2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

On / Off

A/N:

100 komen for the next update. 😜

Thank you for the votes and comment. ❤

---------------


Aku terbuai seketika gara-gara tindakan comel Kim Taehyung. Setiap pergerakannya langsung tidak membosankan. Malah, aku semakin tertarik untuk mengetahui latar belakangnya dengan lebih mendalam.

"Tae, dengar cakap saya. Jadi budak yang baik. Promise me? "aku menyoal lalu jari kelingking kami berdua bertautan erat.

Lelaki itu berkelakuan baik setakat ini. Hanya suara garaunya jarang menampakkan bayang.

Aku cuba berfikiran positif. Ada kemungkinan lelaki itu masih belum menyesuaikan diri dalam persekitaran baharunya.

Struktur wajah kacaknya yang comot serta gaya rambut berwarna kelabu pudar tersebut tampak selekeh. Spontan jemariku mengelus permukaan atas rambutnya.

"T-terima kasih sudi terima taetae."

Taehyung menyembamkan mukanya di bahu kiriku. Bunyi helaan nafasnya menyapa hangat. Serentak dengan itu, aku mencapai lengan kekarnya.

"Ikut saya naik atas. Nanti saya tunjukkan bilik dan Taetae boleh bersihkan diri."ucapku ringkas.

Berbekalkan kudrat perempuanku, aku usung juga sahabat baruku ini. Usaha untuk membawa si dia ke bilik bukannya mudah.

Kau bayangkan seorang lelaki dewasa melekat dekat kau macam lintah. Adakah kau mampu heret dia masuk bilik?

Aku pasrah. Bibirku mengeluh perlahan sebelum langkah kaki aku dan dia bergerak masuk ke dalam bilik.

Misi menjinakkan sudah menampakkan perkembangan memberangsangkan. Kali ini, Taehyung perlukan sedikit pembersihan dan penjagaan rapi.

Orang dah kacak, buat apa nak busuk-busuk kan?

-------

Taehyung mempunyai rahsia gelap. Antara satu rahsia tersebut adalah dia begitu bencikan air.


Sebut pasal mandi, otaknya ligat memikirkan fobianya terhadap air.

"Taehyung, awak kena mandi dulu. Kalau busuk, camne nak kawan dengan Yoon?"

Pujukan suara lembut majikan barunya gagal melembutkan hati batu lelaki itu.

Deria pendengarannya yang super tajam menangkap bunyi pintu bilik air dikuak oleh Ji Yoon. Automatik dia mengesot rapat ke dinding.

Kepalanya digeleng ke kiri dan ke kanan menandakan protesnya ke atas proses membersihkan diri.

"T-tak. Aku tak nak mandi. Never."jerkah Taehyung seraya menekup wajahnya ke atas telapak tangan.

Lama-kelamaan bunyi rengusan kasar bertukar pula kepada bunyi tangisan kecil yang melolos keluar dari celah bibirnya.

"Saya akan gembira jika Taetae dah wangi."

Ayat berbaur menjerat itu berjaya melembutkan kedegilan Taehyung. Panahan anak mata coklat cair tersebut ralit menikam tajam ke arah Ji Yoon.

"T-tae mahu Yoon mandikan ya! Jangan tinggalkan Tae, please."rayunya bersulamkan nada manja dan posesif.

Seperti yang diajar oleh pemilik sebelum ini, jemari kasar Taehyung bergerak lincah menanggalkan butang-butang baju kemeja tersebut.

Dalam kadar beberapa saat, baju kemeja itu sudah bertaburan di atas lantai. Tanpa perasaan segan, Taehyung mahu mencabut seluar yang dipakainya. Namun, Ji Yoon sempat menghalang tindakan kurang senonoh lelaki itu.

Kalau dia baby, Ji Yoon mampu biarkan lagi. Badan pun dah serupa daddy, boleh putus nafas wanita ini ingin mengheret Taehyung ke bilik mandi.

"Taehyung, s-seluar nanti dalam bilik air baru tanggalkan. Faham?"ujarnya terketar-ketar.

Taehyung tersengih suka. Kepalanya disembamkan di belakang bahu tuan majikannya itu. Tubuhnya yang tidak berbaju menghimpit rapat ke belakang tubuh Park Ji Yoon.

"B-bersihkan Tae dengan penuh kasih sayang. Never leave me even one second, arasseo?"

Kepetahan Taehyung berkata-kata mengeraskan pergerakan lidah Ji Yoon. Telapak tangannya mengusap pergelangan tangan lelaki itu.

Kesan marah dan calar halus akibat dirantai terlalu lama menyentuh perasaan sensitifnya.

"Baiklah, Taetae. Saya berjanji."

Helaan nafas berbunyi berat. Bibir bawahnya digigit resah tatkala tubuh kecilnya masuk ke dalam pelukan hangat Kim Taehyung.

-tbc-

A/N:

Saya cuba beri update sehari sekali ya.

Bab-bab selepas ini, Taehyung akan tunjuk belang. Jadi, sediakan popcorn. Kita saksikan show terbaru.

Btw, Taehyung adalah manusia bukan robot. 😜

Jaga kesihatan, jaga diri. Maaf kerana lama menyepi. Kesihatan saya tak menentu. Baru sihat sedikit.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro