✎혼자 07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

••••••

"Dah lah! Kau ni kalau tak buat aku sakit memang tak sah kan?"

Yeohun memarahi abangnya. Pagi-pagi lagi sudah buat hal. Dia mahu pergi kerja bukannya pergi ke tempat lain.

"Dah tu kau nak aku buat apa? Buat bodoh?" balas Yeohyun juga tidak mahu mengalah.

"Kalau macam tu carilah kerja! Aku penatlah sebab bagi semua harta aku kat kau! Duit aku habis kau rampas semuanya! Kau tu cuma tahu berjudi jer!"

Tengking Yeohun lalu menepis tangan Yeohyun dengan kasar. Dia membetulkan semula bajunya lalu berjalan untuk pergi ke kerja.

Namun, dia terbantut kerana Yeohyun sempat menghalang dia. Dia menumbuk Yeohun dengan kuat sehingga dia jatuh tersungkur.

"Dah pandai melawan eh kau sekarang. Kau jangan lupa disebabkan aku, kau masih lagi boleh hidup kat dunia ni!" Jerkahnya. Dadanya turun naik menahan amarah.

"Tak... Kau buat aku rasa nak mati sekarang!" Laungnya. Darah yang berada di bibirnya itu dikesat dengan kasar.

Yeohyun mula rasa tercabar dengan Yeohun. Lalu dia menendang adiknya dengan kuat seperti dia menendang bola.

" Kau nak mati sangat kan? Sini aku tolong bunuh kau!"

Yeohyun seperti orang gila sekarang. Dia tidak dapat dikawal. Yeohun mengerang kesakitan setiap kali dirinya ditendang oleh abangnya.

"Yah! Polis kat sini!"

Dia terkejut sebaik sahaja mendengar bahawa polis berada di sini. Pantas Yeohyun berlari meninggalkan Yeohun untuk menyelamatkan dirinya sebelum di tangkap.

Yunho dan Mingi segera berlari menuju ke arah Yeohun yang sudah terbaring lemah itu. Pandangannya semakin kabur lalu dia pengsan.

"Yah, gwenchana?" soal Mingi cuba untuk bangunkan Yeohun.

"Mingi, dia pengsan ni! Jom hantar dia kat hospital!" Cadang Yunho lalu menelefon Seonghwa.

"Yuyu? Kenapa?" panggilan tadi kini dijawab.

"Hyung! Kita kena pergi hospital sekarang! Ada orang pengsan!" kata Yunho membuatkan Seonghwa terkejut.

"Mwoya?"

•••••••

Kini mereka berada di hospital. Seonghwa dan yang lain pantas menghampiri Yunho dan Mingi yang sedang mundar-mandir di hadapan pintu wad.

"Yah, apa yang dah berlaku ni?" soal Hongjoong.

"Siapa yang pengsan tu?" tanya San pula.

"Kitorang tak tahu siapa dia. Tapi rupa dia macam Yeosang."

Mereka terkejut selepas sahaja Mingi menjawab. Lebih-lebih lagi Jongho.

"Rupa macam Yeosang?" tanya Wooyoung pula. Yunho mengangguk.

"Ya. Masa kitorang tengah rehat kat luar, kitorang ternampak dia ditendang oleh seseorang. Lepas tu dia terus pengsan masa kitorang ada kat sana."

Ceritanya lebar. Tidak lama kemudian, doktor yang merawat Yeohun tadi keluar dari bilik wad tersebut.

"Doktor, bagaimana dengan dia?" soal Seonghwa terus.

"Dia dah sedar dari pengsan. Kesan lebam pada perut dia agak ketara jadi dia kena rehat secukupnya. Korang boleh lawat dia sekarang," jelas doktor itu kepada Seonghwa sebelum dia berlalu pergi.

Jongho tanpa berkata apa terus masuk ke dalam wad untuk melihat keadaan Yeohun. Dia terkejut.

"Yeohun hyung..."

Jongho terhilang kata selepas melihat keadaan Yeohun agak teruk.

Terdapat banyak kesan luka dan lebam pada wajahnya serta beberapa balutan di lengan dia.

•••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro