Bab 53❄💫

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌼

"Jimin, awak suka perempuan seksi tak?" Areum menyoal ketika mereka sama- sama menikmati set hidangan sarapan pagi di tingkat 2 Hotel tersebut. Kening Jimin terjongket mendengarkan soalan Areum, kemudian bibirnya naik mengukir senyum.

"Kenapa tanya?"

"Saja tanya.." jawab Areum, roti bakar disumbat masuk kedalam mulut. Jimin hanya menjadi pemerhati untuk beberapa saat sebelum kopi yang masih berasap kecil dia capai lalu hirup perlahan.

"Lelaki mana je yang tak suka perempuan seksi ni, Areum?" Jawab Jimin, Areum mendiamkan diri, mungkin Jimin kadang rasa yang dirinya ini tidak menarik kerana dia tak seksi, dulu? Kunyahan gadis itu menjadi perlahan.

"Semua lelaki ke macam tu? Termasuk awak?"

Jimin angkat bahu, mengundang tanda tanya yang besar dalam diri Areum. Dia ketap bibir, menjadi serba serbi sedikit. Dia capai cawan berisi susu hangat sebelum diteguknya.

"Nak kata aku suka tu, memanglah suka. Tapi aku lagi prefer kau macam ni, kalau nak jadi seksi pun, depan aku je. Kalau kat luar, jangan harap nak pakai baju seksi- seksi, aku tak suka lelaki lain pandang kau. Lelaki lain tak boleh pandang isteri aku, cuma aku je yang boleh. HANYA LELAKI BERNAMA PARK JIMIN SAJA YANG BERHAK" kata Jimin seraya menekankan perkataan dibelakang menandakan yang dia betul- betul tegaskannya.

"Kalau saya pakai juga?"

"Kau nak rasa kena kurung?"

Laju Areum menggeleng, sedikit seram disitu. Jimin menjeling, dia alihkan pandangan ke arah luar tingkap kaca yang besar dan jernih itu. Kemudian dia melirik Areum dari ekor mata.

"Kau nak cuba jadi seksi, untuk aku?" Soalan Jimin buatkan Areum berhenti mengunyah, matanya bertembung dengan mata dingin Jimin. Lelaki itu tersengih kecil. Areum ketap bibir.

"Kenapa saya kena jadi seksi untuk awak?"

"Sebagai present?"

"Present apa!" Hampir terjerit Areum jadinya, nasiblah dia pandai kawal nada suara. Kalau tak, heh! Jimin gosok hidungnya, dia sengih kecil sebelum sandarkan tubuhnya pda kerusi.

"Sebagai hadiah, honeymoon di Jeju Island ni?"

"Awak jangan macam- macam Jimin, saya ni pun baru nak berjuang, belum lagi sampai 9 bulan!" Balas Areum, dia capai cawan berisi susu sebelum diteguknya, wajahnya sudah merah padam. Bongok betul Jimin ni.

"Bukan itu maksud aku sayang, aku cuma nak kau bergaya seksi depan aku, setakat pakai dress pendek tu, bukannya buat apa pun. Dasar otak kuning.."

"Eh eh!"

Areum sudah mencebik, dia jeling Jimin. Lelaki ketawa kecil, dia tarik tapak tangan Areum yang ada diatas meja sebelum usap perlahan. Berkerut dahi Areum jadinya.

"Hari ni nak stay kat bilik je ke atau nak jalan-jalan?" Soal Jimin, Areum pandang atas, berfikir seketika sambil mulutnya sibuk mengunyah bread. Jimin jongket kening, Areum jongket kening.

"Awak nak ke date dengan saya? Kata busylah inilah itulah-"

"Sebab itulah aku offer kau antara nak stay kat bilik ke atau jalan- jalan?" Ujar Jimin, Areum sengih kecil.

"Ehee, saya ikut awak je.."

"Bagus. Kalau macam tu kita stay kat bilik" kata Jimin memberi kata putus serentak buatkan bibir Areum memuncung panjang. Tapak tangan Jimin dilepaskan dari tangannya sebelum dia sandarkan tubuhnya pada kerusi, malas!

"Kenapa muncung? Kau cakap ikut aku je, kan?"

"Yalah, tapi awak tak bosan ke duduk dalam bilik hotel tuuu?"

"Tak"

Areum buat muka poker, sekali lagi wajah Jimin yang sedang tersengih itu dijelingnya. Dasar Jeman pendek! Jimin ketawa kecil.

"Hari ni kita stay bilik, aku nak cuddle dengan kau sebelum balik esok pagi. Lagipun baby chimin ni penat, kan baby kan?" Jimin menyoal pada perut aku. Dia sentuh perut aku dengan berhati- hati dan lembut. Takut tercedera.

"Aku yakin, mesti baby boy"

"Wah yakinnya kamu! Macam mana awak boleh yakin sangat yang ini baby boy?" Soal Areum, keningnya dijongket, Jimin tongkat dagunya dengan tangan.

"Instinct sayang, itu naluri seorang ayah"

"Habis tu saya ni? Kalau saya cakap baby girl salahlah? Saya pun nak jadi ibu juga. Naluri seorang ibu tak pernah salah. Naluri saya kuat mengatakan bahawa ini baby girl!"

"Baby boy!"

"Baby girl!"

"Baby bo- ish! Baby kita!"

"Bukan- eh? Ahh betullah, baby kita" Areum tersengih- sengih bila Jimin menjegilkan matanya pada Jimin. Dia capai tangan Areum sebelum tapak tangan Areum dia kecup perlahan.

"Baby siapa?"

"Baby kita.." jawab Areum sebelum pipinya dicium Jimin. Membulat anak mata Areum jadinya.

"Yah! Ini publiclah!"

"Jadi?"

"Ish!"

.

.

I love you, three thousand.♡♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro