20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Oksijeon ° Jeon Jk

A/N:

Satu lagi update untuk pengikut siri oksijeon ini♥

-------

Aku seperti seorang mangsa yang dikepung dalam perangkap penuh tipu muslihat oleh seorang pemangsa.

Kaki aku terasa lenguh. Namun, aku kerahkan segala kudrat yang ada supaya susuk tubuhku tidak kelihatan di harapan oksijeon.

Oksijeon cukup ganas. Dia juga menggoda. Kenyataan ini diakui oleh hatiku sejak pertama kali pertama mataku melihat keunikan yang ada pada lelaki itu.

"Aku harap aku buat keputusan yang bijak."monolog aku sendirian seraya mataku meliar ke sekeliling.

Aku bawa telapak tangan untuk ditekup ke mulut apabila susuk tubuh Jungkook berkeliaran di dalam bilik tetamu.

Titisan darah pekat membasahi kulit wajah serta kedua-dua lengan kekarnya. Oh tuhan, baru tinggal sekejap sudah mengganas teruk. Kau bayangkan jika aku biar dia keseorangan?

-------

"M-minji tak sayang aku?"ujar Jungkook sambil mengesat kelopak matanya. Emosinya merudum ke tahap paling minimum. Fikirnya Minji akan turut serta. Rupa-rupanya wanita itu pun larikan diri.

Bilah pisau yang tajam itu digenggam kuat. Jungkook duduk di hujung katil bersama lamunan perasaan yang tidak berkesudahan.

"Kau memang tak sayang aku!"

Jungkook memberontak keras. Permukaan tilam yang empuk itu direnung dengan riak wajah keliru.

Dia pandang pisau. Dia pandang katil.

Penat berlawan pandangan seorang diri. Jungkook menghunuskan pisau di atas katil. Dibiarkan mata pisau tersebut terhunus sadis.

Orang ajak main permainan. Lawan bermain pula lesapkan diri. Kecewanya menyentuh hati Jungkook.

"Jungkook, jomlah. Oksijeon saya cepat betul berputus asa. Kata sayang Minji?"

Kepala Jungkook mendongak ke atas semula. Bibirnya melopong luas. Persis anak kecil, lelaki itu tersenyum suka. Bebola matanya bercahaya menandakan kegembiraan yang melimpah-ruah ketika itu.

"K-kau sudi layan perangai luar alam aku ni?"

Minji menganggukkan kepala. Jarinya memberi isyarat agar Jungkook menuruti derap langkah kakinya keluar dari bilik.

"Dalam kiraan tiga saat, oksijeon kena kejar saya. Kalau tak, permainan cancel. Setuju?"

Jungkook melompat turun dari katil. Pisau tersebut dicapai laju lalu langkah kakinya tergesa-gesa mengejar Minji dari arah belakang.

Sukalah tu main kejar-kejar eh oksijeon?

-------

Kelajuan berlari aku boleh kalah Usain Bolt. Mana tidaknya, aku redah aje deretan tangga yang tinggi itu semata-mata ingin menunaikan kehendah hati suamiku.

Mengancam kan honeymoon kali ni. Sudah tentu ianya lain daripada yang lain.

Pasangan lain sibuk berkasih sayang semasa bulan madu. Jungkook pula tarik aku masuk ke dalam aktiviti ganas dan gilanya.

Nama pun syaitan. Dia mesti nakkan bulan madu yang berbeza tak gitu?

"Minji sayang Kook eh?"

Damn. Bulu roma aku mencanak naik. Aku kesat wajahku yang dihujani titis-titis peluh dingin.

"Sejak bila a-awak yakin sangat sayang saya hanya untuk orang bernama Jungkook?"

Ewah. Ewah kau. Aku sempat memaki keberanian diriku. Mulutku dikemam rapat. Menyesal tak berkesudahan tika aku sedar bibirku lancar berkata-kata tanpa tapisan.

"Aku tahu kau..cinta aku."suara Jungkook meleret-leret seakan-akan mahu memancing perhatianku.

Aku masih setia mengekalkan jarak kedudukan yang begitu jauh daripadanya.

Dekat dekat boleh bawa binasa ye.

"Mana adil Kook pegang pisau. Minji takde apa-apa?"aku menyoal Jungkook.

Lelaki itu memberi tindak balas sepantas kilat. Pisau tersebut dicampaknya jauh-jauh. Telapak tangannya diangkat naik ke atas.

Ppap. Ppap.

Jungkook tepuk tangan sambil mengorak langkah ke arahku.

"Okay. kalau macam tu, takde pisau yang terlibat. Sebab aku sayang kau."

Meroyan telinga dan jantung aku mendengar ucapan romantis Jungkook.

Minji, fokus. Sekarang bukan masa untuk kau cair. Misi kau jinakkan syaitan tu.

"Tunggu apa lagi? Minji ingatkan Oksijeon suka main. Tapi, hambar."lirihku sayu.

Dahi Jungkook berkerut memikirkan kenyataan yang diucakau.n oleh isterinya.

Pantang dicabar, Jungkook tergelak sinis. Langkah kakinya dibuka besar.

Leher Minji dirangkul dari arah belakang. Dia kemaskan lilitan lengannya supaya peratusan untuk wanita itu melepaskan diri agak tipis.

"Kau tak fun. Petik jari aje nak tangkap Minji aku ni."

Jemari kasarnya mengelus permukaan wajah Minji dan seterusnya dia biarkan pergerakan jarinya terhenti di leher wanita itu.

"Aku bau darah manusia yang takut."

Hidungnya bersentuhan dengan permukaan kulit leher Minji. Bau darah merangsang deria baunya sehingga rona pipi Jungkook memerah.

Iris matanya bertukar ke warna merah gelap. Rangkulannya bertambah erat. Jungkook berperang dengan nafsu diri yang mahukan darah sebagai santapan.

Syaitan seperti Jungkook. Keinginan lamanya muncul kembali menuntut sesuatu sebagai balasan.

"A-aku tak mampu lakukan benda kejam ni kepada kau."

Bibir basah Jungkook mengucup lama sisi kanan pipi isterinya. Kepalanya tersembam di atas bahu Minji.

Entah, sisi ganas oksijeon dilihat sudah menunduk patuh kepada wanita itu.

"Saya izinkan. Only for this one. "

Minji menutup kelopak mata. Giginya diketap kuat tatkala bilah pisau kecil itu dibenamkan ke dalam telapak tangannya sendiri.

Sakit. Hanya tuhan yang  tahu.

"Untuk oksijeon saya."

Pelawa Minji dengan nada mendatar. Telapak tangannya dilagakan di bibir Jungkook.

"D-darah."ujar Jungkook berbunyi lemah.

Lututnya seakan lembik. Oksijeon dalam diri seperti dijinakkan oleh isterinya.

"Segalanya untuk suami saya. Jungkook, jangan takut. Saya ada untuk awak."

Minji membiarkan tubuhnya ditarik ke dalam pelukan erat lelaki itu. Telapak tangannya yang berdarah dipandang penuh rasa teruja.

Jungkook tersenyum puas. Sebelah tangannya lagi merayap ke leher wanita itu lalu dia cengkam kuat.

Desahan nafas kasar Minji melajukan kadar denyutan jantung Jeon Jungkook.

"Darah kau. Diri kau. Milik Oksijeon seorang. Faham?"

Minji memejamkan mata serapat mungkin. Keberanian dicabar. Malah, dia juga diuji kesetiaannya kepada lelaki itu pada saat kritikal itu.

Setia atau berundur pergi?

Keganasan lelaki itu kadangkala tidak terkawal. Jika lambat dibendung, nyawanya tergadai.

Persoalannya, adakah Minji sanggup?

-tbc-

A/N:

Hehehehe.

Esok ada update lagi. ❤

Hero kedua Kim Namjoon akan muncul hangatkan suasana ya.

Btw, jemput follow account kedua saya.

(Tekan di profile saya)

Nanti saya akan pub ff baru di sana dengan nafas baru. Hehehehe. 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro