➜마음 40

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Wooyoung segera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Cikgu Ju sudah mundar-mandir di hadapan wad kecemasan. Kebetulan Cikgu Kim dan San juga turut ada bersama itu lantas menenangkan dia.

"Sabar cikgu. Wooyoung pasti akan baik," kata Cikgu Kim tenang.

"Tapi... Dia tiba-tiba pengsan dalam kelas tadi! Saya takut kalau Wooyoung ada sakit apa-apa."

Balas Cikgu Ju cemas. Cikgu Kim mengeluh kecil. San pula sekadar mendiamkan dirinya.

"Dah beritahu pada keluarga Wooyoung?" soal Cikgu Kim.

"Dah. Tapi mereka kata mereka akan datang selepas selesai kerja nanti."

Jawapan Cikgu Ju tadi mengejutkan mereka berdua. Bagaimana seorang ibu boleh mementingkan kerja berbanding anak mereka sendiri?

Ini tidak patut... San juga tahu bahawa Wooyoung menoreh kedua-dua pergelangan tangan dia. Dia terfikir bahawa kemungkinan besar Wooyoung cuba untuk membunuh diri.

Tidak lama selepas itu, seorang doktor lelaki keluar dari wad kecemasan. Pantas mereka bertiga mendekati doktor itu.

"Doktor, bagaimana dengan keadaan Wooyoung?" soal Cikgu Ju.

"Keadaan Wooyoung sekarang tidak berapa stabil. Oksigen pada kepalanya tidak teratur menyebabkan dia koma selama beberapa hari."

Jantung San seolah-olah terhenti berdegup selepas sahaja mendengar balasan dari doktor tadi. Begitu juga dengan Cikgu Kim dan Cikgu Ju.

Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Wooyoung sudah menderita kerana tidak mempunyai pendirian sendiri. Dia bernekad untuk menyelamatkan Wooyoung daripada seksaan ini.

•°•°•°•°•°•°•

Pagi esok, kelas 5-1 kecoh selepas mereka mendapat tahu bahawa keadaan Wooyoung tidak stabil di hospital.

"Seriuslah Wooyoung koma lepas dia pengsan tu?"

"Haah! Cikgu Ju kata oksigen kat badan dia tak stabil. Itulah sebabnya."

"Kasihan dia..."

Yunho sekadar mendengar sahaja perbualan rakan sekelasnya itu. Dia tidak tahu mengapa selepas sahaja dia tahu keadaan Wooyoung, dia terbisu.

"Nampaknya kawan kau tu kena masuk hospital. Kau tak risau ke?" soal Mingi yang berada di hadapannya.

Yunho mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mingi hairan.

"Pelik betul kau. Kalau aku kat tempat kau, memang aku rasa macam dah nak menangis. Sebab risau dengan kawan sendiri," tambah Mingi lagi membuatkan Yunho terdiam seketika. Dia tidak tahu untuk membalas apa.

Yunho berjalan keluar dari kelas untuk menenangkan fikirannya. Niat dia untuk mendengar lagu terbatal selepas sahaja dia terdengar suara seseorang yang tidak jauh darinya.

"Pandai kau berlakon, Yunho."

Lantas dia menoleh ke arah pemilik suara tadi. Kelihatan San sedang berjalan menghampirinya dengan pandangan tajam.

"Apa kau cakap ni?" soal Yunho pelik. Dia tidak faham apa yang San kata tadi.

"Kau jangan buat tak tahu boleh tak? Aku tahu segala-galanya. Kau yang dalang semua ni," kata San lagi sinis.

Dadanya menurun naik menahan geram. Dia tidak menyangka bahawa orang yang disangka baik selama ini sebenarnya adalah dalang disebalik kes Wooyoung.

Satu senyuman senget terukir di bibirnya. Dia menyimpan semula telefon dia dalam kocek baju lalu berpaling ke arah San.

"Ya. Aku punca Wooyoung dengan Yeosang jadi macam tu."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro