua di sini.

Hajat aku tercapai....

Aku memandang gerangan yang menangis di sisiku saat ini..

"Au-ffa..aa-jjar..Ffi-ya..mme-ngu-ccap"bibirku mulai memucat.Darahku tak berhenti mengalir keluar dari tubuh.

Dari jauh aku nampak..

Masa ku sudah tiba..

Aufa mengangguk perlahan.Dengan nafas tersekat-sekat..dia mengajar aku...

اشهد ان لا إله إلا الله واشهد ان محمدا رسول الله

Selesai sahaja..

Aku menyebut ungkapan terakhir,

Semuanya menjadi gelap.

"Haifa Awfiyah
Died on 08/09/**
Time:12:03 a.m."

_______

Dear diary,

"We live in different world but we look on the same star in the sky"

Dear Polaris,Canopus, Sirius, Antares, Vega and Pleiades.

Thanks for exist in my life.

Thanks for everything guys.

30 minutes counting, and it's my birthday.

I wish you guys here..

Such a mission impossible right?

Em,let me just look on the star and feel like you're all here.

Wish, you guys always happy wherever you're.

Sincerely,
Fiya

The End.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro