➜마음 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Yeosang bermain telefon seorang diri di dalam kelas. Entah mengapa dia berasa sakit hati sangat dengan Wooyoung selepas dia dituduh kotorkan lokernya.

“Aku tak tahu apa-apa terus dituduh! Teruk betul dia...” cebiknya geram.

Mingi yang baru sahaja tiba di dalam kelas itu terus menghampiri Yeosang. Dia perasan bahawa riak wajah Yeosang masam mencuka.

Mesti ada benda berlaku ni... Mingi segera mengambil kerusi lalu duduk di hadapan Yeosang.

“Kenapa muka macam tu?” tanya Mingi ingin tahu. Yeosang tidak membalas. Matanya masih lagi tertumpu pada skrin telefon.

“Tak baik tahu abaikan soalan aku,” sakat Mingi. Yeosang mendengus geram.

“Kau nak apa dari aku?” soalnya kasar. Dia memandang tajam ke arah Mingi.

Riak wajah Yeosang juga menunjukkan bahawa sekarang dia tiada mood. Mingi tersenyum nakal.

“Aku nak tunjukkan sesuatu ni. Aku yakin kau mesti suka sangat,” kata Mingi lalu terus memberikan telefonnya kepada Yeosang.

Dia mengambil lalu melihat gambar yang ditunjuk oleh Mingi tadi. Matanya terbeliak melihat gambar tersebut.

Dia terkejut melihat gambar itu sama seperti yang dia lihat Wooyoung bersama San dua hari lepas.

Bezanya dalam gambar itu tiada Cikgu Kim. Namun, pakaian yang dipakai oleh Wooyoung hari itu adalag sama.

“Kau tengok. Dia bukan main rapat dengan San,” kata Mingi. Yeosang terkaku.

“Dah tu yang kau tunjuk gambar diorang ni kat aku dah kenapa?” soalnya ingin tahu.

“Kau masih tak faham ke? Kau dulu kawan dengan Wooyoung tapi dia putuskan persahabatan dengan kau sebab kau dituduh meniru. Sedangkan San yang selalu buat hal kat sekolah dia bukan main rapat dengan San.”

“Dan, aku dengar juga yang diorang selalu nampak Wooyoung lepak kat satu bilik dengan San waktu petang. Kau tak rasa ke ni tak adil? Kau yang dulu baik dan lembut dengan semua orang tapi Wooyoung buat kau macam ni.”

Yeosang termati kata selepas sahaja mendengar penjelasan Mingi tadi. Apa yang diberitahu dia itu semuanya betul.

Hatinya mula terasa sakit. Sakit sangat kerana dianiaya sebegini! Baginya ini memang tidak adil!

“Heh! Thanks untuk ni, Mingi. Kau buat aku makin gila sekarang ni,” balas Yeosang sambil tersenyum seperti orang gila.

Kini, tiba giliran dia pula untuk membalas semula selepas apa Wooyoung buat padanya sekarang.

Mingi pula sekadar melihat sahaja. Dia tahu Yeosang sedang sakit hati dengan semua ini. Tetapi, dia tidak tahu mengapa dia suka lihat Yeosang tertawa seperti orang gila.

“Sama-sama, Yeo. Kau boleh balas balik apa yang budak skema tu buat kat kau.”

Balas Mingi umpama menghasut Yeosang. Satu senyuman sinis terukir di bibirnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro