07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[AUTHOR P.O.V]

Lapan bulan telah berlalu. Hani masih lagi terlantar di katil hospital tidak sedarkan diri. Keluarganya selalu berulang alik dari rumah ke hospital.

Ibu hani selalu menangis,teringat memori lama bersama anaknya itu. Sekarang tiada lagi suara hani,usikan hani, tiada siapa yang mahu berbual dengannya ketika sedih. Dulu semuanya hani, sekarang tidak lagi.

"hani bangunlah sayang,ibu rindu suara kamu. Hani tak sayang ibukah hani? Hani bangun lah..." sayu saja suara ibu hani mengujarkan satu satu perkataaan itu.

"sudahlah tu,mari balik. Dah petang ni,esok pula kita datang." pujuk ayah agar ibu balik sekali. Sudah dari semalam ibu berjaga. Dia mahu menjadi orang pertama melihat hani sedar.

Baru sahaja ibu hani mahu bangun dari kerusi,kelihatan jari telunjuk hani bergerak sedikit. Cepat ibunya mengusap kepala hani sambil menangis.

Sedikit demi sedikit kelopak mata hani terbuka. Ayah yang sedang mengemas tempat dia makan tadi terus keluar memanggil doktor.

Doktor luth meminta agar ibu bapa hani keluar dahulu sementara dia mahu memeriksa keadaan hani.

Selepas 10 minit hani diperiksa, ibu bapanya dipanggil ke bilik dc.luth.

Kerusi ditarik sedikit dan ibu bapa hani melabuhkan punggungnya di kerusi itu.

"ada apa doktor?macam mana dengan anak saya?"

"Alhamdulillah hani dah sedar sepenuhnya, keadaan dia sekarang pun sudah stabil. Mungkin dalam dua tiga hari dia sudah boleh keluar." terang dc.luth dengar muka yang sangat gembira.

"Alhamdulillah,jadi doktor pasal buah pinggang dia macam mana?saya tak mahu dia sakit, kalau boleh lakukan pembedahan?" tanya ibu hani risau jikalau anaknya menanggung kesakitan yang perit.

"pasal tu saya akan bagi ubat sahaja. Kami tidak boleh melakukan pembedahan dengan usia pesakit yang masih muda,kami tidak mahu mengambil risiko. Selepas pembedahan mungkin akan terkesan di mana mana tempat organ dalaman,jadi kami tak akan lakukan pembedahan. Lagipun dia masih di peringkat pertama, jadi kalau kami berikan ubat mungkin sel kenser itu akan surut sedikit demi sedikit."terang dc.luth panjang lebar.

"baiklah kalau macam itu,terima kasih doktor." ujar ibu hani sambil tersenyum.

Mereka keluat dari bilik dc.luth dan menuju ke wad di mana anaknya berada.


Skip


Hani sudah pun keluar dari hospital,keadaannya sudah stabil. Cuma pergerakannya masih lemah disebabkan koma yang lama sehingga dia lama tidak bergerak.

[HANI P.O.V]

Kepala aku..pening sangat. Ibu kata aku sakit,tapi...dia tak bagitahu sakit apa.

Hari hari aku kena makan ubat. Bukan sebiji,bukan dua biji,tapi empat biji sehari. Aku sakit apa sebenarnya?takkan lepas koma kena makan ubat banyak macam ni.






Tbc


Maaf yaa author memang sengaja tak bagi tahu nama ibu bapa hani hahahha. Okay ii boring betul cerita ni. Tah bila hani nak jadi saiko en😖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro