Bab 43❄💫

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌼

"Tahniah puan! Puan disahkan mengandung. Usia kandungan puan adalah seminggu, masih terlalu muda dan saya harap puan dapat jaga kandungan puan dengan baik.."

"Em, Cik? Kita dah sampai" kata pemandu Grab buatkan Areum yang tadinya berkhayal terus kembali ke realiti. Areum senyum segaris sebelum menghulurkan beberapa keping not kertas pada pemandu tersebut. Areum keluar dari perut kereta. Bangunan yang gah berdiri didepannya dipandang dengan penuh debaran.

Sekarang baru nak masuk waktu rehat, jadi, haraplah Jimin ada masa nak bersama dengan dia. Walaupun sekejap, sebab nak bagitau good news ni je!

Areum menarik nafas sebelum kakinya perlahan melangkah masuk kedalam bangunan tersebut. Kakinya terus melangkah menghampiri lift lalu menekan butang 7. Sekali lagi Areum menarik nafas, berat. Entahlah kenapa, dia rasa something. Dia rasa tak sedap hati.

Ting!

Areum melangkah keluar dari lift lalu menghampiri meja kerja salah seorang staf yang terletak berhampiran dengan pintu lift.

"Err.. maafkan saya. Bilik kerja Jimin yang mana satu eah?" Soal Areum, pekerja wanita tersebut mendongak. Dahinya, matanya dikecilkan sebelum dia senyum kecil.

"Ahh ni mesti Cik Areum kan? Isteri Tuan Jimin?"

Areum mengangguk. Pekerja tersebut mengangguk kecil lalu menundingkan jarinya pada sebuah bilik kerja.

"Em, Tuan Jimin masih bekerja walaupun dalam luch hour ni. Cik bolehlah masuk. Tapi sekejap lagi dia kena pergi, ada meeting dengan klien." Katanya dengan berhati- hati seraya bibirnya tidak lengkang dengan senyuman. Areum mengangguk kecil lalu tundukkan badan tanda terima kasih.

Langkah kaki dibawa ke bilik kerja Jimin yang sudah ditunjukkan oleh pekerja tadi. Sekali lagi Areum tarik nafas sebelum menolak daun pintu. Sebaik je dia buka pintu, Jimin sedang berbual dengan seseorang dalam phone, dan kelihatan riak keruh diwajahnya sebaik melihat aku melangkah masuk ke dalam pejabat dia.

"Ya , saya harap awak uruskan apa yang patut dulu. Kira- kira 30 minit saya akan datang sana. Ahh, pasal benda tu, jangan risau. Saya dah minta Naomi yang uruskan.." Jari jemari Jimin menari- nari atas keyboard laptopnya.

Areum mengetap bibir bila Jimin menjelingnya sekilas lalu buat- buat tak nampak. Jimin..

"Okay terima kasih.."

Jimin meletakkan phonenya atas meja disebelah laptop. Keningnya diurut perlahan.

"Buat apa datang sini?" Tanya Jimin, dengan nada suara yang dingin dan mendatar. Areum mengemam bibir. Dia masih kekal berdiri di tempatnya yang tadi. Panahan mata Jimin memang menusuk ke jantung hati.

"Em.. saya datang nak ajak lunch. Maaf, kalau mengganggu waktu kerja aw-"

"Memang mengganggu pun. Kalau kau datang sini setakat nak ajak aku lunch, baik tak payah. Aku tak ada masa. Kau nampak aku macam nak putus urat nak siapkan banyak kerja sekarang ni? Sakit kepala tau tak?!" Jimin sudah menengking. Bahu Areum terhinjut.

Nak nangis, tapi..

"Maaf, maaf! Ka- kalau macam tu saya balik dululah. Saya minta maaf. Jumpa nanti dekat rumah. Saya pergi dulu.."

Berkali- kali Areum menundukkan badan tanda meminta maaf sebelum dengan cepat melangkah keluar dari pejabat Jimin. Dadanya disentuh. Bertenang, Areum.. dia busy tu. Orang yang busy memang senang nak marah.

Tenang Areum, tenang..

"Em.."

Areum mengesat air mata yang mengalir perlahan di pipinya. Terkesan tu memanglah terkesan, tapi dia selaku isteri kenalah faham yang Jimin memang sibuk.

Drt drt!

Incoming call from yorarararara💕

Accept | Reject

"Weh! Kau kat mana?" Areum menarik nafas sebelum menjawab. Dia pandang tempat yang tengah dia jalan. Kat mana dah ni?

"Kat luar. On the way nak balik rumah. Kenapa kau call?" Tanya aku. Aku ambil tempat di salah satu kerusi besi yang terletak di tepi pejalan kaki tersebut. Nak tenangkan diri lebih tepatnya.

"Kau okay ke? Aku dengar macam tak okay je! Eh! Em kau dah buat check up kan? Apa keputusan?" Suara Yoora terdengar sangat teruja. Areum tersenyum kelat, Yoora je yang excited, Jimin nanti excited ke?

"Ya.. aku dah buat dah. Dan ya, doktor kata aku mengandung. Seminggu.." jawab Areum perlahan.

"Wehh! Congrats weh! Jimin dah tahu?"

"Belum"

"Kenapa tak bagitau lagi? Dia selaku suami kena tahu berita menggembirakan ni."

"Dia busy-"

"Busy! Busy! Asyik busy je! Ahh aku tak peduli. Kalau dia busy sekalipun, dia kena tahu news ni. Make sure kau bagitau. Faham!"

"Ya.."

.

.

Huhai💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro