12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Oksijeon •jjk

-Seminggu berlalu-

Gelagat comel anak-anak kami berdua menjadi pengisi kebosanan aku sepanjang menginap di rumah agam milik Jeon Jungkook ini.

Setelah lama membiasakan diri dengan gelaran 'anak kami berdua', aku semakin yakin untuk melayan dua anak cilik itu sebagai anakku seperti dahulu. Meskipun memori yang dinanti tetap tidak kunjung tiba, aku bersabar seboleh mungkin.

Aku mampu berdoa tentang satu perkara. Semoga Jungkook seorang suami yang baik dan bapa yang penyayang.

"Sayang, aku rindu."ungkap Jungkook semasa mulutku ralit mengunyah nasi bersama lauk yang sudah dipanaskan sebentar tadi.

Anak-anak sudah lena di kamar masing-masing. Tinggal kami berdua melayan perasaan sambil bertemankan hidangan lewat malam sekadar pengisi perut yang lapar.

"Iye, saya rindu awak juga, Jeon Jungkook."balasku tanpa selindung. Jungkook tarik telapak tanganku dekat ke bibir. Lalu, dia cium lembut cincinku yang bersarung di jari manis.

"Betul kau rindu aku? Bukan orang lain. Hanya aku? Your Jeon?"

Pertanyaan berpusu-pusu hadir dari mulut Jungkook. Aku kawal diri daripada bersorak riang. Jungkook romantis inilah yang aku dambakan.

"Tak. Tipu aje. Saya rindu orang lain. Awak membosankan. Werk!"aku usik diri suamiku.

Aku sangka Jungkook akan sambut dengan iringan gelak ketawa. Tapi, dia diam membisu.

Dalam masa sepuluh saat, Jungkook mengamuk. Habis berkecai pinggan kaca yang berisi makanan setelah ditepis kasar oleh Jungkook.

Suamiku menumbuk meja berulang kali. Aku tergamam. Tubuhku dijarakkan sedikit daripada kawasan tempat duduk Jungkook.

Aku takut. Kau kelihatan panas dan baran, Jungkook.

"Siapa dia?! Takde siapa yang boleh jadi oksijeon kau selain aku. Ingat sampai mati perkara ni, Jeon Min Ji."bentak Jungkook.

Aku menggelengkan kepala. Tanganku cuba mengurut lembut dada Jungkook yang berombak. Namun, reaksinya kekal negatif.

"Kenapa a-awak jadi macam ni? Sekarang saya dah tahu sebab utama saya lari daripada awak. Awak seorang yang perengus, awak terlalu mengawal saya!"aku tidak sengaja memprovoks diri Jungkook yang sudah sedia panas.

Aku mahu larikan diri. Jungkook ternyata lebih pantas. Dia dukung tubuh kecilku menuju ke satu bilik misteri.

"J-jungkook, apa semua ni? Saya minta maaf. Saya tak bermaksud untu-"percakapanku diganggu dengan perlakuan aneh lelaki itu.

"Aku syaitan yang dibuang ke bumi , aku bukan manusia Jeon Minji. Kau terima aku menerusi perjanjian gila kita bersama. Kau..seru aku. Kau buatkan aku diusir dari neraka turun ke bumi hanya kerana  aku tergila-gilakan seorang manusia,sayang."

Tubuh badanku dicampak ke dalam bilik misteri itu. Apabila pintu bilik itu tertutup, suasana dinding berwarna putih itu menambah debaran di dada.

Jungkook duduk melutut di hadapan aku. Jari-jemari aku dibawa naik untuk menyentuh kelopak matanya yang tertutup.

"Kau buatkan syaitan ini berangan setinggi awan. Aku ingin jadi malaikat kau, oksijeon yang mampu gembirakan hidup kau. Tapi, aku sedar. Aku tetap syaitan yang dikeji. Aku tak layak untuk cintakan manusia. Sebab itu aku teramat sayangkan kau."

Penjelasan Jungkook membuatkan aku kelu lidah.

"T-tolong buka mata awak suamiku."

Permintaanku dibalas dalam kadar segera. Jungkook membuka kelopak mata. Anak mata coklat cairnya bertukar warna.

Warna merah menjadi warna utama anak matanya. Aku meneliti wajah kacak lelaki ini.

Aura kasih sayang meresap masuk ke dalam hati sejurus pandangan mataku bertaut semula dengannya.

Kau bilang kau syaitan. Aku abaikan takdir memeritkan ini.

Tolong, jadi oksijeon aku. Aku merayu.

-tbc-

A/N:

Sengaja saya biarkan bab ini panjang sedikit. ❤

Plot makin bergerak ke klimaks. Nantikan babak suspens semuanya. 🌸

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro