32

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[HANI P.O.V ]

Harini hari pertama aku di dalam penjara. Aku membelek belek baju khas untuk banduan yang sedang aku pakai. Okay je baju dia. Cuma penjara je bau busuk!

Seorang pegawai polis yang di tugaskan untuk menjaga sel panjara aku membuka kunci pagar besi itu.

"kamu ada pelawat" aku bangun dan terus tanganku di gari.

Dia membawaku ke satu bilik khas yang cuma ada sebuah meja dan kerusi. Aku duduk di atas kerusi itu. Pintu bilik itu dibuka oleh seseorang.

Sarjan husin, ketua bahagian penangkapan penjenayah.

Aku menjelingnya

"akhirnya... Gangster besar malaysia sudah pun di tangkap! How you felt on the first day in jail? Good?" soalnya. Aku hanya diam membisu.

"kau...tipu aku hidup hidup ek. Aku ingat betullah kau dah mati, rupanya kau paksa anggota aku dan kau bunuh mereka."

"memanglah tipu hidup hidup. Kalau aku tipu mati mati tak ke bodoh? Dah lah kau ni serabutlah" aku menyerabutkan rambutku.

"yelah yelah! Baru nak acah! Ish. Kau tunggu jelah tiga hari lagi, hari pembicaraan kes kau." dia keluar dari bilik itu.

Aku dibawa semula ke dalam sel penjara.

Skip

Dua hari berlalu, harini hari ketiga aku dekat sini. Polis sebelah ni kata nak bawa aku jumpa pelawat, entah siapa siapa nak lawat aku.

Entah entah izzham! Harap harap dia lah! Tak sabar nak jumpa kekasih hati.

Aku duduk di atas kerusi dan melihat wajah seorang wanita tua yang sedang menangis dihadapanku. Telefon diatas meja aku capai.

"ha-hani..." sayu saja suaranya.

"ibu..ibu tak payahlah datang sini. Ibu datang seorang ke? Bahayalah bu..ibu balik lah bu..hani okey je dekat sini..hani tak nak apa apa terjadi dekat ibu..hani sayang ibu.." aku menahan air mata dari jatuh ke pipi.

"k-kenapa hani...buat ma-macam ni sayang..." katanya sambil tersedu sedu menangis. Aku hanya menunduk, tak sanggup melihat wajah ibuku yang sedang menangis.

"hani...ingat, walau apa pun terjadi ibu tetap sayang anak bongsu ibu ini...hani makan cukup tak?" air mata masih mengalir laju di pipi ibu. Namun, suaranya cuba dibuat biasa.

Aku mengetap bibirku. Setitis demi setitis air mata mula jatuh membasahi pipi

"i-ib...ibu jangan la..me-menangis. H-hani okey je d-dekat sini..." makin laju air mataku mengalir.

" ibu sayang hani...ibu takkan tinggalkan hani sayang...jaga diri kamu dekat sini. Esok hari pembicaraan ibu datang lagi. Ayah tak bagi ibu lama lama.." ibu menekap telapak tangan kirinya di cermin yang memisahkan kami.

Automatik tangan kananku membuat perkara yang sama.

"jaga diri hani, ibu pergi dulu" dia meletakkan telefon ke tempat asalnya semula. Lambaian perpisahan darinya aku balas. Air mata aku kesat kasar. Aku tak boleh nangis! Aku akan pertahankan hak aku!

Skip

[AUTHOR P.O.V ]

Kini, tiba harinya kes pembicaraan hani akan berlangsung.

Sebuah kereta berwarna hitam berhenti di hadapan mahkamah. Seorang wanita berpakaian baju penjara, kaca mata hitam dan juga penutup mulut keluar dari kereta itu diiringi seorang anggota polis. Semua wartawan mula berkumpul dan mula merakam setiap gerak geri wanita itu.

Dia masuk ke dalam bilik pembicaraan.
__

" Hani Aqilah binti Mohd Ishak, awak telah dituduh menyalahgunakan wang untuk kegiatan haram, memeras ugut dan membunuh. Adakah awak mengaku sebagai dalang dalam kegiatan awak? " tanya hakim tersebut.

Hani hanya diam tidak berkata apa apa.

"saya bagi awak lagi satu peluang untuk membela diri. Adakah awak mengaku sebagai dalang dalam semua kegiatan ini awak?" hani masih lagi diam tidak bersuara. Hakim mula rasa berang dengan perbuatan hani itu.

"baik, dengan ini saya menjatuhkan-"

"semua orang dekat sini bodoh" semua mata memandang ke arah wanita tersebut yang baru saja bersuara.

Bilik itu menjadi sunyi sepi.

" dan aku bukannya dia yang kau cari"

"hani aqilah, apa maksud awak? " soal hakim.

Wanita itu membuka cermin matanya serta penutup mulutnya. Semua terkejut dengan situasi yang dialami ketika ini.

"Laila...apa kamu buat ni?!" sarjan husin mula bersuara saat melihat wajah wanita yang di sangkakan hani itu.

#Flashback

"c-cakap jelah kau nak apa?!" soal lailam

"boleh tolong aku?"

" aku tak bersubahat dengan penjenayah " laila mula bangun dari duduk.

"aku bayar kau RM 500,000. Ni RM 100,000 sebagai pendahuluan." hani meletakkan sampul surat yang tebal di atas meja. Laila kembali duduk lalu mengambil sampul surat itu.

"apa yang aku perlu tolong"

"gantikan tempat aku masa hari pembicaraan nanti"

" kenapa kau je tak pergi? Kau boleh bela diri kau kan?" berkerut kening laila.

"sebab masa tu aku dah bebas" kata hani.

"bebas? Siapa yang bebaskan kau?"
__

"aku rasa kau dah boleh teruskan plan sekarang, tak ada orang ni" kata sarjan husin sambil membuka kunci pagar penjara hani.

Seorang lelaki berpakaian hitam datang ke arah penjara tersebut dengan cepat. Dia menyapa hani

"bos! Bos okay tak? Makan cukup? Ada kawan tak? Ke ada orang buli bos? Sihat tak ni?" soal lelaki itu. Bob.

"diam! Cepat keluarkan aku dari tempat busuk ni" hani keluar dari situ bersama bob. Lants laila masuk ke dalam sel untuk menggantikan tempat hani.

"nah. Tamat saja pembicaraan baru set faham!" hani mengambil sebutir bom dari tangan bob lalu menghulurkan kepada husin.

#Endflashback

And yeah...semua yang dirancang hani, berjalan dengan lancar. Husin tu juga konco hani. Dia bekerja sebagai anggota polis hanya untuk membalas dendamnya terhadap polis yang pernah tertembak isterinya sehingga mati. Seorang demi seorang anggota polis dibunuh husin tanpa diketahui orang.

Segala rancangan hani, tidak dapat ditandingi orang lain.

"tak ada dalam sel! Dia dah lari!" kata seorang anggota polis yang mengetui pergerakan mereka.

"sarjan mana?" semua baru menyedari bahawa husin tiada di situ. Bila masa dia keluar pun tidak tahu.

Sebuah kereta putih berkilat berhenti jauh sedikit dari ibu pejabat polis. Seorang lelaki keluar dari kereta itu dan melangkah masuk ke dalam balai

Semua anggota polis menabik hormat kepadanya

"tuan. Tuan bukan ada kes di mahkamah?" seorang daripadanya bertanya.

"aku tertinggal barang." jawab husin. Dia menapak masuk ke dalam pejabatnya dan mengeluarkan sebutir bom dari dalam beg.

Di setkan masa pada bom itu.

"3 minit cukup" dia melekatkan bom itu di bawah mejanya kemudian berjalan keluar dari situ.

"check time..." katanya pada seorang pegawai polis yang menjaga kaunter pertanyaan itu lalu tersenyum sinis.

Dia berlari ke arah keretanya. Belum sempat sampai dia sampai

BOM!!!

Bom itu meletup. Dia tersenyum sinis lalu masuk ke dalam keretanya.

"itu balasan bunuh isteri aku dulu. Dia tak salah. Dia tak ambik dadah tu. Korang yang menuduh! Bodoh!" dia mula memandu menuju ke rumah banglo kedua hani.









Tbc

Dan aku menyedari bahawa cerita ni lari tajuk😑 hani tak saiko un ish.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro