✎혼자 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

••••••

Jongho termenung melihat diri dia melalui pantulan cermin di practice room. Fikiran dia jauh melayang sehinggakan dia tidak sedar bahawa Seonghwa berada di sebelah dia.

"Jjong, termenung nampak."

Teguran Seonghwa tadi membuatkan Jongho terkejut sedikit. Dia mengusap dadanya perlahan.

Seonghwa mengambil kerusi lalu duduk di sebelah Jongho. Sesekali matanya melirik melihat ke tempat lain.

"Hyung rasa kan... Yeohun hyung okey tak?" soalan yang dilemparkan oleh Jongho tadi membuatkan Seonghwa berkerut dahi.

"Kau risau fasal Yeohun ke?" tekanya. Jongho sekadar membalas dengan anggukan kecil.

Dia agak terkejut selepas mendengar berita bahawa Yeohun tiba-tiba pengsan di bilik vokal.

Jeritan Wooyoung tadi amat kuat sehinggakan semua staff dalam satu bangunan KQ itu dapat dengar.

"Tak perlu risaulah, Jjong. Dia cuma letih jer tu," kata Seonghwa cuba untuk menenangkan Jongho. Sesekali dia mengusap belakang Jongho lembut.

Dia mengeluh. Dia mahu melawat Yeohun di bilik rawatan tetapi dia tidak dapat kerana masa rehat mereka sudah habis. Mereka perlu kembali berlatih semula.

"Okey guys, jom sambung balik latihan kita tadi. Aku tak nak ada kesilapan yang sama!"

Hongjoong mula memanggil adik-adiknya untuk menyambung latihan semula.

Jongho bangun lalu menghampiri mereka yang berada di hadapannya. San membuka lagu dan mereka mula berlatih semula.

•••••••

Yeohun berjalan menuju ke dorm untuk mengambil barang yang dia terlupa bahu bawa tadi.

Telefon dia tiba-tiba mati ketika dia mahu sambung membuat kerja. Sudahlah dia lupa bawa powerbank, memang padanlah jawabnya.

Yeohun masuk ke dalam biliknya lalu mencari powerbank dia. Hampa kerana dia tidak jumpa.

"Ada orang pakai ke?" detiknya dalam hati.

Yeohun mencari powerbank dia di laci mejanya. Ketika dia buka pintu laci di bawah, dia ternampak sebuah iphone berwarna merah berada dalam laci tersebut.

"Huh? Iphone siapa ni?" dia meniliti iphone tersebut.

Iphone XR berwarna merah itu ditatapnya seketika. Dia tertanya siapakah empunya iphone tersebut.

Yeohun mula menekan butang on ada iphone itu. Sebaik sahaja ia dihidupkan, Yeohun terkejut kerana iphone itu tadi telah mengesan wajahnya dan dia dapat buka bahagian home.

"Eh? Aku dapat buka lockscreen dia?"

Dia terkedu. Kemudian dia baru perasan sesuatu.

"Jangan-jangan ni iphone milik mendiang Yeosang..."

Dia mula rasa bersalah kerana membuka telefon milik orang dengan sesuka hati.

Tetapi, entah mengapa jauh di sudut hatinya mengatakan bahawa dia mahu tengok sesuatu dalam iphone Yeosang.

Dia mula menekan aplikasi instagram lalu pergi ke bahagian akaun mendiang Yeosang.

Lalu dia menekan bahagian live archive untuk melihat live yang pernah Yeosang buat satu persatu.

Tidak banyak live yang dia buat. Tetapi, terdapat satu live ini yang membuatkan dia tidak lepas pandang.

Ya, dalam live itu Yeosang pernah mengatakan bahawa dia sangat rapat dengan Jongho dan sangat sayangkan dia.

Walau bagaimanapun, satu soalan sahaja yang masih tidak terjawab dalam hatinya.

Apa yang telah berlaku pada Jongho sehinggakan dia dimasukkan ke hospital.

Selepas sahaja itu, dia pantas menutup semula iphone milik mendiang Yeosang itu lalu meletakkan semula di tempat asal.

Setelah jumpa di mana powerbank dia letak, barulah dia kembali ke syarikat KQ semula untuk menyambung kerjanya.

••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro