8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mr Sexy | JJK

Bab 8
------

Ketakutan semakin memuncak. Kalau aku lari, kemungkinan aku akan berada dalam bahaya.

Mahu atau tidak, aku menoleh ke arah lelaki itu dengan hati yang berdebar-debar.

Gaya penampilan Jungkook pada waktu itu sangat menggoda. Aura jahat jelas terpampang di raut wajahnya yang kacak itu.

Aku dapat rasakan dia bukannya Jeon Jungkook yang sama seperti yang aku hadap pada pagi tadi.

Semakin aku berundur, dia mengambil langkah ke hadapan.

Langkahku yang perlahan menyebabkan aku berjaya ditangkap olehnya.

Perangainya yang agak ganjil membuatkan aku hampir sahaja menjerit pada saat itu.

Nanti diterkamnya aku, sia-sia sahaja nyawaku melayang malam ini.

Jari Jungkook merayap di sekitar leherku. Wajah lelaki aneh ini dengan bahayanya mendekati leherku.

"A-apa semua ni? Silap makan ubat ke  Jeon Jungkook? L-lepaskan saya!"protes aku dengan nada lantang.

Hidungnya dibenamkan ke leher aku tanpa sebarang amaran.

Telapak tangannya pula menekup mulut aku daripada berbuat bising.

"Kau diam. Bagi aku menjamu selera hidangan fresh malam ini. Bukan selalu boleh dapat."ujar Jungkook bersama iringan nada sinis.

Kesunyian malam itu setelah itu mula bingit dengan jeritan yang keluar dari bibir aku.

Sakitnya terasa amat pedih. Aku mula menyesal kerana aku sendiri merelakan diri untuk masuk ke dalam perangkap Jeon Jungkook.

Siapa jangka dia bukan manusia?

Dia vampire yang bertopengkan watak lelaki kasanova.

Aku sudah terbayangkan mangsa-mangsa yang  tersungkur ke dalam perangkap Jeon Jungkook.

Persoalannya, mampukah aku membalas dendam dan keluar dari rumah ini dalam keadaan masih hidup atau tidak?

🍟
A/N:

Harap readers boleh faham jalan cerita yang aneh ini.

Hahahahahahaha.

Jangan seru nama Jungkook.

Nanti dia datang keringkan darah dalam badan korang.

Eh.

💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro