➜마음 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•

Pada waktu rehat, Wooyoung pergi ke pondok seorang diri dengan membawa buku.

Sudah menjadi tabiat dia untuk makan sambil membaca. Malah, dia juga jarang untuk rehat bersama kawannya yang lain.

Wooyoung meninggalkan buku dia di pondok untuk membeli makanan seketika. Seusai sahaja beli, dia dapati bukunya tadi tiada di situ.

"Huh? Mana buku aku?" gumamnya dalam hati. Hairan kerana dia baru sahaja meninggalkan buku dia di situ beberapa saat tadi.

Wooyoung mula berasa resah. Takut sekiranya buku dia itu hilang. Pasti ibunya akan marah teruk nanti.

Wooyoung bingkas bangun lalu mencari bukunya di sekitar kawasan pondok. Sesekali dia bertanya kepada pelajar lain sekiranya mereka ternampak ada orang mengambil bukunya.

"Haih..." keluhnya. Hampa kerana tiada seorang pun yang nampak bukunya itu.

Tatkala Wooyoung dalam perjalanan menuju ke pondok semula untuk makan, dia ternampak kelibat San berada tidak jauh darinya sambil memegang sebuah buku. Pantas dia mendekati.

"Yah, tu buku aku!" tegur Wooyoung kasar.

San memandangnya sekilas. Buku yabg dipegangnya itu ditatap seketika.

"Aku tahu," jawabnya ringkas.

"Kalau kau tahu pulangkan semula buku tu kat aku! Aku nak baca," balasnya dengan nada sedikit kasar.

San menghulurkan buku itu kepada Wooyoung. Tangan Wooyoung tersentuh sedikit dengan tangan San ketika dia mengambil buku itu menyebabkan dia dapat terdengar sesuatu.

"Dia ni tak pandai nak minta izin ke? Nasib baik tak ada apa-apa kat buku tu. Kalau tak mesti omma marah..."

San memandang wajah Wooyoung seketika. Satu senyuman sinis juga turut dihadiahkan menyebabkan Wooyoung hairan.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" tanya Wooyoung kurang selesa.

"Tak ada apa," balasnya dengan senyuman sinis. Kemudian, dia terus berlalu pergi.

Kini, tinggal Wooyoung sahaja yang masih lagi terkaku. Dia berasa pelik dengan San yang tiba-tiba sahaja mengambil bukunya dan tersenyum sinis.

"Budak nakal memang macam tu ke?" detiknya dalam hati.

Lalu dia kembali ke pondok semula untuk makan sambil membaca buku. Dia tidak mahu sia-sia kan waktu rehat ini.

•°•°•°•°•°•

San mengambil mop di bilik stor dengan malas lalu dia berjalan menuju ke tandas perempuan untuk bersihkan.

Walaupun sekarang waktu pulang, San tidak dapat pulang ke rumah dengan awal. Gara-gara Cikgu Kim lah menyebabkan dia terpaksa bersihkan tandas.

"Cuba kalau dia sendiri bersihkan tandas ni! Dah lah tandas perempuan! Buat malu aku jer..." omelnya geram.

Nasib baik kebanyakkan pelajar tiada di sekolah sekarang. Kalau tidak, dia terpaksa tebalkan mukalah jawabnya.

Selepas beberapa minit berlalu, akhirnya tandas sudah selesai dibersihkan. San mengangkat baldi yang berisi air kotor itu untuk buang di tepi longkang.

Namun, dia dilanggar oleh seseorang ketika dia mahu membuang air menyebabkan buku yang dipegang oleh orang itu terkena pada air kotor.

"Yah! Mata tu tak nampak ke?"

Marah orang itu. Lantas San memandang orang yang baru dilanggarnya tadi.

"Huh? Kau tuduh aku ke? Aku rasa kau yang tak nampak sebab kau berjalan sambil baca buku," jawab San selamba.

Orang yang terlanggar dengannya tadi ialah Wooyoung. Bukan salah dia lah kerana tadi dia aman sahaja buang air kotor itu.

"Haish! Habis rosak buku aku! Kau ni buat aku bengang jer!" katanya lagi.

Buku yang sudah terkena dengan air kotor itu diambil kasar lalu dia berlalu pergi.

San menggulingkan kedua bola matanya. Dia tidak menghiraukan Wooyoung lalu kembali buat kerjanya semula sebelum hari semakin lewat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro