19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sepanjang perjalanan hanah asyik mengerang kesakitan. Bob mengikut hani ke bilik bawah tanah. Dia memandang hanah yang menggelupur semasa diheret itu lalu ketawa.

Sesampai saja di bilik itu, hani memberikan isyarat kepada dua orang konconya yang menjaga di luar bilik itu untuk membuka pintu.

Hani dan bob masuk ke dalam bilik itu serta hanah yang diheret itu ditolak jatuh ke lantai bilik.

Hanah mengangkat wajahnya memandang sekeliling bilik

"amar?!" kelihatan alex dan chen yang berada di kiri dan kanan amar, polis yang mememani hanah datang ke sini. Dia diikat disebuah kerusi, matanya ditutup dengan kain. Hanah yang dipegang erat oleh dua orang konco hani itu terkejut beruk.

"han-hanah!!!"jerit amar. Hani mengarahkan chen untuk membuka kain yang menutupi mata amar.

"lah... Amar rupanya, ingatkan lepas kena tembak dah tak berani nak datang" hani menghampiri amar dan mengetuk bahu kiri amar menggunakan pistol yang dipegangganya dengan kuat.

"arghhh sakit bodoh" amar mengerang kesakitan.

"lima bulan, still sakit lagi? Lembik." hani ketawa.

Amar, sebelum ini dia pernah datang ke banglo hani bersama seorang lagi kawannya juga anggota polis lelaki untuk menangkap hani. Tetapi malangnya ianya tidak berjaya. Hani sempat menikam anggota polis yang bersama amar itu akan tetapi,amar sempat melarikan diri. Sempat juga hani mahu menembak tepat ke dada amar tapi terlepas sasaran, terkena di bahu kiri amar.

"gila! Kau gila!" jerit amar. Hani mengacukan pistol di kepala amar.

"diam lah sial! Kau ni memang tak putus asa kan. Dah kena tembak dekat lengan haritu masih cuba nasib lagi? Ke kau nak kepala kau pulak yang kena tembak? BAMM!!" hani menjerit kuat membuatkan amar terkejut sambil menutup mata.

"hahaha jerit sikit dah takut, macam mana lah boleh jadi anggota polis ni kalau dengan penjenayah pun dah kecut?" hani ketawa kecil. Amar yang sedang menahan amarahnya itu, meludah muka hani.

"kurang ajar!" hani menampar kuat pipi kiri amar dan menembak kaki kanan lelaki itu, kemudian dia berlari ke tandas mencuci mukanya yang dikotori 'najis' itu.>_<
__

Hani tiba dihadapan pintu besi bilik penyeksaan itu dengan membawa sebilah kapak ditangan bersama sepucuk pistol di poket belakang.

Dia menendang pintu bilik itu, semua yang ada di dalam bilik terkejut.

"how does it feel after I shoot a second time? Good?" amar hanya diam menahan kesakitan.

"diam,diam,diam itu ajelah kau tahu. Hurmmmm ada kata kata terakhir untuk member kau ni sebelum aku penggal kepala kau?" hani memandang amar dengan senyuman sinisnya.

"ja-jangan jangan bunuh aku! Aku ada keluarga! Anak bini aku siapa nak tang-"

"hanah? Sebelum kawan kau mati! Ada apa apa nak cakap?"hani membelek belek kapak ditangannya.

"hani tolong! Jangan! A-aku janji akan tutup kes kau!" hanah merayu sambil menangis.

"wow! Polis yang berlagak hebat ni tunduk dekat aku? Hahahha kelakarlah kau ni? Mana kutip punch line? Cis, nak tipu pun agak agaklah!" kata hani mula menghayunkan kapaknya ke kepala amar. Sikit saja lagi nak kena leher amar

"NANTI!! Aku tak tipu! A-aku janji! Asalkan kau tak bunuh kami!" hani memberhentikan sebentar niatnya.

"baik... Aku nak kau call bos kau suruh tutup kes aku!" hanah mengangguk. Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya untuk mengambil telefon. Kemudian segera mencari nombor bosnya.

"hello inspektor hanah. Macam mana? Berjaya?"sarjan husin menjawab panggilan hanah.

"sa-sarjan! Saya rasa kita pa-patut tutup kes ni. Kita berhenti sajalah misi memberkas ketua gangster tu." kata hanah.

" dah kenapa pulak? Mana boleh macam itu! Dia dah lari ke? Kalau dah lari kita kena cari dia cepat"

"d-dia d-dah mati! Dia dah mati! Saya dan amar tak sempat nak selamatkan dia masa kami kejar dia tadi. Dia ja-jatuh gaung dengan konco konco dia. Kereta ferrari dia terbakar!" hanah cuba menipu.

"what?! Sekarang dekat hospital mana?! Saya datang sekarang! Kamu berdua okey saja kan?"

"ka-kami okey...saya rasa sarjan tak perlu lah lawat jenazah dia. Dia dah meninggal dah pun. Tak ada apa lagi kita boleh buat. Keluarga dia akan uruskan jenazah. Lagipun, keluarga dia tak benarkan orang yang mereka tidak kenali melawat jenazah.." kata hanah sayu.

"baiklah kalau macam gitu. Kirim salam takziah buat keluarga hani aqilah ya. Tapi...betul ke ni? Saya kena siasat betul betul ni. Ini bukan kes sembarangan!" kata sarjan mereka.

"betullah sarjan,takkan saya nak tipu. Dia dah mati depan mata saya sendiri." bohong hanah.

"iyalah. Saya akan batalkan kes hani,ketua gangster itu memandangkan dia sudah meninggal dunia." kata sarjan.

"baik sarjan." hanah mematikan panggilan.

"that's my gurll. Mudah betul orang tua tu percaya ye. Tak ada gaya polis langsung!" hani berjalan menuju ke arah amar yang masih menahan perit kakinya itu.

"sudah. Lepaskan kitorang! Aku dah tutup kes kau!" hanah meronta minta dilepaskan dari pegangan konco hani.

"tak semudah A.B.C---SPLASSHH" terpisah dua badan dan kepala amar selepas dipenggal oleh hani. Hanah jatuh terduduk. Hani yang melihat itu hanya ketawa.

"TAK GUNA!!KAU TIPU AKU!!" hanah menjerit sambil menangis.

"sshhhh diam sayang...kau kan kawan aku...kau nak kawan dengan aku tak?kita jadi...bff?" hani membelai rambut hanah lalu bergerak ke hujung penjuru bilik dan duduk menghala ke arah hanah.

"TAK! TAK ADA SIAPA NAK KAWAN DENGAN ENGKAU LAH PEMBUNUH! Kau tipu aku! Aku akan pastikan polis dapat tangkap kau! I swear! Kalau polis itu bukan aku! Tak apa...Tapi polis lain akan dapat tangkap kau! KAU MATI DEKAT TALI GANTU- BANGG!!"

Headshot!

Hani menjerit kemenangan

"banyak cakap lah perempuan ni. Kan dah kena. Sudahlah. Aku nak tidur, buang anjing anjing ni jauh jauh... Kalau orang jumpa! Nasib korang sama dengan perempuan tu FAHAM!"

"Fa-faham bos!" hani keluar dari bilik itu bersama senjatanya tadi dan menuju ke biliknya.
__

"hello ibu"

"ya hani, dah lewat ni kamu pergi mana?"

"hani tak balik harini, hani tidur rumah hani"

"boleh tak kamu bagi saja tahu ibu dekat mana rumah kamu tu? Kamu tinggal dengan siapa?"

"nanti nanti lah ibu, hani tinggal dengan maid hani la...okey lah ibu,hani nak tidur ni, ibu pergi tidur ya."

"iyalah,jaga diri, assalamualaikum"

"waalaikumsalam" hani mematikan panggilan dan menyambung mencuci kapaknya.

Dia membersihkan diri dan terus tidur.








Tbc

See? Sejahat jahat hani dia reti jawab salam tau🤧

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro