➜마음 14

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Wooyoung melangkah masuk ke dalam rumah selepas sahaja mengetuk pintu rumah tadi.

Kelihatan Puan Jung sudah lama berada di ruang menunggu kepulangannya. Wooyoung tersenyum ke arah Puan Jung sebelum menaiki tangga.

“Woo, kamu buat apa di sekolah tadi?” soalan yang dilemparkan oleh Puan Jung tadi membuatkan Wooyoung terkaku seketika.

“Sekarang dah lewat petang. Kamu dah lupa ke yang kamu ada tuisyen malam ni?” soal Puan Jung lagi.

Wooyoung mengeluh. Dia tidak boleh menipu. Dia terpaksa jujur dengan ibunya.

Mian... Tadi Woo kena ajar budak sebab cikgu minta Woo jadi tutor dia. Tu yang Woo balik lambat,” jawab Wooyoung perlahan.

Wooyoung takut untuk melihat wajah Puan Jung. Dia tahu bahawa ibunya tidak suka dia berkawan atau rapat dengan orang yang tak pandai.

Baginya, mereka akan beri kesan negatif pada Wooyoung. Sebab itu lah, dia takut untuk jawab soalan Puan Jung tadi.

“Pelik... Sepatutnya cikgulah yang ajar dia dan bukannya kamu. Tapi tak apa. Janji kamu tidak berkawan dengan dia,” pesan Puan Jung tegas. Wooyoung mengangguk kecil.

“Dah, pergi bersiap sekarang. Nanti terlambat pula kamu ke kelas tuisyen.”

Arahnya. Wooyoung akur lalu dia terus masuk ke dalam biliknya. Sesekali dia menghela nafas lega kerana Puan Jung belum tahu perkara yang sebenar.

Dia sudah menjadi kawan San.

Dia perlu merahsiakan hal ini daripada semua orang termasuklah Yunho sendiri. Kalau tidak, pasti benda buruk akan berlaku.

•°•°•°•°•°•

San termenung melihat pemandangan luar di koridor sekolah pada waktu malam.

Dia masih teringat segala isi hati Wooyoung semasa mereka berjabat tangan petang tadi.

Kalaulah aku ada matlamat sendiri, mesti aku tak akan diseksa macam ni...”

“Aku harap persahabatan aku dengan San akan kekal...”

“Kenapalah aku tak macam San yang ada matlamat sendiri?”

Ya, itulah isi hati Wooyoung yang sempat dia dengar tadi. Semua itu lebih kepada matlamat.

Dia tahu bahawa Wooyoung tiada matlamat sendiri. Dia belajar kerana keluarga dia yang paksa dia. Dia tidak menyertai apa-apa aktiviti di sekolah kerana mereka melarang.

Ia seolah-olah seumur hidup Wooyoung, dia perlu habiskan dengan belajar. Itu sahaja.

Kalau dia terus begini, hidup dia bukan makin cerah tetapi gelap. Dia macam robot yang ikut segala arahan ibunya dan tak ada pendirian tetap...”

Monolog San. Sejak pertama kali mereka berjumpa di dataran, San mula tertarik untuk menjaga Wooyoung dengan baik.

Atau lebih tepat, menjadi kawan rapatnya.

“San, kamu masih kat sini?”

San menoleh mencari pemilik suara yang menegurnya tadi. Kelihatan Cikgu Kim berada di belakangnya sambil membawa barang.

“Jom kita balik. Kamu di rumah pun tak ada buat apa-apa kan?” ajak Cikgu Kim.

San sekadar mengakur. Dia membuka langkah lalu menghampiri Cikgu Kim yang sedang menunggu dia itu.

“Lama ke cikgu cari saya tadi?” soal San.

“Tak ada lah. Cikgu tahu kamu suka merayau-rayau kat sekolah waktu malam,” balasnya sambil tersenyum garis. Sesekali dia mengusap kepala San dengan lembut.

Selepas itu dia mengajak San untuk pulang ke rumah dia bersama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro