26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[HANI P.O.V ]

Aku memarkir keretaku di garaj rumah datukku. Kelihatan van jenazah sudah tiba di perkarangan rumah. Aku keluar dari kereta dan membetulkan kain baju kurungku

Aku menapak masuk kedalam rumah dan menuju kearah dimana ibuku berada.

"ibu, hani lambat ke? Minta maaf bu.." kataku.

"tak apalah...jenazah dah nak dibawa ke kubur...semua urusan sudah selesai. Kamu pergi tolong susun makanan dekat meja pengantin."arah ibu. Aku mengangguk lalu pergi membuat kerjaku.

"assalamualaikum! Hani" sapa seseorang mesra.

"waalaikumsalam" aku mendongak sedikit untuk memandang wajahnya.

"ahh izz...bella pun ada.."aku pura pura tersenyum manis.

"tak sangka kan, cepat sangat arwah pergi. Kejam betul pembunuh tu sampai muka pun jadi mangsa."

"haah..err polis tak jumpa lagi pembunuh tu?" soalku.

"tak..masa arwah ditemui pun takda satu pun cap jari dekat badan dia. Licik betul pembunuh tu."

"erm..aku nak masuk dalam kejap." aku berjalan laju masuk kedalam rumah.

"hani, bila sampai?tak perasan pun" tegur datuk.

"pukul 10 tadi...atuk nak pergi mana ni?" soalku mesra selepas melihat atuk yang sedang mengikat sampin birunya itu.

"nak pergi kubur kejap...tadi atuk pergi jenguk maktam kamu dekat dalam bilik tu..pergilah tengok pengantin, dia sorang je tu." dia memuncungkan bibir menunjuk kearah bilik pengantin perempuan berada. Aku mengangguk dan atuk pula melangkah keluar dari rumah untuk ke kubur.

Aku tersenyum sinis sebelum membuka pintu bilik itu.

"maktam.." panggilku mesra.

"eh hani" berseri sungguh wajah si pengantin.

"makteh baru je meninggal, maktam tetap nak langsungkan majlis?" aku duduk di atas katil bersebelahannya.

"yelah, kami dah lama tetapkan tarikh perkahwinan ini, persiapan pun sudah selesai..takkan nak tangguh pula. Keluarga belah lelaki pun dah sampai 2 hari lepas, kesian diorang lama lama." jawab maktam sambil membetulkan tudungnya.

"owh..kalau macamtu okeylah...err mesti harini hari paling bahagia maktamkan?"soalku sambil memandangnya.

"mestilah!"

"nak tak hani buat hari ni lebih bahagia?" dia memandang wajahku sambil berkerut kening.

"hani nak buat apa?" aku tersenyum sinis. Sarung tangan aku pakai, pisau dari dalam beg aku ambil.

Muka pengantin perempuan itu berubah riak wajah takut. Dia mula menjauhkah diri dariku.

"how about blood party?" aku merapati tubuhnya yang kian jauh dariku.

"ada kata kata terakhir untuk aku?"

" h-hani jang--UMPHH!" mulutnya aku tekup menggunakan tangan kiriku. Manakala tangan kananku yang masih memegang pisau, aku halakan ke dada wanita itu.

"kata kata terakhir yang sama. Bosan."

Aku menikam dada kirinya kemudian perutnya aku tikam berkali kali. Dia pengsan semasa tikaman ketiga. Tubuhnya aku lepaskan dan ianya jatuh ke atas lantai.

Pisau aku biarkan tercucuk diperut wanita itu. Sarung tangan aku buka dan simpan di dalam plastik yang ada di dalam beg tanganku. Aku mula duduk di lantai dan kepalanya aku letak di atas pehaku. Air mineral di dalam beg aku ambil dan tuang sedikit di atas tanganku, kemudian disapu di bawah mataku supaya tampak seperti aku menangis.

Riak wajah menangis aku terbitkan

"ibu!!!ayah!!"jeritku. Tak lama, pintu dibuka oleh ayah dan ibu dibelakangnya.

"macam mana boleh jadi macam ni hani!" soal ayah agak cemas. Ibu yang melihat tubuh maktam dipenuhi darah itu segera menelefon ambulans.

"t-tadi hiks a-ada orang l-lelaki...di-dia...tikam...maktam hiks..dia lari...hiks hiks..ikut tingkap tu" kataku sambil menangis seraya menunjuk kearah tingkap bilik yang terbuka luas itu.

Ayah segera mengangkat wanita itu dan dibawa ke luar rumah. Tidak sampai lima minit ambulans sampai dan memasukkan 'pengantin tak jadi' itu ke dalam perut ambulans.

Ambulans berlalu pergi dari perkarangan rumah, senyuman sinis mula terbentuk di bibirku.

Aku masuk ke dalam bilik tadi dan mengambil beg tanganku kemudian menaiki kereta bersama ayah dan yang lain untuk ke hospital.
__

"kami minta maaf, aisyah tidak dapat di selamatkan. Tikaman di dada kirinya yang dalam itu, menyebabkan terkena di bahagian jantung. Saya harap semua ahli keluarga dapat bersabar. Jenazah akan dihantar kerumah ahli keluarga sebentar lagi, saya..pergi dulu." doktor itu menarik katil yang ada mayat wanita itu pergi ke bilik forensik.

Semua ahli keluarga mula mengalirkan air mata. Kedua tanganku aku tekup ke muka dan berpura pura menangis.

"haritu....baru saja ateh pergi hiks..harini...tam pula..hiks" kata makcu yang berada disebelahku.

Aku mula tersenyum sinis. Kelakar sangat! Baru nak kahwin tapi tak jadi... So kesian lah you aisyah!









Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro