➜마음 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Yunho termenung melihat buku-buku latihannya di atas meja. Peristiwa dia bersama Yeosang dan Mingi pada waktu rehat hari itu masih segar dalam mindanya.

•°•°•°•°•°•

Beberapa hari lalu...

“Korang nak bincangkan fasal apa?” soal Yunho kehairanan. Dia berasa pelik kerana Yeosang tiba-tiba mengajaknya untuk berbual bersama.

“Aku nak tanya soalan berkaitan dengan Wooyoung,” ujar Yeosang bersahaja.

Tanpa membuang masa, Yunho mengambil kerusi untuk duduk bersama mereka. Mingi pula sekadar menjadi pendengar sahaja kerana dia malas untuk menyampuk.

“Kenapa dengan dia? Bukan korang suka kacau dia ke?” soal Yunho lagi. Yeosang memutarkan kedua bola matanya.

“Kau diam kejap boleh tak? Aku belum habis lagi!” marahnya. Serta merta
Yunho terdiam.

“Kau rapat dengan dia kan? Apa yang kau tahu sangat fasal dia?”

Yeosang mula mengumukan beberapa soalan kepada Yunho. Dia berfikir seketika sebelum menjawab.

“Apa yang aku tahu, dia cuma lebih suka belajar jer. And dia pun tak ramai kawan sebab dia tak akan berkawan dengan orang macam korang.”

Jawab Yunho dan pada masa yang sama menyindir mereka berdua. Yeosang terukir senyuman sinis.

Dia terus menendang kerusi Yunho dengan kasar sehinggakan dia hampir terjatuh.

“Yah! Aku bergurau jer lah!” kata Yunho cuba untuk mempertahankan dirinya.

“Apa-apa jer lah. Oh, kau perasan tak perubahan dia sekarang?” soal Yeosang lagi.

“Apa yang aku perasan, dia selalu pulang lewat sejak akhir-akhir ni. Dia kata dia kena jadi tutor San kalau tak silap.”

Yeosang dan Mingi yang mendengar itu tersentak sedikit. Yunho memandang mereka berdua pelik.

“Jadi tutor San?” tanya Mingi pula setelah lama mendiamkan diri. Dia mahukan kepastian. Takut sekiranya dia tersilap dengar.

“Haah,” jawabnya sepatah. Mingi mengangguk tanda faham.

Yeosang pula terdiam selepas sahaja mendengar bahawa Wooyoung sekarang menjadi tutor San.

“Yang kau tanya fasal Wooyoung ni dah kenapa?” soal Yunho ingin tahu.

“Tak ada apa-apa. Kau boleh pergi sekarang,” jawab Yeosang.

Yunho tidak berkata apa-apa. Dia tidak tahu apa tujuan Yeosang bertanya tentang Wooyoung dengannya.

Dia pun berlalu pergi.

End flashback

•°•°•°•°•°•°•

“Yunho, kerja kau semua dah siap ke?” soal abangnya, Hongjoong di luar pintu biliknya.

“Dah. Wae hyung?”

“Hyung nak minta tolong sikit dari kau sebenarnya.”

“Okey.”

Yunho bingkas bangun lalu keluar dari bilik untuk menolong Hongjoong di ruang tamu.

•°•°•°•°•°•

Pagi esok, Wooyoung berjalan menuju ke sekolah seperti biasa. Dalam perjalanan tersebut, dia ternampak kelibat San sedang menolong seorang wanita mengangkat barang.

“Tak berat ke kamu angkat ni?” tanya wanita itu risau. San menggeleng kepala.

“Tak ada lah. Sikit jer ni,” balas San sambil tersenyum lebar.

“Maaflah sebab susahkan kamu. Terima kasih ya,” ucapnya. San mengangguk kecil.

Wooyoung sekadar melihat San dari jauh. Dia tidak tahu pula bahawa San jenis peramah dan suka menolong orang.

Terasa kecil pula hati ini kerana dia yang belajar pandai tidak pernah pun menolong orang lain. Sedangkan San yang teruk di sekolah tetapi selalu menolong orang tidak kiralah sama ada di sekolah mahupun di luar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro