Bab 4❄💫

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌼

"Mama apa khabar?" Soal aku, Puan Park tersenyum lebar sampai ke telinga sebaik terlihat kelibat aku menuruni teksi. Tch, dasar Jimin! Kalau ye pun dia tak nak jumpa mama dia sekalipun, sekurang- kurangnya hantarlah aku kat rumah mama. Eii

"Mama sihat, Areum pulak?" Tanya Puan Park balik. Aku anggukkan kepala tanda ya. Wanita itu menarik aku untuk duduk dan aku perasaan yang dia tertinjau- tinjau ke luar tingkap. Mungkin sebab nak tengok Jimin ada ke tak ada.

"Err.. Jimin okay ke dengan kamu?"

"Of courselah okay mama, apa pulak yang tak okaynya" jawab aku laju seraya senyum lebar sampai ke telinga. Walhal di dalam otak aku dah berputar pelbagai bagai perkara yang Jimin buat. Mulai dari sikapnya yang dingin sampailah dia yang sedikit pun tak ambil peduli dengan aku waktu aku demam.

Tch, okay apanya!

"Jimin tak apa- apakan kamu kan?"

"Ehh tak adalah mama, Jimin okay, cuma itulah dia kayu sikit." Kata aku seraya tersengih- sengih. Sengaja aku selitkan perkataan kayu tu supaya mama tahu yang anaknya itu keras macam tunggul kayu!

"Maksud kamu, Jimin still tak buat apa- apa lagi kat kamu? Tak layan kamu macam isteri?" Soalan mama buatkan aku yang sedang meneguk teh itu hampir tersedak. Laju dada aku tepuk-tepuk kerana perit.

Haaa tulah, cakap lagi benda buruk pasal Jimin, dia kan suami kau!

"Aniya mama-"

"Jadi betullah, Jimin tak buat apa- apa lagi?" Soal mama dengan nada kecewa. Aku ketap bibir, wajah wanita itu aku renung bila dia hela nafas berat.

"Nanti mama bincang dengan Jimin-"

"Aniya! A- Areum boleh selesaikan. Nanti Areum slowtalk dengan dia. Mama duduk diam- diam, soal Jimin Areum akan selesaikan" kata aku lagak macam aku nak tangkap Jimin pulak.

Puan Park menyisip senyum, bahu aku ditepuknya perlahan sebelum dia angguklan kepala.

"Mama harap, hubungan kamu dan Jimin akan berkekalan hingga ke anak cucu, lagipun susah nak cari menantu macam kamu sekarang ni. Ada pun talam dua muka, suka kikis harta. Mama suka kamu duduk berdua dengan Jimin. Nampak manis. Sejuk mata memandang" panjang lebar mama berkata sementara aku hanya mendengar dengan kening yang terjongket- jongket.

Ha dengar tu Jimin, mama awak pun adore saya tau, mahu je aku cakap macam tu dengan Jimin. Haih, tapi itulah, hisy kalaulah Jimin ada kat sini!

Mueeeee.

🌼

Klek!

"Awal balik"

"Oppocot!" Latah aku, tas tangan aku sikit lagi hampir terbang mengenai muka empunya suara yang menegur aku tadi. Nasiblah aku boleh kawal, kalau tak, tas aku, dengan aku- aku sekali melayang keluar rumah.

"Jimin! Buat apa berdiri kat sini! Nasiblah saya tak ada penyakit jantung-"

"Nanti adalah tu"

Aku jeling Jimin bila dia doakan aku benda tak baik. Jimin masih kekalkan wajah bekunya, kedua tapak tangan dimasukkan kedalam seluar jogger pants- nya. Satu keningnya diangkat.

"Waeyo? Let me in!"

Aku merempuh tubuh Jimin sebab ingin masuk ke ruang tamu, tapi dia dengan tenang menolak aku semula sampai aku berdiri di tempat asal aku tadi, iaitu di depan pintu yakni dihadapan dia.

"Apa ni!"

"Apa kau cakap kat mama?" Soal Jimin, aku kebil- kebilkan anak mata. Dahi aku berkerut sebaik dia tanya soalan macam tu.

"Mana ada apa- apa. Mama-"

"Kau perli aku kan? Cakap aku kayu, kau fikir aku tak tahu?" Pintas Jimin buatkan aku menelan air liur paksa. Dari mana pulak dia tahu ni!

"Saya jawab berdasarkan fakta! Saya sendiri tak dapat nafikan yang awak memang kayu, sebab tak pandai layan saya baik-baik" jawab aku lalu mengetap bibir bila perasan yang riak wajah Jimin berubah kelat.

"Kau pun tahu kan? Aku dan kau-"

"Nan arayo. Lagipun mama yang tanya, saya pun jawablah. So, awak dah tahu kan? Jadi, biar saya mas-"

"Belum lagi, macam mana dengan perkara 'aku belum sentuh kau'?" Soal Jimin serentak buatkan aku terasa tercekik. Dia renung aku seakan mahu menelan aku hidup- hidup. Bibir aku kemam serapatnya.

"Kau betul- betul nak aku sentuh kau ke?" Kali ini Jimin sudah mulai bergerak menghampiri aku buatkan aku secara refleks mengundur hingga tersendar pada pintu. Suara aku seakan tersekat pada kerongkong.

Jarak Jimin dengan aku yang hanya beberapa inci itu sudah buatkan aku sesak nafas. Aku dongakkan kepala, pandang anak mata dia yang ikut merenung anak mata milik aku. Jimin mendekat buatkan aku memejamkan anak mata aku rapat.

Ahhh apa pun yang berlaku malam ni, aku akan relakan.

Lama aku pejamkan mata, menunggu bibir Jimin sampai pada bibir aku. Tapi tak ada apa- apa pun yang berlaku, perlahan- lahan aku celik mata. Dia masih berada dihadapan aku dengan jarak yang sama seperti tadi.

"Jung Areum, neo pabo" ucapnya sebelum dahi aku dijentik kuat.

"Argh! Sakitlah Jimin!"

"Habiskan dulu study, baru belajar macam mana nak kiss. Dari gaya kau je aku dah tau yang kau ni bad kisser" jawab Jimin sebelum dia bergerak berjalan masuk kedalam.

"Yaish!"

.

.

😮

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro