➜마음 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Beberapa hari sudah berlalu, Wooyoung masih lagi belum sedar dari lenanya.

San menghela nafas berat. Dia sangat risau keadaan Wooyoung sekarang. Dia masih lagi koma.

Untuk menghilangkan rasa resah melanda, San berjalan di kawasan sekolah sambil mendengar lagu. Kemudian, dia terdengar bunyi pergaduhan yang tidak jauh darinya.

Pantas dia datang untuk melihat apa yang sudah berlaku. Dia terkejut melihat Yeosang sedang bertumbuk dengan Yunho dalam kelas.

Rakan sekelas mereka yang lain sekadar melihat sahaja pergaduhan mereka. Lantas San menghampiri lalu menghentikan pergaduhan mereka berdua.

“Yah! Korang kenapa bergaduh ni?” soal San sambil menahan Yunho dan Yeosang.

“Entah dia ni! Masuk kelas terus pukul aku! Aku langsung tak buat apa-apa!” kata Yunho geram.

“Eh! Kau jangan tipu aku boleh tak? Kau cari fasal dengan Wooyoung dulu!” balas Yeosang juga turut geram.

“Jadi? Aku ingat kau memang benci kat dia terus!”

“Kepala kau lah! Kau cari fasal dengan kawan aku!”

Baru sahaja mereka mahu bertumbuk, mereka sempat dihalang oleh Cikgu Kim.

Semua pelajar kelas 5-1 dan San terkejut.

“Kenapa tak ada sesiapa laporkan hal ni kepada saya?” soalan Cikgu Kim tadi membuatkan semua pelajar kelas 5-1 diam membisu.

Cikgu Kim mengeluh kecil. Lalu dia membawa Yeosang dan Yunho ke bilik disiplin untuk mengambil langkah seterusnya.

San pula mengikut langkah mereka dari belakang. Dia mahu tahu apa yang bakal berlaku pada Yeosang dan Yunho nanti.

•°•°•°•°•°•

Yeosang dan Yunho berdiri tegak di hadapan Cikgu Kim. Kepala mereka menunduk ke bawah. Takut untuk melihat riak wajah Cikgu Kim yang garang itu.

Manakala San pula duduk di sebelahnya. Dia juga tidak tahu apa yang sudah berlaku. Walaupun hal ini tiada kaitan pun dengan dirinya.

“Kang Yeosang, nama kamu sudah banyak dalam kes disiplin. Lebih-lebih lagi dalam pergaduhan. Kamu ni kenapa sebenarnya?”

Soal Cikgu Kim kepada Yeosang. Dia membisu. Tidak menjawab pun.

Yunho mengambil peluang ini untuk menyelamatkan dirinya.

“Dia tiba-tiba pukul saya dalam kelas cikgu! Masa tu saya cuma tengah berbual dengan orang lepas tu dia masuk kelas dan terus pukul saya!” ujar Yunho lebar.

San dan Cikgu Kim berkerut dahi apabila mendengar. Dia tidak tahu sama ada mahu percaya ataupun tidak.

“Kenapa kamu pukul Yunho, Yeosang?” soal Cikgu Kim kepada Yeosang buat kali kedua.

Sekali lagi dia tiada jawapan untuk membalas pertanyaan Cikgu Kim itu. Dia menghela nafas berat lalu berkata lagi.

“Disebabkan saya tak dapat jawapan yang kukuh, saya akan lepaskan Yunho dalam kes ni. Yeosang, kamu digangtung sekolah selama seminggu atas kes pergaduhan ni.” ujar Cikgu Kim membuatkan Yeosang dan San terkejut.

Yunho pula sudah tersenyum puas. Gembira kerana dirinya terselamat daripada dihukum.

“Kamu berdua boleh keluar sekarang.” kata Cikgu Kim lagi.

Yunho dan Yeosang melangkah keluar dari bilik disiplin. Sesekali Yeosang menjeling ke arah Yunho yang menunjukkan riak wajah menjengkelkan itu.

San menarik tangan Yeosang untuk bawa dia pergi ke sesuatu tempat. Yeosang hanya mengikut sahaja.

Tiba sahaja di tempat itu, Yeosang terkaku seketika.

Itu ialah bilik stor terbiar. Dimana San selalu melepak pada waktu petang bersama Wooyoung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro