➜마음 51 *finale*

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•°•

Wooyoung sudah boleh keluar dari hospital setelah badannya sihat semula. Sejak hari itu, Wooyoung mula merasakan sesuatu yang besar berlaku pada keluarganya.

Puan Jung tidak lagi garang seperti dulu. Kini, dia banyak meluangkan masa bersama Wooyoung dan adik-beradiknya.

Di sekolah, Yunho yang dulu dianggapnya sebagai kawan rapat kini tidak lagi. Yunho sudah mula menjauhkan diri daripada Wooyoung.

Malah, semua warga sekolah juga tahu bahawa dia dan San berkawan baik. Walaupun agak mengejutkan tetapi mereka berpura-pura seperti tahu sahaja.

Kini, seorang lagi yang Wooyoung belum berjumpa.

Iaitu Yeosang.

Dia tahu Yeosang masih lagi digantung sekolah. Dia mahu berjumpa dengan Yeosang dan meminta maaf kepadanya.

Pada waktu petang, Wooyoung berjalan-jalan di kawasan taman bersama San untuk merehatkan minda. Puan Jung juga sudah boleh menerima San sepenuhnya.

Mereka berjalan dia kawasan taman yang berdekatan dengan taman skateboard. Wooyoung melilau melihat di sekelilingnya.

Kemudian, anak matanya mula tertangkap pada susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya itu. Dia berlari menarik San lalu menghampiri orang itu.

“Yeosang-ah!”

Tegur Wooyoung. Yeosang yang sedang aman duduk itu terkejut melihat Wooyoung dan San berada di belakang dia.

“Korang?” soal Yeosang terkejut.

“Rupanya kau kat sini. Kau mesti nak hilangkan stress kau kan?” teka Wooyoung. Yeosang sekadar mengangguk kecil.

Sungguh dalam hatinya masih lagi terkejut. Wooyoung menegur dia? Dia menyangka bahawa Wooyoung tidak mahu melihat wajahnya lagi.

“Ke-kenapa kau tegur aku? Bukan kau benci kat aku ke?” tanya Yeosang tergagap. Wooyoung tersenyum nipis.

“Mengarutlah! Aku memang pernah benci kat kau. Tapi lepas aku dengar cerita San, aku rasa bersalah kat kau.”

Kata Wooyoung membuatkan Yeosang terdiam seketika. Dia tidak tahu untuk membalas apa.

Baru sahaja dia mahu mengambil skateboard dia, Wooyoung memeluk dia dengan erat. Yeosang terkaku.

“Aku minta maaf... Mianhae sebab selalu bersangka buruk dengan kau. Aku memang teruk...” ucap Wooyoung berkali-kali.

Yeosang membalas pelukan Wooyoung. Dia berasa sebak tetapi dia cuba sedaya upaya untuk tidak menangis.

Gwenchana. Aku pun nak minta maaf sebab selalu sakitkan hati kau dulu,” balas Yeosang perlahan.

Pelukkan mereka mula terlerai. Wooyoung dan San terkejut melihat wajah Yeosang sudah merah dan matanya mula berkaca.

“Halah kenapa kau ni? Janganlah nangis!” sakat San dan pada yang sama cuba untuk menenangkan Yeosang.

“Wooyoung tu buat aku menangis ish!” balas Yeosang sambil memuncungkan bibir. Mereka bertiga mula tertawa.

Kemudian, Wooyoung mengajak Yeosang untuk berjalan-jalan bersama San. Sejak hari itu, mereka mula rapat semula seperti dulu.

Walaupun San masih tidak jumpa apa matlamat hidup Wooyoung, tetapi dia bersyukur kerana kehidupan Wooyoung sudah berubah daripada gelap menjadi cerah.

Benar kata orang. Walau bijak sekalipun, orang tidak akan pandang kepandaian melainkan hati mereka sendiri.

Sama ada hati mereka itu mempunyai akhlak mahupun tiada, itulah yang akan dipandang oleh masyarakat.

-The End-


Alhamdulillah... Habis juga fanfic MIND ni

Akhirnya saya boleh menangis sepuas-puasnya sekarang hisk *peluk hehetmon*

Saya harap cerita ni dapat berikan pengajaran kat kamu semua. Walaupun dalam cerita ni ada merapu sedikit AHAHAHAH

So far ni okey ke dia punya ending and jalan cerita? Please bagitahu...

Thank you so much because baca fanfic ni!

Saya tak sangka fanfic ni panjang juga chapter ni! Sampai 50+ AHAHAHAHA

Kepada sesiapa yang support, komen, baca, vote fanfic ni, saya cuma nak cakap yang...

I LOVE YOU MY READERS 💖💖✨✨

Sekian itu sahaja dari saya. Tunggu pada new fanfic yang akan datang yaa 💖

-syi-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro