27

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mr Sexy | JJK

Bab 27
---

"Shin Jae Hee?"

Lamunanku terhenti ketika suara Jeon Jungkook singgah semula di telingaku.

"Teruk dia kerjakan kau. Aku minta maaf kerana lambat muncul. M-maafkan aku Jae Hee."

Tangan kanannya diletakkan di leher aku yang berbalut. Tanpa bertanya, jari-jemari Jungkook membuka balutan luka tersebut.

Aku cepat-cepat menahan pergerakan tangannya daripada terus mara. Jungkook membalas reaksi aku dengan gelakan halus.

Wajahnya semakin rapat ke arah leherku.

"Kau jangan risau. Aku nak cepatkan proses penyembuhan luka kau. Izinkan aku ya?"pinta Jungkook sambil matanya memandang tepat ke dalam anak mata aku.

Pada awalnya, aku agak kurang yakin dengan tawaran Jungkook. Memandangkan lukaku yang kelihatan sedikit melarat, mahu atau tidak, aku iyakan sahaja tawaran yang diberikan oleh Jeon Jungkook.

"Teruskan. Saya letak kepercayaan saya kepada awak."

---

Jungkook tersenyum lega apabila Jae Hee memberi kata putus positif kepadanya.

Luka Jae Hee yang masih basah dengan darah segar menjamu pandangan matanya.

Begitu sakit hatinya pada saat itu akibat keadaan Jae Hee yang terseksa teruk.

Semuanya gara-gara Jungkook kasanova. Sisi berbeza yang amat dibencinya.

Jungkook menyembamkan wajahnya di leher milik Jae Hee. Bau darah segar menjentik deria hidungnya menjadi lebih aktif.

"T-terima kasih Jae Hee. Kau buat aku kenyang malam ini. Kau sembuh. Aku gembira, sayang."

Jae Hee memaut erat leher Jeon Jungkook. Nafasnya menderu laju tatkala kesakitan di lehernya semakin berlipat ganda kesakitannya.

Wanita itu sendiri dapat rasakan permukaan lehernya sudah kering tanpa darah. Luka-luka torehan pisau mulai menghilang.

Jungkook, si Mr Sexy berpegang kepada janji.

Tetapi, hatinya masih didesak satu perasaan curiga terhadap Jungkook vampire ini.

"J-jungkook?"tegurnya ringkas.

Jungkook mengangkat muka sebentar untuk memandang wajah wanita kesayangannya itu.

Cahaya bulan seolah menerangi segenap ruang bilik yang gelap tanpa sebarang lampu itu.

Bunyi nafas Jungkook kedengaran kasar. Bibirnya bertaut sebentar di atas bibir Jae Hee sebelum wajahnya didekatkan semula ke leher Jae Hee.

"Sekejap lagi aku berhenti. Aku tak puas lagi Jae Hee. Darah kau buat aku ketagih. Sayangnya dia tak dapat apa yang aku dapat sekarang ini. Aku suka."

Keningku berkerut. Sukar bagi aku untuk memproses kata-kata yang diluahkan oleh Jungkook sendiri.

Perasaan curiga membuatkan aku makin takut.

Jungkook kasanova dan Jungkook vampire.

Dua-dua bukannya senaif yang disangka dan Jae Hee perlu berhati-hati.

-TBC-

A/N:

Bab seterusnya korang dapatlah jawapan.

Sekarang,

Anda team

Jungkook kasanova

@
Jungkook Mr Sexy ?

---

Buat pilihan dengan tepat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro