𝓑𝓐𝓑 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

5 tahun kemudian....

"Aish! Cepatlah Andarish. Kakak dah lambat ni!". Tangan adiknya yang sedang mengawal stering dipukul

Orang dah lambat boleh pulak dia bersiul-siul!

"Lek lah Antasya. Baru pukul 8:30 pagi. Nak pergi mana awal-awal".

"Akak lambat. Akak pelangkung kau!". Amaran diberikan. Tangan disilangkan didada

"Takutnya adik!".

"Andarish!"

Andarish hanya ketawa memandang kakaknya. Padan muka umur dah 25 pun menyusahkan orang. Lesen kereta pun takda

Salah siapa? Of course salah Antasya Zara!

"Akak. Nanti belanja adik makan"

"Akak kerja pun baru nak pergi interview ni adik oiii! Kau pulak lambat-lambat macam ni. Kau rasa akak dapat kerja tu"

"Adik percaya kan kau kak!".

"Banyaklah kau!".

"Ok dah sampai! Aku doakan kau sepenuh hati kak!".

Antasya terus menutup pintu kereta. Jeritan adiknya memalukan. Langkah laju dibawa ke arah lif. Lif ditekan. Dia menunggu namun beberapa mata memandang kearahnya. Mata terus memandang pakaian yang ada ditubuhnya

Ada yang tak kena ke?

Pandangan itu hanya dibiarkan sahaja. Terbuka sahaja lif terus dia masuk tanpa menghiraukan sesiapa

Lif tertutup hanya dia seorang sahaja di dalam lif itu. Terasa janggal pula naik seorang diri. Sampai di tingkat yang betul. Dia keluar. Ramai yang sedang menunggu giliran untuk di interview. Semakin nipis peluangnya umtuk berkerja disitu

"Antasya Zara sila masuk ke bilik interview".

Antasya membetulkan rambutnya sedikit supaya kemas. Baju kurung yang tersarung dikemaskan juga

"Bismillah...". Dia menuju masuk dengan senyuman

"Berapa ramai yang datang interview untuk jawatan PA". Dayren memandang Faris. Meminta jawapan sahabatnya itu

"Lebih 100 orang". Jawab Faris. Dia bukan PA Dayren tapi sudah menjadi kebiasaan dia menguruskan perkara yang diiginkan sahabatnya itu

"Bagi aku semua profile diorang".

"Ok"

Dayren memandang barisan-barisan panjang yang sedang mencuba nasib menjadi Personal Assistant nya sebelum matanya tertumpu pada seorang gadis yang baru sahaja masuk ke dalam untuk di interview

"Macam Zara". Bibirnya terukir sedikit senyuman sebelum kembali dengan wajah bekunya. Dia berjalan meninggalkan kawasan itu. Banyak lagi kerjanya yang memanggil

Faris yang mendengar nama arwah isteri kawannya itu terus memandang ke arah gadis yang dikata serupa dengan arwah

Memang betul dari belakang memang tidak tumpah seperti Zara. Sama namun wajahnya tidak dapat dilihat kemudian dia hilang ke dalam bilik interview itu

Faris berjalan pergi ke pejabatnya. Mungkin hanya kebetulan ataupun takdir mungkin?

Zara keluar dengan nafas lega. Interview nya berjalan lancar hanya tinggal dipanggil jika dapat. Dia bawa langkah ceria keluar dari bangunan ini. Namun senyuman nya pudar apabila baru perasan cuaca sedang hujan di luar sana

Pantas telefon dikeluarkan

"Andarish... Datang ambil akak. Hujan la". Suara dilembutkan sehabis mungkin

Nak minta tolong kena lembut-lembut...

"Antasya, Andarish tengah dating ni".

"Kakak lagi penting ke? Awek kau lagi penting sekarang". Panas pulak darah kita wak!

"Ish yelah. Akak tunggu kejab. 20 minit Andarish sampai".

"Ok jangan lambat tau"

"Iya. Antasya jangan pergi mana-mana". Pesan si adik. Si kakak pula dilayan seperti bongsu

"Ok". Panggilan dimatikan

Antasya berdiri memandang hujan yang sedang lebat membasahi bumi. Tangan dikeluarkan sedikit merasai hujan. Terasa sejuk menyapa

Senyuman riang pula keluar

Terima kasih Tuhan berikan hujan....

Sedang leka bermain hujan tiba-tiba dia ternampak seekor kucing. Dia terus meredah hujan melangkah laju ke arah kucing itu

"Aip awak kenapa main hujan ni!" Kucing itu dipeluk erat. Tak kisah dirinya yang sudah basah akibat hujan yang semakin lebat

Dalam masa ingin berpatah kembali ke tempat yang tadi. Antasya tidak perasan ada sebuah kereta menuju ke arahnya

Tengku Dayren yang kebetulan lalu disitu terus berlari mendapatkan gadis itu. Dalam kepalanya teringat Zara. Arwah isterinya

"Zara!". Tangan gadis itu ditarik ketepi. Sempat dipeluk tubuh kecil itu sebelum jatuh ke tanah

Antasya sudah menutup mata. Jantungnya berdegup kencang. Dirinya hampir dilanggar tadi. Bagai nyawa berada dihujung tanduk sahaja. Setelah terasa selamat mata dibuka perlahan. Pantas tubuh lelaki itu ditolak

"Z.... Zara ok?". Tengku Dayren bertanya tangan besarnya menyentuh lembut wajah gadis yang dianggap isterinya itu

"Apa ni encik!". Tangan Tengku Dayren ditepis kasar. Kucing tadi dipeluk.

Tengku Dayren tidak berputus asa. Badan gadis itu ditarik dan dipeluk erat. Dalam fikirannya hanya isterinya

"Zara abang minta maaf sayang. Jangan tinggalkan abang lagi....". Pelukan dieratkan.

Antasya ingin meleraikan pelukan namun tidak mampu kerana pelukan terlampau erat. Akhirnya dia hanya meronta keras

"Lepaskan saya lah encik!".

Faris yang melihat kejadian tersebut pantas menghampiri kedua-dua mereka. Tubuh Tengku Dayren ditarik menjauhi Antasya

"Lepas Faris! Aku nak peluk isteri aku!"

"Bro dia bukan isteri kau!". Tubuh Tengku Dayren ditahan dari menghampiri gadis itu

"Dia isteri aku!"

"Dayren! Dia bukan isteri kau la!". Nada ditinggikan. Kawanya seperti orang gila sahaja sekarang

"Antasya". Andarish pantas mendapatkan kakaknya. Dipeluk tubuh kuyub itu

"Antasya...". Tengku Dayren menyebut nama gadis dihadapannya ini. Seperti tidak percaya dia salah orang

Apa kau buat ni Dayren. Zara dah tiada! Sedarlah!

Faris yang melihat sahabatnya seperti berada dunia sendiri memandang pasangan dihadapannya itu

"Minta maaf cik. Kawan saya dia ingatkan cik arwah isteri dia. Maafkan dia". Faris menunduk sedikit tanda meminta maaf

Antasya memberikan senyuman manis. Kepala digelengkan

"Takpa. Takziah untuk dia". Mata memandang lelaki yang sedang menunduk itu. Wajahnya kosong

"Terima kasih. Minta maaf lagi sekali". Faris membalas

"Kami pergi dulu". Antasya meminta diri. Dia sejuk kerana tubuhnya sudah terkena hujan

Andarish masih setia memeluk kakaknya sehingga mereka sampai dikereta

Tengku Dayren memandang gerak geri gadis itu sehingga kereta yang dinaiki hilang dari pandangan mereka

"Kau kenapa ni Dayren. Peluk anak dara orang. Nasib baik dia tak buat report polis". Marah Faris. Nasib sahaja gadis itu tidak mahu membesarkan isu ini

"Zara...". Hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya. Tengku Dayren melangkah naik ke pejabatnya kembali. Tubuh yang basah serta pandangan orang kepadanya diabaikan

Faris menghembuskan nafas berat

Sampai bila kau nak macam ni Dayren. 5 tahun kau masih tak dapat move on kan diri kau
.
.
"Antasya. Kan adik cakap jangan pergi mana-mana. Nanti mesti ibu marah basah kuyub macam ni". Rungut Andarish

"Ala nanti Antasya bagilah alasan dekat ibu"

"Kucing ni mana dapat?". Kucing yang sedang dibelai Antasya menarik minatnya. Gebu

"Tepi jalan tadi. Comelkan. Andarish kita bela nak?". Mata memandang adiknya dengan wajah dicomelkan. Meminta persetujuan

"Ok. Tapi jangan bagi dia berak merata-rata. Bising ibu".

"Ok"

Kucing dibelai lembut. Tiba-tiba teringat kejadian tadi

"Siapa lelaki tadi?".

"Huh?"

"Lelaki tadi yang minta maaf dekat kita tu"

"Tak tahu"

"Dia buat apa sampai minta maaf"

"Salah sikit je. Tadikan akak hampir kena langgar masa nak selamatkan kucing ni. Nasib baik ada lelaki tu sempat tarik akak".

Andarish melihat kakaknya. Risau pula datang menyapa

"Ada luka ke?"

"Takda pun".

Nafas lega dihembus

"Balik ni terus mandi. Nanti demam. Lepas tu kita keluar balik beli sangkar dengan makanan kucing".

"Baiklah adik kesayangan akak!". Rambut adiknya diusap kasar

Untung siapa yang dapat Andarish. Lembut, penyayang, memang calon pilihan emak metua punya la. Hahahahahaha

Sampai di rumah. Kucing diberikan kepada adiknya sebelum langkah dibawa laju ke tingkat atas. Taknak maam besar nampak dia basah kuyub begini

"Antasya Zara!"

Langkahnya terhenti. Wajahnya tersengih-sengih memandang ibunya

Alamak maam besar dah nampak la pulak..

"Kenapa basah kuyub ni. Ya Allah kalau demam macam mana". Tuala yang memang tersedia di tangan mengelap wajah anaknya

Dia memang sudah tahu pasti Antasya akan balik dengan basah kuyub begini

"Sorry ibu".

"Pergi mandi cepat". Tegas

"Baik maam". Dia pantas berlari

Datin Maya menggelengkan kepala melihat telatah anak gadisnya. Seperti budak-budak sahaja gayanya

Hailah anak...

20 minit menyiapkan diri. Antasya keluar dengan pakaian yang lebih casual. Hoddie biru pekat dan seluar jeans biru pekat. Rambut ditocangkan

"Andarish jom!". Nama adiknya dipanggil

"Jom!".

"Kucing ni siapa nak jaga?".

"Anhaura ada"

"Ok". Mereka bergerak ke arah kereta. Kedai kucing menjadi tujuan utama mereka.
.
.
"Antasya Zara". Dayren membaca profile gadis yang baru ditemui petang tadi

Wajah mereka memang tidak sama. Mungkin dia terlampau ikutkan emosi rindunya tadi

No telefon yang tercatat disitu diambil dan disave

Hendak meminta maaf kepada gadis itu namun melihat hari sudah malam dia mematikan niatnya. Mungkin esok sahaja

"Dayren kau taknak balik ke dah pukul 9 malam dah ni?". Faris menegur. Dia juga sudah ingin pulang

"Kau baliklah dulu aku nak singgah tempat lain dulu".

"Ok. Jangan pergi club. Aku taknak kutip kau lagi". Amaran keras diberikan

"Aku baru plan".

"Nak minum benda alah tu minum dekat rumah kau".

"Tengoklah dulu"

"Hmm aku balik dulu". Faris berlalu pergi dari situ. Bilalah lelaki ini hendak berubah dia sendiri tidak pasti bila?

Dayren sandarkan dirinya dikerusi kerja. Mata ditutup cuba mencari ketenangan diri. Sejak kehilangan isterinya. Dia seperti hilang punca. Boleh dikatakan setiap hari dia mabuk.

Rindu dia sudah tidak tertahan lagi

Gambar isterinya didalam almari kecil sebelah meja kerja diambil dan dipeluk. Terasa damai seketika

"Abang rindu awak sayang..." Setelah puas dia bangun entah dimana silapnya. Gambar itu terjatuh. Pecah. Pantas Tengku Dayren mengambil gambar itu. Namun ada sepucuk surat dibelakang frame itu

Sejak bila surat ini ada disitu? Setahunya tiada siapa berani menyentuh barang-barang dalam biliknya

Surat diambil dan dibaca

From : your mrs

To : mr husband

Chak! Hello husband! Awak mesti tengah stress kan sekarang? Sampai frame gambar ni jatuh! Hisy jahat betul! Ganti balik! Gambar saya ni!

Dayren tersenyum membaca surat dari isteri tercintanya. Bila si isteri menulis surat ini pun dia tidak pasti

Tapi kalau awak tak betulkan pun takpa. I'm not there to punish my bigboy. So you are lucky enough Mr Dayren Daniel! Ok I'm being serius right now... Listen carefully baby...

Tengku Dayren semakin tekun membaca

Kalau awak dah dapat surat ni mungkin saya dah tinggalkan awak. Atau mungkin kita tak bersama lagi... Saya tak tahu... Your wife is not peramal masa depan!..

But baby kalau kata jodoh kita tak lama. Atau saya pergi dulu. Please go on with your life sayang...

Tengku Dayren tersentak membaca ayat itu. Please go on with you life.... Macam mana saya nak go on sayang tanpa awak. Saya tak boleh

I know maybe it hurt you.... It also hurt for me honey. Tapi sayang saya tiada lagi untuk awak. Nak teman awak pergi mana-mana. Find someone to replace me Dayren. Grab my name from your heart. I'm not longer belong to that thing...

Tengku Dayren seakan tidak percaya. Isterinya suruh dia membuang nama yang sudah lebih 7 tahun bertahta dihatinya

Kejamnya awak sayang!

Mr Dayren Daniel! Saya Zara Aulia perintahkan awak cari perempuan lain untuk gantikan diri saya! Bukan permintaan tapi arahan! Awak boleh tunaikan bukan? Sayang....

No! Big no for this one sayang! Abang benci arahan ni!

Selamat tinggal sayang Zara...

Surat itu dipeluk air matanya mengalir.

"Sayang please jangan bagi arahan yang tidak masuk akal untuk abang buat......"

Faris yang berada di luar bilik hanya memandang simpati kawanya itu. Dia takkan tinggalkan Tengku Dayren begitu sahaja. Dia takut Tengku Dayren pergi ke club dan minum sehingga dia mabuk

"Zara... Aku akan cari pengganti untuk dia maafkan aku. Aku tak sanggup tengok dia macam tu dah". Kali ini dia bertekat untuk mencarikan Tengku Dayren penganti Zara

Aku pasti dengan benda ni!
.
.
.
.
.
.
.
.
15:44 - 1785

If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro