𝓑𝓐𝓑 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Antasya. Ada orang nak jumpa dekat bawah. Bangun lah". Andarish mencampakkan bantal ke arah kakaknya. Namun tiada respon

Tidur mati ke apa kakak aku ni?

"Antasya!"

"Hisy! Bisinglah Andarish!". Rambut diserabutkan rimas dengan adiknya yang mengangguk lenanya

"Bangun ada orang nak jumpa!". Jerit Andarish sebelum berlari keluar dengan ketawa

"Tak senonoh la Andarish!". Marahnya. Lupa sudah ada tetamu dibawah

Datin Maya dibawah hanya tersenyum paksa apabila mendengar suara anak-anaknya diatas

"Maaflah diorang memang macam tu sikit encik".

"Eh takpa datin saya ok". Faris tersenyum tanda tidak mengapa walaupun sebenarnya dia agak terkejut. Namun dia diamkan sahaja

Hari ini dia ada agenda yang sudah terancang di dalam kepala. Antasya Zara akan gantikan Zara Aulia

Ya itu yang terbaik. Dan dia pasti Antasya Zara calon paling sesuai berganti tempat dengan arwah

"Tak payah panggil datin panggil Aunty ke makcik ke. Apapun boleh". Datin Maya meneliti lelaki dihadapannya itu

"Baik Aunty"

"Ibu siapa nak jum....". Langkah dan kata-katanya terhenti apabila melihat lelaki semalam ada dirumahnya. Matanya dibesarkan. Pelbagai persoalan bermain difikirannya

Macam mana dia tahu rumah aku?

Dia skodeng aku ke?

Ke dia secret admired aku?

"Antasya jangan nak buat perangai tak senonoh tu ye. Sini". Dengan senyuman terlebih iklas dia memanggil anaknya

Antasya turun dan duduk disebelah ibunya. Mata tidak lepas memandang lelaki dihadapanya ini

Hmm boleh tahan hansem...

"Cik Antasya Zara, Saya Faris Haqime. Boleh panggil saya Faris je". Faris memulakan perkenalan

"Encik Faris ni siapa?"

"Saya antara orang besar dalam syarikat yang awak interview semalam. Awak tahukan macam mana saya dapat alamat rumah awak?"

"Profile saya?"

"Yup". Dia mengangguk kepala

"Saya diterima kerja ke? Tapi diorang kata nanti diorang call. Kenapa encik kena datang rumah saya?"

"Antasya Zara!". Kerasa dan tegas Datin Maya menegur. Tanya macam tiada sesaat

"Satu-satu boleh?". Faris bertanya dengan ketawa kecil

"Boleh-boleh". Antasya termalu sendiri. Dahi ditepuk perlahan. Aduhai kau ni Antasya Zara! Memalukan!

"So pasal awak dapat atau tak. Itu saya tak tahu..."

"Habistu kena..."

"Sabar biar saya habis cakap dulu". Faris memotong percakapan gadis itu

Datin Maya menepuk dahinya. Andarish dan Anhaura di atas tangga yang sedang meninjau juga menepuk dahi

Dia ni ikut perangai siapa? Aku tak kenal!

"Hehe sorry. Cakaplah". Lagi sekali dia malu

"Saya nak minta tolong awak. Sikit".

"Tolong apa?"

Faris ingin berkata bantuan apa namun matanya jatuh pada keluarga gadis itu. Takkan dia nak cakap suruh anak dara mereka ini goda lelaki pula. Mahu dia kena baling periuk

Antasya yang seperti faham terus bangun dari duduknya

"Encik Faris duduklah dulu. Saya siap sekejab kita cakap dekat luar. Bagi saya 15 minit". Dia berjalan naik ke atas

"Ok". Faris menarik nafas lega. Nasib gadis itu memahami

15 minit seperti dijanjikan. Antasya turun dengan baju yang simple

Seluar jeans dan blous. Rambut diikat tocang

"Jom. Ibu Antasya keluar sekejab tau". Dicium pipi wanita itu sebelum keluar dari rumah

Faris juga meminta diri dengan sopan sebelum melangkah keluar

"Saya naik encik Faris boleh? Saya takda lesen memandu".

"Ok jom". Mereka bergerak ke kereta Faris diluar pagar.

"Awak duduk belakang ada orang nak jumpa awak dekat belakang"

"Siapa?"

"Masuk je dulu. Sekejab lagi awak tahu"

Antasya teragak-agak ingin ikut namun dia pasrahkan juga naik dibahagian belakang di sebelah kanan. Naik sahaja ada seorang wanita yang mungkin sebaya ibunya di seat sebelah kiri. Yang kini memandang dirinya dengan senyuman manis

"Antasya Zara.."

"I... Iya saya". Takut Antasya

"Faris kita pergi tempat biasa".

"Baik Aunty". Kereta bergerak berjalan ke jalan besar.

Puan Sri Wardah tidak lepas memandang gadis disebelahnya itu. Mungkin sudah masanya dia bertindak. Anak lelakinya itu tidak boleh dibiarkan begitu.

Pengganti Zara harus dicari segera. Dan dia pasti dengan gadis dihadapnya ini

Antasya pula berasa kurang selesa apabila dirinya dipandang begitu. Terasa janggal. Dalam hati berdoa supaya cepat sampai ke destinasi yang dituju

"Aunty kita dah sampai". Faris memberitahu

"Jom Antasya Zara". Puan Sri Wardah menganjak gadis itu

Antasya hanya itu langkah wanita itu. Ini tempat orang kaya-kaya. Walaupun papanya agak orang yang berada tapi dia tidak biasa makan ditempat begitu

Sampai di kaunter Puan Sri Wardah menyewa bilik VVIP untuk mereka.

"Sila ikut kami Puan Sri".

"Jom". Tangan Antasya digengam. Mereka berjalan pergi mengikut langkah pelayan yang membawa mereka ke bilik VVIP

"Ini biliknya Puan Sri"

"Terima kasih". Mereka bertiga masuk ke dalam bilik itu

"Puan...."

"Aunty Wardah"

"Ouh. Jadi aunty dengan encik Faris nak minta tolong apa ye?".

"Aunty nak minta tolong kamu goda anak aunty. Dayren Daniel"

"Goda?".

"Iya goda Dayren Daniel sampai dia lupakan arwah isteri dia". Jelas Puan Sri Wardah lagi

Itu rancangan utama. Rancangan kedua dia hendak satukan gadis ini dengan anaknya. Dan rancangan ketiga dia hendak cucu yang ramai. End of the plan

"Tapi Puan.. takkan saya nak goda anak Puan pulak?". Panggilan sudah bertukar kepada Puan. Macam pelik pertolongan satu ini

"Gaji seminggu aunty bagi 5000". Tawaran duit pula diberikan

"Seminggu? 5000?". Antasya seperti tidak percaya

Puan Sri Wardah mengangguk mengiyakan

"Kalau awak setuju awak boleh sain surat perjanjian. Syarat dia Dayren Daniel kena lupakan arwah isteri dia". Faris pula menyatakan syarat untuk perjanjian itu

"Tapi kenapa nak di lupakan arwah isteri dia. Bukan ke benda macam tu dikatakan cinta sejati?". Dia setia kot

"Cinta sejati tak memudaratkan diri sayang".

"Maksud Puan"

"Sejak Dayren kehilangan Zara isteri dia. Hidup dia jadi tidak terurus. Setiap malam akan mabuk. Club tu tempat persinggahan wajin dia. Dan siang masa dia memang di syarikat habiskan masa dengan kerja. Aunty taknak dia jadi macam tu sampai bila-bila. Mambazirkan kehidupan dia". Ujar Puan Sri Wardah dengan suara sayu

Terlayar wajah anaknya yang sedang tersenyum bahagia dahulu. Tapi kini wajah itu hanya beku tiada reaksi. Dia rindukan anaknya yang dahulu. Dayren Daniel yang dahulu

Antasya simpati mendengar. Patutlah haritu lelaki itu memeluknya dan memanggilnya Zara. Rupanya isterinya juga bernama Zara

"Tapi Puan. Puan tak kesian dekat anak Puan nanti?"

"Maksud kamu?"

"Mesti nanti awak Puan rasa dia bukan lelaki yang setia. Puan nak dia menderita?".

"Aunty tak kisah asalkan aunty dapat anak aunty yang dulu. Aunty betul-betul rindukan dia Antasya". Air mata wanita itu mengalir. Tidak sanggup melihat anaknya yang begitu

Antasya terus memeluk wanita itu. Belakang badan wanita itu digosok perlahan. Cuba memujuk

"Baiklah Puan. Saya setuju". Antasya menyatakan keputusannya. Kesian pula melihat wanita ini bersungguh-sungguh

Dayren Daniel. Ya lelaki itu akan digoda sehingga lupakan arwah isterinya. Itu janjinya!

"Ini kertas perjanjian. Awak boleh sain". Kertas perjanjian diberikan Faris kepada Antasya

Pen diambil dan diturunkan tandantangannya di atas kertas itu

"Awak boleh mula esok"

Antasya hanya mengangguk. Dia akan sediakan dirinya

"Ini kunci rumah Dayren". Puan Sri Wardah memberikan kunci rumah anak lelakinya kepada Antasya

"Eh! Takpa cukup saya goda dia dekat luar je. Tak perlu kunci rumah dia". Gila ke? Kunci rumah pun nak beri aku

Dekat luar pun aku tak pasti boleh goda lelaki itu ataupun tidak

"Untuk kecemasan. Ambillah". Tetap diberikan kunci itu

Dalam terpaksa Antasya mencapai kunci itu. Dia tahu ini salah tapi.. dia kesian

Puan Sri Wardah dan Faris saling berbalas pandangan. Sebelum senyuman terukir di wajah mereka. Rancangan mereka bakal berjalan tidak lama lagi

Tengku Dayren Daniel yang lama akan hadir kembali....
.
.
.
.
.
.
.
.
15:31- 1178

If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro