Bab 54❄💫

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌼

Balik je dari Pulau Jeju, keesokannya kelas sudah bermula. Aku menjadi excited dan stress pada masa yang sama kerana untuk sebulan ni aku kena fokus pada study sebab exam akan dimulakan 3 minggu dari sekarang.

Argh! Nervousnya aku!

"Tak nampak baby bump pon!" kata Yoora sebaik Areum labuhkan punggung disamping dia. Areum menjegilkan anak mata sebelum bahu Yoora dia pukul. Yoora ni, kalau bercakap tak cover- cover!

"Ehh sorry! Lupalah pulak. So, how's your holiday with your husband? Best eah? Mestilah bestkan? Yalah, hubby yang ajak jalan- jalan, dengan baby, honeymoon untuk kali kedua eah?" soal Yoora, buku rujukan account dikeluarkan dari beg galasnya.

Areum hanya tersengih- sengih. Tak nak buka mulut berkenaan dengan perkara tersebut.

"Weh! Kau nak tahu satu cerita?" lengan aku dipukul perlahan oleh Yoora, Areum hanya buat muka pasrah. Wajah Yoora yang sedikit muram tu buatkan aku rasa bersalah.

"Kenapa weh?"

"Heum. Kau tahu tak Rayyan.. Rayyan curang dengan aku?" ucap Yoora perlahan- perlahan sebelum dia sembamkan wajahnya pada meja. Tapak tangannya memukul- mukul meja tanda yang betul- betul sakit hati. Dasar Rayyan tak guna!

"Macam mana kau tahu? Kenapa tak bagitau aku?" bahu Yoora aku usap perlahan, mahu menenangkan gadis itu. Yoora sudah menangis perlahan. Dia masih dalam keadaan yang sama, patutlah sunyi semacam je masa holiday, yalah selalunya dia akan call, chat tak pun video call tanya aku itu dan ini. Tapi holiday minggu lepas tak ada kan? Jadi sebab inilah kan?

"Girlfriend dia sendiri yang datang dan mengaku dekat aku, tapi bukan dia bukan pegang status girlfriend okay? Dia tunang Rayyan! Dah jadi tunang orang rupanya Rayyan tu!" sembur Yoora, dia tegakkan badan, tapak tangannya digenggam sebelum dia tumbuk meja kerana marah.

"Argh! Geramnya aku! Nasiblah aku boleh sabar, kalau tak, kat hospital dah mereka tu!" marah benar Yoora jadinya. Areum hanya mampu mendengar sambil tangannya mengusap bahu Yoora.

Buk!

Baru saja Areum hendak berkata- kata, bunyi benda jatuh berhampiran dengan meja mereka membantutkan perbualan Yoora dan Areum. Dia menoleh, seorang gadis berkaca mata sedang memungut buku- bukunya yang terjatuh bersebelahan dengan meja mereka.

"Ahh mianhae.." kata gadis tersebut. Areum hanya angguk perlahan, dahinya berkerut, dia tidak pernah nampak lagi wajah gadis itu sepanjang berada dalam kelas. Pelajar barukah?

"Boleh saya duduk sini kalau awak tak keberatan?" soalnya, merujuk kepada tempat duduk kosong disamping Areum.

"Ehh mestilah boleh, duduklah" jawab Areum. Melebar senyuman gadis itu bila mendengarnya. Terus kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan disamping Areum.

"Budak baru?" soal Yoora, air matanya dikesat dengan sapu tangan. Rambutnya dibetulkan, Areum mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Erm, hai, saya Rahee S- glad to see you" sapa gadis tersebut. Bibirnya tidak lengkang dengan senyuman, tapak tangan dihulur untuk berjabat tangan dengan Areum.

"Saya Areum, Jung Areum. Glad to see you too" balas Areum, tapak tangan Rahee disambut. Gadis itu tidak berhenti- henti menayangkan senyumannya yang aku anggap cukup manis untuk dilihat. Erk, manis ke? Nampak macam creepy je.

Ting!

Chimochi💞

+nnt balik aku ambil
+kita lunch sesama

Wokayyy.

+[▶]belajar elok-elok sayang.

Ya, encik suami, isterimu ini akan belajar bersungguh- sungguh demimu.

+😒

Chimochi💞 last seen, just now.

Eleh, malulah tu. Aku tersengih sendirian, phone aku off-kan sebelum perhatianku teralih pada prof yang baru je masuk beberapa minit yang lalu.

Okay, Areum. Fokus!

🌼

"Cakap nak makan kat area ni, je?" soal aku pada Jimin bila dia belokkan kereta menuju ke jalan yang lainnya. Jimin tidak menjawab, dia hanya fokus terhadapan pemanduan.

"Jimin.."

"Apa dia sayang? Cuba duduk diam- diam, bukannya saya nak culik awak pun" ucapnya buatkan aku terjeda seketika. Saya? Awak? Jimin dah tukar ke kau, aku tu? Argh! Ni yang makin sayang ni!

Bibir aku automatik mengukir senyuman lebar, kepala aku sandarkan pada seat sebelum mataku tak lepas memandang Jimin. Ya tuhan, kenapa dari tepi pun handsome ni? Mata aku ni dah rosak agaknya. Aku gelengkan kepala, hey, mata aku tak rosak wokay? Jimin ni sudah semula jadi handsome. Tak perlu disangkal lagi.

"Fikirkan apa? Handsome sangat ke saya ni sampai tak boleh nak alihkan langsung?" tanyanya bila kereta berhenti di lampu merah. Dia jongket kening, aku balas dengan kenyitkan anak mata. Jimin alihkan pandangan, namun bibirnya tersenyum.

"Janganlah tease saya macam tu, saya lemah tahu tak?" ucapnya lalu lehernya digosok. Aku gulingkan anak mata, lengan baju dia aku tarik perlahan.

"Saya craving ice cream roll.." pinta aku lalu buat muka seposen. Nak buat dia cair sikit, manalah tau beku Jimin tu boleh dicairkan dengan muka comel aku ni. Ai, aku gedik dengan suami okay?

"Manislah, nanti kena diabetes, awak tu dah sedia manis tau tak?" ucap Jimin serentak tapak tangan aku menampar lengannya. Heeeee manis konon! Piirah!

"Jomlah, momom ice cream roll flavour nutellaaaaa" rengek aku lalu lengan dia aku goyang perlahan. Dia tidak menjawab, brek dilepaskan sebelum kereta meluncur diatas jalan raya.

"Okay, okay. Tapi ini last, okay? Sayang kena pemakanan, dah lupa ke ada baby dalam perut?" katanya, aku tersengih kecil. Automatik tanganku menyentuh perut yang kini sedikit besar kerana usia kandungan yang baru sebulan lebih.

"Eah, yang request nak makan ice cream roll tu pun, baby dalam perut ni tau!" jawab aku, dia kemam bibir sebelum dia pandang aku sekilas.

"Yelah, baby sayang, hari ni apa awak nak makan pun saya beri, kita beli sekali dengan pekerja ice cream roll tu, letak dia kat rumah. Makanlah puas- puas" perli Jimin buatkan bibir aku muncung sedepa.

"Saya cravinglah Jimin.."

"Ya, saya tahu. Craving- craving tu pun kena control takut tersalah makan ke, apa ke, siapa yang susah?"

"Jimin yang susah!" jawab aku buatkan dia menjeling. Melebar senyuman aku.

"Tahu pun.."

"Alaaa, kalau awak susah sekalipun, saya cuba senangkan. Kalau awak masam sekalipun, saya cuba maniskan. Awak juga yang cakap saya ni manis, kan?"

"Haa menjawab! Sekali lagi menjawab, tak nak singgah beli ice cream roll" ugut Jimin.

"Alaaaaaaaaaaaa"

.

.

Eum...
Little intro about myself, nama author Nurul Shafiqah,
Can call me Sha.
Author sha, ehhhhh.
Bacth 02.

Okay, sha nak bagitau yang kadang novel ni jalan cerita dia tak boleh diramal, so, jangan berharap banyak sangat dekat author. (Sebab kepala otak author tengah banyak fikir pasal nak buat konflik, konflik, dan konflik. Mueheheh)

So.. stay tuned jelah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro