ENDING

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[AUTHOR P.O.V ]

"dulu..aku sayang kau! Aku cintakan kau! Aku tanam rasa cinta aku dekat kau dalam sangat! Berharap kau akan membalasnya.

Tapi tidak, kau tolak.. Dan sekarang rasa tu semua aku dah lupuskan. Tak ada lagi cinta, sayang aku dekat kau hani" hampir air mata izzham menitis.

"tapi cinta boleh pu-"

"tak. AKU TAKKAN CINTAKAN KAU SEMULA!! KAU PEMBUNUH! KAU BUNUH ORANG YANG AKU SAYANG! TANPA SEBAB! KAU DENGAR TAK? TANPA SEBAB!!!" pipi hani ditampar olehnya buat kali kedua.

Hampir saja tamparan ketiga mendarat di pipi hani, alex menahan tangan izz.

"bro, jangan jadi dayus boleh tak!" izz menjeling alex dan merentap tangannya.

"ada sebab...kau..kau takkan faham.." air mata hani mengalir deras.

"APA YANG AKU TAKKAN FAHAMNYA?! AKU DAH HADAM LAH PERANGAI KAU HANI! DASAR PEM-"

"KAU JANGAN CAKAP AKU MACAM MACAM KALAU KAU SENDIRI TAK TAHU KISAH AKU!" pipi izz ditampar hani kuat.

"APA PERASAAN KAU BILA SAUDARA SENDIRI LAYAN KAU MACAM STRANGER? APA PERASAAN KAU BILA KENA KUTUK DENGAN KELUARGA SENDIRI? SAKIT HATI KAN?! SAKIT! sakit sangat..." izzham diam, cuba untuk menghadam setiap bait bait kata yang keluar dari mulut hani.

Air mata diseka kasar oleh hani.

"MASA AKU UMUR 13 TAHUN. AKU SELALU KENA EJEK! KENA MAKI! HINA! CACI! KUTUK!! bukan setakat kawan kawan je, malah family sendiri yang kutuk. Mereka kata aku gemuk, badan berisi, perut buncit, leher berlapis, pipi tembam! Diorang layan aku macam sampah izz...

KAU ADA RASA APA YANG AKU RASA?! TAK KAN? TAK... KAU TAK PERNAH LALUI JALAN HIDUP AKU...yang kau tahu menuduh.

Aku yang tahan rasa sakit hati, aku yang tahan kemarahan, aku yang tahan malu!

Kau lupa? Kau pun tak layan aku dulu..kau lupa ke izz? Kau sama macam diorang, layan aku macam sampah. Apa aku ni bukan darah daging korang ke? Haa? Izz jawablah!" hani menggoncang badan izz tetapi lelaki itu hanya diam dan menunduk.

"aku dah tak boleh tahan lagi! Aku pernah cuba untuk bunuh diri..tapi tak berjaya... Allah panjangkan umur aku. KENAPA?! KENAPA DIA TAK BAGI AKU MATI JE?!! AKU PENDOSA YANG HIDUP DI ATAS BUMI DIA. AKU LAYAK MATI JE..aku layak...

aku..aku berdendam dengan semua orang yang buat hati aku sakit.. Kau pun masuk dalam list aku..hah..tapi aku buang rasa dendam aku dekat kau lepas kau confess dekat aku haritu.. Semua sebab rasa cinta aku terhadap kau, mula muncul dalam diri aku.

Aku ingat bila aku pergi tenangkan fikiran haritu, kau tetap cintakan aku dan masih tunggu aku.. Tapi aku silap. Kau dah ada orang lain.. Bella. Orang yang juga aku benci. Dia rampas kau dari aku. Kau tahu? Dulu masa aku remaja, dia yang paling banyak kutuk aku, perli aku. Dia juga hasut kawan sekolah aku untuk tidak berkawan dengan aku. Sebab penampilan aku. Aku selekeh..dan gemuk. Tapi, ada sorang je yang sanggup berkawan dengan aku. Amir. Tapi dia dah mati. Bella yang bunuh dia.

Sekarang, aku dah ada kawan kawan yang setia... Tapi mak bella hancurkan kebahagiaan aku. Dia bunuh hara. Salah seorang kawan baik aku.

Kau mesti ingat keluarga kita tu baik sangat kan? Kau silap izz...makteh tu pembunuh. Dia bunuh ayah hara. Dia menagih cinta dekat ayah hara. Sampai sanggup membunuh.

Sama macam aku... Cinta aku, cinta mati. Cinta aku...kau." izzham menangis mendengar penjelasan yang sudah lama tersimpan rapi, dan kini dibongkarkan.

Alex di belakang hanya diam. Tak mahu masuk campur urusan keluarga hani, tetapi masih disitu kerana takut apa apa terjadi pada hani.

Dia sama...cinta dia, cinta mati.

"aku...simpan dendam aku 12 tahun... Selama 12 tahun itu, aku cuba perbaiki diri aku. Dulu aku yang bodoh, sekarang dah jadi doktor. Dulu aku yang hodoh, dah bertukar cantik kan?. Dulu aku yang dipandang rendah, kini disanjung. Aku yang dulu dihina seolah olah aku ni pelacur. Tapi sekarang dipuji macam aku ni malaikat.

Juga, selama 12 tahun aku tahan rasa sakit aku. Buah pinggang aku...aku taknak buat pembedahan. Biarkan kanser ni merebak. Aku yakin, sekarang ia sudah ditahap 4. Tak lama dah izz aku nak mati. Kanser aku, sakit yang boleh di ubati dan dirawat. Tapi sakit hati aku, tidak boleh diubat lagi, malah penawar pun tiada.

Hah..sekarang, dendam aku dah terbalas. Walaupun 3 hari aku terkurung dekat dalam penjara, tapi aku berjaya lepaskan diri dan balas dendam pada orang yang paling aku benci. Bella.

Tapi... Lepas ni aku dah tak boleh buat apa dah..nak hidup macam orang lain tak mungkin dapat. Aku diburu polis.
Nak hidup dengan kau, kau pulak tak cintakan aku. Dendam aku dekat mak kau pun tak terbalas lagi.

Jadi aku lepas dendam ni dekat kau jelah"

Bang!

hani menembak tepat ke dada izzham. Alex di belakang terkejut melihat tindakan hani itu.

Picu di tarik lagi, hani melepaskan beberapa das lagi tembakan pada badan izzham.

Badan lelaki itu sudah terkulai lemah.

Hani jatuh terduduk sambil menangis. Alex berlari ke arah hani dan memeluknya.

"bos! Polis serbu rumah ki-" tergantung ayat bob selepas melihat mayat lelaki di depan hani.

"lepaskan senjata! Kami polis!" terkejut semua kecuali hani yang masih menangis teresak esak.

Tangan bob dan alex digari. Begitu juga hani. Mereka dibawa ke tingkat bawah dan menuju ke kereta polis.

Sempat mereka berselisih dengan husin yang masih di luar kereta polis itu. Tanggannya juga digari.

Bob dan alex dibawa masuk ke dalam sebuah kereta manakala hani di dalam kereta yang berasingan.

Polis pemandu mula menekan pedal minyak dan berlalu dari kawasan rumah hani menuju ke balai polis.

Hani duduk di tengah tengah kerusi penumpang belakang. Di kiri dan kanannya adalah anggota polis. Mereka memandang keluar tingkap.

"korang pernah rasa sakit hati dan nak membunuh?" hani bersuara. Ke tiga tiga polis itu memandangnya.

"kenapa kamu ni?" soal salah seorang daripada mereka.

"kau orang pernah kena kutuk? Mesti sakit hati kan?

Ada simpan dendam?" hani menyoal lagi.

"tak elok simpan dendam ni. Takut nanti dendam itu memakan diri sendiri. Lebih baik memaafkan dari terus diselubungi rasa dendam." balas si polis pemandu.

"sudahlah. Cakap dekat mahkamah je nanti" kata polis di sebelah kirinya.

"tch. Tak mungkin tak ada rasa dendam. Aku sendiri pun simpan dendam aku. 12 tahun..

Dan aku

Akan kembali untuk membalas dendam aku yang tersisa. Dendam yang begitu lama aku simpan, takkan terkubur begitu sahaja"

Tamat...

"Mulut manusia menikam-nikam diri aku. Aku jadi manusia yang senang rasa give up bila manusia berkata. Sekarang aku jadi manusia yang pekak bisu percakapan. Malah, si pendendam"- HANI

"tak mudah untuk memaafkan, kau mula dulu. Kau kena akhirkannya. Tapi kau lembab. Jadi biar aku yang akhirinya. Bunuh. Itu jalan terbaik buat manusia celupar macam kau"- HANI









Ya aku tahu penamat yang tak gempak😑 ah ada aku kesah. Cerita aku suka hati aku lah wakakakakanda foreva🤧

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro