➜마음 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

“Sekarang puan dah ingat kan apa yang puan dah buat kat Wooyoung dulu?”

Soal San setelah dia lama mendiamkan diri. Puan Jung tidak membalas pertanyaan dia.

“Saya tak kisah kalau puan nak anak puan berjaya. Tapi puan kena sedar bukan cara ni yang terbaik. Puan hanya berikan tekanan kat anak puan sendiri,” tambah San lagi.

“Tipu! Apa bukti kamu kata yang cara saya ni salah?” Puan Jung cuba untuk menafikan kata-kata San tadi.

“Puan boleh nampak buktinya sendiri. Wooyoung menoreh tangan dia sebab dia tertekan dengan cara puan layan dia. Lepas tu keputusan adik dengan abangnya semakin menurun disebabkan puan sendiri.”

“Dah tu puan tetap nak salahkan diorang sebab tak belajar sedangkan puan sendirilah punca diorang macam tu.”

Lidah Puan Jung tiba-tiba terkelu selepas mendengar penerangan San yang lebar tadi.

Seonghwa dan Kyungmin yang mendengar itu melepaskan keluhan kecil. Mereka tidak dapat menafikan kerana apa yang diberitahu oleh San tadi memang benar.

“Puan paksa anak puan belajar... Sebab puan sendiri pernah gagal di sekolah,” ujar San lagi membuatkan dia terkejut.

“A-apa? Mana kamu tahu ni?” soalnya cemas. San membalas dengan mengangkat bahu.

Dia menunduk. Malu kerana dia teringatkan semula kisah hitamnya pada zaman sekolah lalu.

Ya. Sewaktu dia di zaman persekolahan, dia sering gagal dalam peperiksaan. Tambahan, dia juga sering dibuli akibat terlalu lemah dalam kelas.

“Ya... Sebab aku gagal dululah aku tak nak anak aku menimpa nasib sama yang pernah aku alami dulu!” luahnya. Seonghwa dan Kyungmin tersentak sedikit.

San tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia faham betapa peritnya Puan Jung pernah alami dulu. Tetapi, dia juga perlu tahu bahawa semua tindakkan dia tu salah.

“Saya faham. Tapi puan kena faham yang anak puan pun manusia juga. Mereka ada perasaan dan bukannya robot yang selalu dengar kata puan tanpa membantah sekali pun.”

“Kalau betul puan sayangkan anak puan, puan kena faham apa yang mereka alami sekarang...”

Selepas sahaja menasihati Puan Jung, San melangkah pergi meninggalkan mereka sekeluarga di hospital.

Dalam hatinya, dia berharap agar semua kata-katanya tadi mampu untuk mengubah hati dan sikap Puan Jung yang teruk itu.

•°•°•°•°•°•

Seonghwa dan Kyungmin menghampiri Puan Jung yang sudah terdiam membisu selepas mendengar kata-kata San tadi.

Walaupun hati sudah sakit disebabkan Puan Jung, tetapi mereka masih lagi menganggap Puan Jung sebagai ibunya.

Omma, gwenchana?” tanya Seonghwa perlahan.

Dia tidak membalas sebaliknya memeluk Seonghwa dan Kyungmin dan erat. Air mata milik Puan Jung mengalir membasahi pipinya.

Mianhae... Mianhae... Omma gagal jadi seorang ibu yang baik...”

Ucapnya perlahan sambil teresak-esak. Seonghwa dan Kyungmin tidak tahu untuk membalas apa.

Mereka marah. Tetapi pada masa yang sama berasa sedih terhadap ibunya. Lalu mereka membalas pelukkan Puan Jung dengan erat.

Nae... Gwenchana...”

“Mian...”

Hari itu, bermulalah perubahan besar terhadap Puan Jung sekeluarga.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro