✎혼자 06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

••••••

Jongho melangkah masuk ke dalam dorm. Kelihatan semua abangnya sudah lama menunggu ketibaannya di  ruang tamu.

"Baru nak balik? Sekarang dah pukul berapa ni?" soal Hongjoong kepada Jongho.

Namun, dia tidak menjawab. Jongho berjalan masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu dari dalam.

"Yah! Jangan kurang ajar dengan hyung boleh tak Jjong?" soal Hongjoong lagi dengan nada yang geram. Hampa kerana Jongho tidak menjawab pun.

"Dah lah. Biarkan jer lah Jjong tu." Seonghwa cuba untuk menenangkan Hongjoong.

"Tapi hyung, kalau dibiarkan Jjong macam tu jer kan makin teruk nanti."

Wooyoung tiba-tiba menyampuk. Dia juga berasa geram dengan Jongho yang memulaukan Hongjoong tadi.

Seonghwa terdiam. Tidak tahu mahu membalas apa. San yang masih lagi membisu itu bingkas bangun.

Dia berjalan menuju ke bilik WooJong. Selepas itu dia mula mengetuk pintu bilik dengan perlahan.

"Jongho? Boleh hyung masuk?" soal San dari luar bilik.

Tanpa mendengar sahutan, pintu bilik itu dibuka oleh Jongho. San terus masuk.

Dia duduk di atas katil mendiang Yeosang manakala Jongho pula duduk di atas katilnya.

"Hyung kenapa masuk bilik aku and duduk kat katil Yeo hyung?" soal Jongho dingin.

"Aku nak tanya kau sikit ni."

"Tanya apa?"

"Kau dengan siapa kat kafe petang tadi? Tu Yeosang ke?"

Jongho terkedu selepas mendengar soalan yang dilemparkan oleh San tadi.

"Mana hyung tahu yang aku pergi kafe tadi?" Jongho tidak menjawab sebaliknya menyoal San semula.

"Seonghwa hyung suruh aku cari kau tadi. Masa tu aku nak beli air kat kafe and aku ternampak kau tengah berbual dengan lelaki yang rupa macam Yeosang tu."

Terang San lebar. Jongho mengangguk tanda faham. Lalu dia pun menjawab soalan San tadi.

"Tadi aku sangka tu Yeo hyung. Tapi bukan. Cuma itulah rupa dia dengan nama dia memang sama."

"Umur?"

"Umur pun sama juga."

San terkejut sedikit. Setahu dia, Yeosang hanya ada kakak sahaja. Tidak pernah dengar pula bahawa dia ada kembar.

Mungkin itu hanya kebetulan?

"Apa nama dia?" tanya San ingin tahu.

"Kang Yeohun."

••••••

Yunho dan Mingi kini sedang berjogging di sekitar luar kawasan dorm mereka.

Itu sudah menjadi rutin harian mereka setiap pagi. Mereka akan berjogging sebelum memulakan aktiviti mereka yang lain iaitu menyanyi dan menari.

"Yunho-ya, kita rehat kejap!"

Kata Mingi sambil terngucap-ngucap mencari nafas. Yunho yang berada di hadapannya itu sudah tertawa.

"Apalah kau. Kalau macam tu jom rehat kat sana," ajak Yunho lalu menunjukkan sebuah bangku yang terletak tidak jauh dari mereka.

Yunho dan Mingi merehatkan diri mereka di sana. Botol air yang tadi penuhnya dengan kini tinggal sedikit sahaja.

Yunho mengalihkan pandangannya melihat ke tempat lain. Lalu matanya mula tertumpu pada dua orang lelaki yang sedang bertumbuk di tepi lorong kedai 7ELEVEN.

"Mingi-ya, tengok tu." Kata Yunho lalu menunjukkan dua lelaki itu pada Mingi.

"Eh? Rupa tu macam..."

"Yeosang?"

••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro