12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

On/Off

A/N:

Time skips untuk bab ini adalah beberapa bulan selepas peristiwa Ji Yoon kena racun. Tae menghilang dari radar. He will come back. Soon.

Komen dan votes for next updates. 💞

-----------------------

Rumah Agam Jeon

-6 bulan berlalu-

"Makan sampai comot. Isy, Yoon suka buat aku geram. Macam nak cubit je pipi tu."bebel Jungkook.

Sudu dan garfunya diletakkan di atas pinggan. Sudut hujung bibir Ji Yoon dikesat bersih. Sesaat pun dia enggan meninggalkan renungan matanya di wajah cantik wanita itu.

Melihat Ji Yoon sihat dan tersenyum gembira, hatinya cukup gembira walaupun dia sedar bukan mudah untuk meraih cinta Ji Yoon.

"Encik Park memang confirm balik rumah bulan depan... Are you sure, Ji Yoon?"

Dia menyoal. Dahinya berkerut mendengar penjelasan daripada Ji Yoon. Appa Ji Yoon yang munculkan diri setelah berbulan-bulan merantau di negara orang.

Sukar dia ingin melepaskan wanita itu. Fikir Ji Yoon. Teringat pula manusia ganas bernama Taehyung itu.

Hilang tanpa jejak. Sedangkan Jungkook sendiri sudah mengupah penyiasat terbaik, jejak Taehyung tidak dapat ditemui sehingga ke hari ini.

"Ya,saya bercakap benar. Jungkook,malam ini tepat pukul 12..ingat tau janji kita. Jumpa saya di tingkat atas."bisik Ji Yoon.

Telapak tangan wanita itu mendarat di belakang tangannya. Liurnya ditelan perit.

Jungkook melarikan tautan anak mata apabila dia sedar jantungnya bekerja lebih keras daripada biasa.

"Saya ada kejutan untuk sahabat baik saya. Only for you, Jeon Jungkook."

Ji Yoon mengangkat punggung dari kerusi. Dia senyum lebar lalu tubuhnya meninggalkan kawasan meja makan.

-------

"Jungkook, dalam kiraan tiga saat. Saya nak awak buka balutan mata dan jangan cakap sepatah apa pun. Pinky promise? "aku tergelak dalam bicara.

Ruang tingkat atas rumah agam itu disinari cahaya bulan. Aku perhatikan taburan bintang-bintang di langit sebelum fokus mataku dihalakan tepat ke wajah Jungkook semula.

"Tiga."aku lafaz tenang. Sulaman jemari aku dan dia bertaut erat. Dapat aku rasakan manik-manik peluh gelisah lelaki itu.

Enam bulan tinggal bersama. Aku tak mampu mengelak daripada terjatuh sayang terhadap lelaki itu.

Luarannya tampak kejam. Mirip sekali seperti Taehyung. Dalamannya dia seorang yang sensitif,penyayang dan sahabat yang baik.

"Dua."aku sambung berbicara. Sepotong kek bersama sebatang lilin yang dibenam ke dalam ditayangkan di hadapan wajah Jungkook.

Aku mengesot rapat sehingga lutut kami sama-sama bertemu.

"Satu.Open your eyes, Jeon Jungkook."

Jungkook membuka kelopak mata. Usai berbuat demikian, mulutnya melopong kecil. Kelopak matanya dikedip berulang kali seraya lilin ditiup lembut.

"Happy birthday Jeon Jungkook."

Aku menghembus nafas sedalam-dalamnya. Pinggan berisi potongan kek diletakkan di atas meja kecil. Wajah tenang Jungkook aku teliti dalam diam.

Aku berharap keputusan ini tidak salah. Moga segalanya baik-baik sahaja selepas ini.

"I love you, Jeon Jungkook."ujarku dalam satu helaan nafas.

Serius mimik muka Jungkook ketika aku menuturkan luahan rasa sayang tersebut.

Tepat tekaanku. Jungkook masih menyimpan dendam kesumat. Peratusan untuk dia menerima aku hanyalah angan-angan mat jenin sahaja.

"M-maafkan saya. Saya tak bermaksud nak paks-"aku segera menafikan kenyataanku. Risau hati bertambah luka akibat ditolak cinta.

Aku berura-ura ingin beredar daripada situ. Jungkook berdehem perlahan.

"Just stay, Park Ji Yoon."

Aku terduduk dengan kepala yang menunduk ke bawah. Perasaan malu menyebabkan aku sukar bertentang mata walaupun sesaat dua.

"I love you too."

Jungkook menolak daguku ke atas. Tatapan matanya bercahaya dengan aura kegembiraan.

"I love you very much, Ji Yoon."

Belakang tubuhku ditolak ke hadapan lalu Jungkook menghadiahkan ciuman pertama antara kami berdua.

Bersaksikan bulan dan bintang, bibir aku dan dia bergerak perlahan menikmati lamunan perasaan yang dipendam lama.

Deriaku menangkap bauan darah. Wajah Jungkook dijauhkan segera. Jemariku yang menggeletar cemas mengesat darah pekat yang mengalir dari lubang hidung Jungkook.

Entah, aku dapat rasakan semua ini berpunca daripada rancangan gila Taehyung.

"J-jungkook, darah banyak sangat ni. Jangan buat saya takut. Jebal!"

Gumpalan tisu diletakkan di atas telapak tanganku.

"Kau sayang aku kan? Tolong lap. Mungkin cuaca panas sangat kut."

Jungkook berkata santai. Dibiarkan pergerakan jemariku yang kalut membersihkan lubang hidungnya yang berdarah.

Kepalanya dilentokkan di atas bahuku. Telapak tanganku ditekap di atas permukaan dadanya.

"Apa-apapun yang terjadi, aku akan pastikan chagiya aku selamat."

Sebelah tanganku ditekap di atas dada sendiri. Lajunya degupan jantung itu. Sama dan mirip rentak denyutan seperti Jungkook.

"Janji awak takkan tinggalkan saya. Kita fight Tae. Together."

Jungkook diam membisu. Kucupan bibir basahnya terhenti di pipiku. Lantas, dagunya direhatkan di atas bahuku.

Pemandangan kota Seoul itu menjadi suasana peneman malam yang sunyi itu. Lengan kekarnya menarik tubuhku masuk ke dalam pelukan.

Kehangatan pelukannya mengingatkan aku kepada seseorang.

Taehyung, aku tahu kau muncul dalam masa terdekat.

I always ready to meet you back.

-tbc-

A/N:

Hero antagonis taetae muncul pada bab ke-13.

Bagi peluang untuk anak jeon confess. Lepas ni, kita selit taetae menyetan. Rindu 😂💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro