➜마음 30

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•°•

Wooyoung berlari mendapatkan San yang sudah jauh dari pandangannya. Sudah berkali-kali dia memanggil nama San tetapi San langsung tidak perasan.

“Choi San! Kau dengar tak ni?”

Selepas sahaja Wooyoung menjerit buat kali ketiga, San terus menoleh belakang. Dia terkejut melihat Wooyoung sudah kepenatan.

“Dah kenapa kau ni?” soalnya kehairanan. Eraphone yang berada di telingannya segera dicabut.

Wooyoung geram. Patutlah San tidak mendengar panggilan dia tadi. Rupanya dengar lagu budak ni...

“Weyh, aku nak minta maaf fasal tadi. Tiba-tiba tolak kau masa kau nak tolong aku angkat buku,” ucap Wooyoung dengar rasa serba salah.

San tersenyum nipis. Kepalanya diusap lembut.

“Tak apa lah. Aku tahu jadi kau tak perlulah rasa bersalah sangat,” balas San sambil tersenyum. Wooyoung menghela nafas lega.

“Jomlah lepak kat bilik stor. Aku nak minta kau tolong ajarkan fasal sejarah ni,” ajak San riang. Wooyoung akur lalu berjalan bersama dengan San.

Namun, mereka tidak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan oleh seseorang. Orang itu tersenyum sinis sebelum dia berlalu pergi.

•°•°•°•°•°•°•

Yunho, Yeosang dan Mingi sibuk menyiapkan kerja tugasan mereka dalam kelas. Sesekali Mingi akan bertanya pada Yunho mana-mana yang dia tidak faham.

Yeosang pula dari tadi melihat jam tangannya. Dia hairan kerana susuk tubuh Wooyoung belum muncul lagi di kelas.

“Yunho, kau ada beritahu Wooyoung tak yang aku suruh dia datang sini untuk siapkan kerja kita?” tanya Yeosang. Pensil di tangannya bermain seketika.

“Dah. Tapi aku tak tahu dia pergi mana. Dia kata dia keluar kejap,” jawab Yunho.

“Cuba kau telefon dia. Mana tahu dia angkat,” cadang Mingi pula.

Yunho akur. Lantas dia mendail nombor Wooyoung lalu buat panggilan.

Namun, mereka bertiga terdengar telefon milik Wooyoung itu berdering di dalam beg sekolahnya. Dia tidak bawa telefonnya bersama.

“Tak apa lah. Lagipun tugas Wooyoung cuma bentang jer kan?” kata Yunho. Mingi mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Tapi kita ada ubah sikit kerja kita ni. Tak apa ke?” soal Mingi pula. Pantas Yeosang menjawab.

“Tak apa. Wooyoung kan pandai. Tahu-tahulah dia nanti macam mana nak bentang tu.”

Yunho dan Mingi sekadar mengangguk sahaja. Ketika mereka bertiga sibuk membuat kerja, telefon Yeosang tiba-tiba berdering.

Yeosang segera keluar dari kelas lalu menjawab panggilan tersebut.

“Jongho? Kenapa call hyung ni?” tanya Yeosang lembut pada adik angkatnya, Choi Jongho.

Hyung bila nak balik? Appa dah marah tu,” jawab Jongho dalam panggilan tersebut. Yeosang melepaskan keluhan berat.

“Bagitahu appa yang hyung kena siapkan kerja sekolah dengan kawan petang ni. Hyung tak lepak kat mana-mana hari ni,” pinta Yeosang.

Nae hyung. Jangan balik lewat sangat. Bosan aku nanti,” kata Jongho dengan manja. Yeosang tertawa sedikit.

“Okey. Hyung nak end call ni.”

Nae! Annyeong hyung!

Selepas sahaja menamatkan panggilan, Yeosang kembali masuk ke kelas lalu menyambung kerjanya yang sudah terhenti tadi.

“Yeosang-ah, boleh aku kata something sikit kat kau?” Yeosang memandang ke arah Yunho yang meminta izin dengannya itu.

“Apa?” tanyanya ringkas.

“Aku rindu kau yang dulu.”

Yeosang terdiam selepas sahaja Yunho kata begitu padanya tadi. Mingi yang mendengar itu berasa pelik. Dia tidak faham.

“Mengarutlah kau,” balas Yeosang dingin lalu kembali buat kerjanya semula.

Yunho tersenyum kelat. Walaupun Yeosang membalas dengan dingin tadi, namun dia cuba untuk menyedapkan hatinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro