Bab 42❄💫

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

+Bgm- rosé officially missing you

🌼

"All I know is raindrops, falling on the rooftops.
Oh baby tell me why'd you have to go..
Cause this pain I feel it won't go away
And today..
I'm officially missing you..
Ohhh
Nobody do it like you
I said every little thing you do
Hey baby say it stays in my mind
And I..
I'm officially missing you.."

"Kau sengaja nak buat aku tambah broken kan?"

Terus melebar senyuman Yoora jadinya bila ditegur macam tu. Yalah, orang frust ni memang pantang kena sakat. Mulalah mood nak melayang bagai. Walhal bukan masalah besar betul pun. Kecil je!

"Kau kenapa ni? Dari tadi monyok je, seram tau aku tengok!" Kata Yoora, dia matikan lagu lalu kembali mendapatkan rakannya itu. Areum sudah buat muka seposen. Dia masih terkesan dengan Jimin, alah bukannya salah besar pun. Dia belum bagitau Jungkook pasal hubungan mereka. Tu pun dah nak melenting.

"Jimin lah.."

"Kenapa dengan suami kau tu? Dia jadi ice balik?" Tanya Yoora. Berminat. Haih, dia dengan Rayyan belum lagi sampai ke tahap gaduh- gaduh manja ni. Kalau adapun, seminit dah okay balik. Ni dua ekor ni, kenapa lak?

"Dia.. entahlah! Dia tak nak bercakap lagi dengan aku. Tegur sikit pun tak. Ucap good goodnight, good morning pun tak ada. Aku mana boleh macam ni, aku sunyi! Aku rindu" Areum sembamkan wajahnya pada meja. Sebaik je balik dari dinner semalam, langsung Jimin tak ucap sepatah haram pun pada dia.

Besar sangat ke salah yang dia buat? Ha, Jimin oi! Besar sangat ke?!

"Kau buat apa sampai dia act macam tu?" Soal Yoora, kepala yang tak gatal digaru. Areum sudah macam jeli tepi dia, liat semacam je.

"Aku belum bagi tahu sepenuhnya pada Jungkook yang aku dan Jimin dah berkahwin. Selama ni, Jungkook ingat yang Jimin tu abang aku. Kau tahulah aku kan? Benda macam tu manalah aku boleh ingat. Dia fikir aku pentingkan perasaan Jungkook, dia fikir aku takut nak kecewakan Jungkook. Padahal kami rapat pun bukan sebab apa, sebab assignment je!" Jawab Areum. Makin gatal pulak kepala Yoora jadinya.

"Kuat cemburu pulak lelaki ais ni eh" kata Yoora, Areum tetap diamkan diri, dia remas rambut hitamnya sebelum menepuk- nepuk meja. Frust tahap gaban.

"Kau terangkan pada Jungkook, hal sebenarnya. Aku pun takut, lelaki tu jatuh hati pada kau. Yalah, rapat semacam je.." kata Yoora, kali ini dagunya pula digosok. Lagak seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Mana ada.. dia dah ada someone-lah. Ara nama dia" kata Areum. Kening Yoora terjongket.

"Ara mana?"

"Ara dalam hati saya"

Serentak Yoora dan Areum mendongak memandang empunya suara. Dihadapan mereka, Jungkook sedang berdiri tegak sambil memasukkan kedua tapak tangannya kedalam hoodie hitamnya. Rambutnya sedikit messy.

"Err.. Jungkook"

"Bincang pasal apa?"

"Pasal-"

"Pasal Jimin tu bukan abang awak?" Soalnya buatkan kedua gadis tersebut terdiam. Sekarang, Areum pula jadi serba salah. Serba salah bukan sebab apa, dia rasa serba salah sebab berbohong. Aku dengar Jungkook melepaskan keluhan berat.

"Areum, saya dah dengar semuanya. Dari A sampai Z. Hubungan awak dengan Jimin yang saya anggap abang awak tu rupanya suami awak. Kenapa tak bagitau awal- awal? Saya rasa terkilan.."

"Jungkook.."

"Awak nak tahu siapa tu Ara?" Soal Jungkook dengan nada suara yang tertahan- tahan. Areum ketap bibir.

"Ara tu awaklah Areum, awaklah childhood friend saya. Awak tak kenal saya? Jeon Jungkook? Atau lebih mesranya, Kookie?" Katanya buatkan aku tersentak. Sungguh aku tak ingat! Ara tu aku? Kookie?

Jungkook tersenyum kelat. Dia keluarkan fail assignment pada begnya lalu letakkan atas meja dihadapan aku.

"Tak apalah kalau awak tak kenal. Saya tak berharap pun.. saya cuma nak awak ingat saya. Tapi hakikatnya, awak langsung tak ingat walaupun dah banyak kali saya bagi hint pasal benda ni pada awak." Kata Jungkook, sedikit sakit hati dan kecewa.

"Saya harap awak bahagia dengan suami awak, maaf sebab menganggu" selepas itu, Jungkook menghilang di sebalik pintu dewan kuliah.

"Weh sumpah aku cakap! Ara tu bukan aku!" Kata aku pada Yoora yang sedari tadi mendiamkan diri. Dia gigir bawah bibir.

"Dia salah orang tu Yoora!"

"Memang pun.."

"Hem?" Areum mengerutkan dahinya bila perilaku Yoora berubah secara drastik. Yoora menunduk.

"Maksud kau?"

"Ara tu.. adalah aku"

"Ha?"

Yoora gigit bawah bibir, dia mendongak memandang wajah Areum yang tengah buat muka tak percaya depan dia. Apa kau?

"Kenapa kau tak bersuara tadi hah? Baik kau kejar dia sekarang sebelum jadi filem drama tv3 baru yang lagi teruk endingnya. Pergilah Yoora!" Arah Areum buatkan Yoora menggeleng kuat.

"Heee.. aku tak sangka dia dah berubah sampai macam tu sekali. Dia makin hensem woi! Kalah boyfriend aku. Mana aku nak letak Rayyan weh!" Giliran Yoora pulak yang frust.

Aiyok Yoora! Report Rayyan!

.

.

Plot twist guys.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro