➜마음 33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

“Berani kamu meniru ya? Kamu ingat kamu boleh terlepas macam tu jer?”

“Kau jangan datang dekat boleh tak? Sejak bila aku berkawan dengan si penipu macam kau!”

“Dah lah lembab! Lepas tu meniru! Tak tahu malu.”

“Eii tengoklah dia tu.”

“Mungkin dia cuma nak sama kelas dengan kawan dia kot sebab tu lah dia meniru!”

“Malu appa dengan omma ada anak macam kamu...”

Entah mengapa kisah hitam tahun lepas itu masih segar di ingatannya. Yeosang sedaya upaya cuba untuk melenyapkan kisah hitam tersebut dari mindanya.

“Aku bencilah! Aku dituduh bukannya meniru! Kenapa susah sangat nak percaya?”

Yeosang menangis semahu-mahunya di dalam bilik. Dia tidak tahu mengapa setiap kali orang menyebut perkataan 'tipu', dia akan terus teringat dengan kisah hitamnya.

Sudahlah dia dituduh, selepas itu dia dikhianati oleh kawan baik sendiri. Malah, keluarganya juga tidak memberikan kepercayaan kepadanya lagi.

“Kau tunggu... Tiba masa sesuai aku akan tuntut semula bayaran aku dari kau...”

Ujar Yeosang perlahan sambil tersenyum sinis. Lalu dia ketawa berdekah seperti orang gila.

Dia sudah merancang untuk membalas dendam pada Wooyoung setelah apa yang pernah dia lakukan dulu.

•°•°•°•°•°•°•

Wooyoung merebahkan dirinya di atas katil yang empuk. Penat rasanya setelah lama dia belajar tadi.

Malam nanti pun ada kelas juga. Terbatal niatnya untuk tidur seketika. Risau sekiranya dia terlebih tidur. Tidak fasal-fasal dia kena marah dengan Puan Jung.

Hyung, omma suruh makan sekarang...”

Panggil Kyungmin dari luar pintu biliknya. Wooyoung akur lalu membuka pintu.

Nae. Kyung dah makan ke belum?” tanya Wooyoung lembut kepada adiknya.

Kyungmin membalas dengan gelengan kepala. Wooyoung tersenyum. Comel jer bila tengok balasan Kyungmin tadi.

Kajja makan. Kyung mesti lapar,” Wooyoung mengajak Kyungmin untuk makan bersama dengannya.

Tiba sahaja di dapur, kelihatan semua ahli keluarganya sudah lama berada di situ. Lalu Seonghwa mempelawa mereka berdua untuk duduk bersama.

“Wooyoung,” panggil Puan Jung. Dia terus memandang.

Nae?”

“Malam ni kamu tak ada kelas tuisyen sebab cikgu kamu sakit. Kamu boleh belajar sendiri kan?”

Tidak tahu mengapa selepas sahaja Wooyoung mendengar bahawa kelas malam tiada, hatinya sudah berbunga.

Gembira sangat rasanya bahawa hari ini tiada kelas. Akhirnya dapatlah dia rehat sepenuhnya!

“Woo okey jer,” jawab Wooyoung cuba untuk menyembunyikan perasaan yang gembira.

Seonghwa dan Kyungmin yang mendengar itu mula berasa sedikit cemburu. Mereka juga mahu kelas malam tiada.

“Hwa dan Kyung, cepat makan! Lepas ni terus berkemas,” kata Puan Jung tegas membuatkan mereka berdua tersentak sedikit.

N-nae...” balas mereka berdua perlahan.

Wooyoung mula berasa simpati dengan abang dan adiknya. Lalu dia terus bersuara pada Puan Jung.

Omma, boleh tak kalau Hwa hyung dan Kyung tak pergi kelas malam ni?”

Puan Jung terkejut dengan permintaan Wooyoung tadi. Begitu juga dengan Seonghwa dan Kyungmin.

“Apa kamu merepek ni, Wooyoung?” soalnya sedikit kehairanan.

Omma kena faham yang Hwa hyung dan Kyung penat sebenarnya hari ni. Dari tadi belajar, langsung tak sempat untuk rehat. Woo ingat kalau bagi diorang rehat malam ni, diorang dapat belajar dengan fokus macam biasa.”

Puan Jung terdiam seketika selepas sahaja Wooyoung memberikan keterangan tadi.

Dia tidak tahu mengapa kata-kata Wooyoung tadi masuk akal baginya. Mungkin dia patut berikan masa untuk anak-anaknya berehat seketika.

“Okey. Jadi malam ni kamu tak perlu belajar. Kamu bertiga rehat jer tapi esok, macam biasa!”

Wooyoung tersenyum lebar selepas mendengar jawapan dari Puan Jung. Gembira hatinya kerana kali ini Puan Jung tidak menolak permintaannya.

“Okey!”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro