𝓑𝓐𝓑 33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana sunyi dan sepi membuatkan Antasya mengeluh perlahan. Apa lagilah ni agaknya. Baru beberapa minit tadi Tengku Dayren berlalu keluar.

"Pergilah, awak pun sama macam diroang!"

Gaduh? Iya mereka gaduh lagi. Haih. Baru nak bahagia, sudah berperang kembali. Entahlah, tidak tahu apa nak jadi lagi.

"Antasya". Suara lembut menyeru membuatkan Antasya berpaling memandang. Senyuman nipis diberikan kepada Mak Jah. Mesti wanita tua ini dengar pergaduhan yang terjadi antara mereka sebentar tadi.

"Iya Mak Jah". Lemah sahaja Antasya menyahut. Tubuh sudah disandarkan di sofa empuk yang ada di ruang tamu itu. Fikirannya serabut seketika.

"Maaflah, tadi Mak Jah terdengar kamu bergaduh dengan Dayren". Punggung dilabuhkan di sebelah gadis muda itu. Sudah dia anggap Antasya seperti anaknya. Apatah lagi dia tidak ada anak.

"Takpa, Antasya tak kisah pun". Kisah sebenarnya. Cuma nak buat macam mana, orang dah dengar bukannya dia boleh putar masa kembalikan? Biar jelah. Mak Jah je pun.

"Mak Jah dengar kamu berdua gaduh sebab..... Arwah Zara, kenapa kamu berdua gaduh sebab arwah?". Rambut Antasya dibelai penuh kasih. Dia tahu Antasya perlukan seseorang untuk bercerita. Biarlah dia jadi 'ibu' sementara gadis itu.

Sekurang-kurangnya Antasya tidak keseorangan.

"Dayren baru dapat tahu siapa yang langgar lari Arwah Zara. Dan... Antasya pula tipu dia, itu dia bertambah marah". Bodoh, Antasya mengaku dia agak bodoh kerana menyembunyikan perkara sebesar ini daripada Tengku Dayren.

Tapi sifat kasihan dalam diri membuatkan dia jadi begitu. Dia tak sampai hati, dia hanya ingin orang lain bahagia. Itu sahaja. Salah ke?

"Dayren memang sayang sangat dengan Arwah Zara, mungkin sebab itu Dayren tak boleh terima orang yang langgar lari Arwah agaknya. Antasya sabar lah ye". Antasya hanya mengangguk kepala sahaja.

Sayang cinta pertama memang berlainan. Dia sedar dia bukan yang pertama ada dalam hati Tengku Dayren. Takpa, dia beri masa sebanyak mana pun lelaki itu nak untuk terima. Tapi sampai bila pula hubungan ini akan dingin? Dia juga perlukan kasih sayang Tengku Dayren.

Jujur dia cemburu walaupun dia tahu 'saingan' nya sudah tiada.

"Antasya percayakan Dayren?". Perlahan Antasya mengangguk. Mestilah dia percaya, suami dia kot.

"Habistu kenapa Antasya tak jujur dengan Dayren? Kenapa Antasya tipu Dayren?". Lidah kelu. Antasya menggigit bibirnya, dia cuma tidak mahu ada kekecohan berlaku.

Sumpah!

"Antasya, cuma taknak keruhkan keadaan Mak Jah". Keluhan berat dilepaskan. Mungkin niatnya sudah betul, namun caranya pula yang salah. Niat tak menghalalkan cara bukan?

"Mak Jah tak tahu apa yang jadi antara kamu berdua, cuma Mak Jah harap kamu berdua selesaikan elok-elok ye. Cuba berbincang baik-baik. Tak elok suami isteri gaduh lama-lama". Antasya hanya menganggukkan kepala.

Nasihat Mak Jah akan dia ingat dan hadam. Dia tahu Mak Jah sudah makan garam dulu daripada dia. Lebih tahu tentang selok-belok perkahwinan yang ada pasang surutnya. Tak salah dengar pesanan orang tua.

"Nanti Antasya cuba berbincang dengan Dayren. Tapi takutlah Mak Jah!" Kepala dilabuhkan di atas bahu Mak Jah. Rindu Ibu, manalah ibu pergi agaknya?

"Hisy, apa nak takut. Kalau Dayren buat hal, Antasya keluarlah kuasa veto perempuan". Antasya tergelak mendengarnya. Takut-takut nanti Tengku Dayren yang keluar kuasa veto dia. Mati lah nak!

***

Faris memandang wajah serabut Tengku Dayren dihadapannya. Tak tahu ke lelaki itu dia tengah bercuti sekarang? Haih. Sabar jelah.

"Kau kenapa ni? Aku rasa kita dah setengah jam ada dekat pejabat kau ni, cuma kau bagitahu aku, apa masalah kau sebenarnya?".

Bagai angin sahaja lalu, pertanyaan Faris diabaikan sepenuhnya oleh Tengku Dayren. Lelaki itu seakan sedang berada dalam dunia sendiri. Faris mengeluh, nak mengelamun ajak dia sekali kenapa?

"Dayren!".

"Huh". Tengku Dayren tersedar. Wajah Antasya, Indah dan juga Zara hilang dari matanya. Faris dipandang. Kacaulah!

"Kau gaduh dengan Antasya ke?".

Tengku Dayren mengeluh. Nampak sangatlah tu dia bergaduh dengan isterinya. Dia memandang ke arah tingkap kaca yang ada di biliknya. Memandang bangunan pencakar langit yang ada bersebelahan dengan bangunan syarikatnya.

Fikirannya kacau, bercelaru, sudahlah dia baru tahu kenyataan yang perit. Ditambah pula Antasya yang tiba-tiba mengaku gadis itu menipu tentang hilang ingatannya.

Dia rasa diabaikan Antasya apabila gadis itu tidak jujur dengannya. Antasya tidak percaya dengan dia ke? Dia siapa pada Antasya? Kenapa perlu menipu pada dirinya?

"Kenapa? Antasya ada buat apa sampai kau nampak serabut sangat ni?". Takpalah, dia korbankan cuti dan tidurnya untuk kawan sendiri.

"Dia tipu aku".

"Tipu kau? Maksud kau?". Berkerut dahi Faris. Tipu? Tipu apa?

"Dia tak hilang ingatan, maksud aku dia dah elok dua hari sebelum aku dengan Indah kahwin, kalau kau, kau tak sakit ke isteri sendiri abaikan kau, tipu kau dengan benda besar macam ni?". Iya, dia terlalu sakit diabaikan Antasya begini.

Seakan dia tiada guna pula

"Mungkin dia ada sebab dia sendiri, kau dah tanya dia kenapa dia rahsiakan benda besar macam ni daripada kau?". Faris berpeluk tubuh. Semua benda yang dirahsiakan seseorang mesti ada sebab.

Mungkin Antasya juga ada sebab, kita tak tahu.

Tengku Dayren terdiam. Tidak pula dia beri peluang pada Antasya untuk berbicara semasa mereka gaduh tadi. Selesai menyatakan perasaan kesalnya, terus sahaja dia keluar daripada rumah meninggalkan Antasya seorang diri.

Faris menggeleng kepala. Sunyi Tengku Dayren memberikan dia jawapan. "Jangan jadi macam budak-budak boleh tak? Kau tu bukannya kanak-kanak riang yang gaduh dan kena shakehand untuk berbaik. Kau suami. Kalau bukan kau yang percayakan dia, dan dia percayakan kau, siapa lagi nak percaya. Kena dengar dua-dua pihak, bukannya buat andaian sendiri"

Terasa! Sumpah Tengku Dayren terasa dengan perkataan yang digunakan Faris. Dia tahu dia sedang berkelakuan tidak matang sekarang. Tubuh disandarkan.

"Aku cuma takut aku kehilangan dia"

"Maksud kau?"

"Indah"

"Kenapa dengan Indah?". Apa kena mengena Indah dengan hal Tengku Dayren dan Antasya.

"Perempuan tu yang langgar lari Zara. Dia juga yang culik Antasya dekat hospital dulu. Perempuan tu gila lah Faris!". Tertahan nada Tengku Dayren. Itu lagilah membuatkan dia berangin apabila Antasya kata dia tahu Indah yang culik dia dan dia hampir terbunuh malam itu.

Tidak tahu ke Antasya hatinya bagai nak pecah mendengarnya? Bagaimana kalau malam tu Antasya betul-betul pergi meninggalkannya? Rasanya separuh gila agaknya diri ini sekarang.

Dia tidak sanggup untuk hadap kehilangan lagi. Antasya dan Zara terlalu berharga untuk dirinya.

"Seriuslah, mana kau tahu?". Terus tegak tubuh Faris. Sudah lama dia ingin tahu siapa yang membunuh isteri kawan baiknya ini walaupun sudah dinyatakan langgar lari oleh polis sendiri.

Ah, dia tak percaya. Bukan apa semuanya terlalu tiba-tiba.

"Dyler datang rumah aku tadi, dia cerita semuanya, dia minta maaf bagi pihak Indah, tapi aku ... Aku tak dapat terima apa yang Indah buat. Isteri aku Faris, dua-dua isteri aku tanggung akibat sebab gila dia! Aku tak kira dia kena jugak tanggung apa yang dia buat". Bukan dendam, cuma hati masih berdarah dengan peristiwa lalu.

Masih dia ingat bagaimana Zara menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya. Wajah dingin Antasya sebelum gadis itu juga menghilang sama. Hampir gila dia waktu itu. Apa salahnya sehingga Indah sanggup menghukum isteri-isterinya.

"Aku taknak masuk campur hal kau dengan Indah, bagi aku dia berhak terima hukuman kalau betul dia yang buat. Tapi kau kena ingat, dia dah ada suami, Dyler bukan calang-calang orang. Dan Dyler abang kepada Antasya. Slowtalk kalau perlu. Jangan terus menghukum, takut nanti kau hukum orang yang salah".

"Maksud kau?". Tersalah? Bukti depan mata kot. Takkan tersalah lagi.

"Dato Syamsol, sebelum kau kahwin dengan Indah, bukan main lagi dia, aku dengar nama kau tak pernah terlepas dari mulut dia, kesana-sini dia hebahkan berita kau akan kahwin dengan Indah. Bangga sangat kau akan jadi menantu dia. Aku takut, Indah pun terpaksa. Bukannya rela".

Tengku Dayren diam seketika. Dato Syamsol, ayah kepada Indah itu pun bukannya boleh harap sangat. Asyik fikirkan harta dan kuasa sahaja. Bukan dia tidak tahu yang Dato Syamsol itu nak sangat jodohkan dia dan Indah untuk memperluaskan syarikat milik lelaki tua itu.


Muka kecewa Dato Syamsol juga dia dapat lihat semasa perkhawinan Dyler dan Indah haritu. Mungkin Dato Syamsol tidak tahu menantunya sekarang juga bukan calang-calang orang.

"Apa kata kau jumpa Antasya sekarang. Kau tak kesian ke dengan dia?"

"Thanks Faris, aku pergi dulu nanti aku call kau". Kunci kereta dicapai, pantas sahaja kaki melangkah keluar daripada pejabatnya.

Sayang tunggu hubby!

"Hmm". Faris hanya memandang sahaja langkah itu menjauh. Akhirnya dia ditinggalkan lagi. Sedih hidup, takda orang teman. Siapa sudi jomlah calling-calling!

Gurau.

Tengku Dayren terus memandu pulang kerumah. Tujuannya hanya ingin melihat Antasya. Bodoh sangat ikutkan kata hati punya pasal!

30 minit sahaja dia sudah dirumah. Atas pemanduannya yang seakan orang gila tadi pasti banyak surat saman sampai di rumahnya kelak. Takpalah untuk Antasya. Bayar jelah berapa banyakpun.

"Assalamualaikum, Antasya". Sunyi, tiada jawapan. Tengku Dayren resah. Antasya sudah tinggalkan dia ke? Dia tak sengaja kata begitu. Sumpah langsung tiada niat.

"Sayang, awak dekat mana?!". Masih sunyi. Diri sudah gelisah. Memang sunyi habis rumahnya sekarang. Fikiran yang mula merewang memikirkan hal yang negetif ditepis pantas.

Tak mungkin lah kan.

Tangga didaki, bilik tidur utama menjadi tujuan. Sebaik sahaja pintu dibuka. Kakinya lemah melihat sehelai kertas di atas katil. Dia ditinggalkan lagi ke? Allahu. Dadanya bergerak kencang daripada biasa melihat tulisan di atas kertas itu.

Hubby maafkan saya

Antasya, jangan tinggalkan abang lagi sayang. Abang tak kuat untuk ini lagi sekali.

***

1480

Author pun tak tahu kenapa cerita ni author suka sangat tinggalkan hero sorang-sorang. Takpalah nanti author satukan diorang balik okay.

Maaf lama tak update. Author busy sikit hehe. Apapun enjoy semuanya!

Terima kasih sudi baca cerita ni. Maaf kalau ada yang kurang.

Love : syai

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro